Anak Lelaki Lebih Manja Dengan Ibu Mankala Anak Perempuan Lebih Rapat Dengan Ayah, Mengapa?

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita lihat anak-anak akan lebih mesra dengan ibu mereka berbanding dengan ayah mereka. Ini kerana, ibu akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan anak bermula dengan memberi susu ibu, makan, mandi, menukar pakaian serta meluangkan masa yang lebih banyak. Namun begitu, apabila meningkay sedikit umurnya, anak-anak ini akan mula mendekati di antara ibu atau ayah yang mana ia mampu memberi keselesaan kepada dirinya.

Selalu kita dengar bukan bahawa anak lelaki ini akan lebih mesra dengan ibunya manakala anak perempuan pula akan lebih dekat dengan bapanya. Namun ini bukan kerana mereka pilih kasih atau apa, tapi lebih mementingkan siapa yang akan mereka rasa lebih selesa. Namun kedua-duanya akan tetap disayangi oleh anak-anak tanpa mengira jantina.



Mengapa anak lelaki lebih dekat dengan ibu mereka?



1. Lebih suka dimanjakan dan dijaga.

Setiap anak-anak akan mendapat sokongan penuh dari ibu bapanya, namun begitu anak lelaki apabila mereka menangis atau melakukan satu kesilapan mereka akan berlari ke ibu mereka dahulu berbanding ayahnya untuk mencari pelindungan. Ini kerana, sifat lembut ibu itu mempu memberi ketenangan buat diri malah lebi memujuk anak tersebut.

Anak lelaki takut untuk mendekati ayahnya kerana merasakan ayah mereka ini akan berharap mereka menjadi seorang yang kuat dan tidak mudah menangis sebab itulah mereka lebih memilih ibu mereka.

2. Keakraban anak lelaki dan ibu akan membentuk emosi lebih baik.

Tahukah anda bahawa anak-anak yang lebih rapat dengan ibu mereka ini tidak akan terlibat dengan mudah berkaitan dengan masalah buli, dadah atau seks bawah umur berdasarkan laporan Huffington Post. Jika mereka ini terlibat dengan masalah, mereka tidak akan memilih untuk menggunakan keganasan tetapi memilih untuk berkomunikasi dengan baik.

Ini adalah sebab mengapa anak lelaki yang mempunyai hubungan yang kuat dengan ibu mereka cenderung untuk memiliki lebih banyak rakan kerana mereka ini lebih mudah untuk memahami perasaan orang lain. Apabila dia dewasa, anak lelaki akan terbiasa menghormati wanita kerana hubungan mereka yang rapat dengan ibu mereka.

Kenapa anak perempuan lebih dekat dengan ayah mereka?



1. Mencari seseorang untuk dijadikan pelindung.

Anak perempuan ini dikatakan lebih lemah dan lembut, jadi mereka ini akan sentiasa dahagakan pelindungan. Bukanya ibu tidak mampu untuk melindungi tetapi mereka akan rasa lebih selamat dan selesa di bawah pelindungan si bapa. Di sinilah anak perempuan akan cuba belajar tentang sikap berani dari bapanya.

Ini juga boleh berlaku apabila ibu terlalu terfokus pada adiknya, terutamanya jika adiknya baru dilahirkan. Kanak-kanak juga boleh merasa cemburu apabila perhatian ibu bapa mereka lebih kepada adik-adik mereka. Atas sebab ini, kanak-kanak perempuan akan mencari sosok bapa yang lebih menumpukan mereka.

2. Lebih banyak berlembut dengan anak perempuannya.

Walaupun bapa seorang yang agak tegas, tapi ia akan berbeza apabila bersama dengan anak perempuannya. Mana tidaknya, si ayah akan tahu bahawa wanita itu lembut dan begitu sensitif hatinya jadi mereka ini akan melayaninya dengan penuh kelembutan.

Sebab itulah apabila anak perempuan mempunyai satu keinginan, mereka ini akan lebih mudah untuk meminta pada ayahnya berbanding ibunya. Ini kerana, ibunya akan merunggut terlebih dahulu manakala ayahnya akan lebih berlembut hati untuk membelikan barangan tersebut.

Apabila berlaku pergadhan di antara anak lelaki dan perempuan, bapa biasanya akan lebih kea rah anak perempuannya dahulu berbanding anak lelakinya. Jadi, tidak menghairankan bahawa perempuan lebih bergantung kepada bapa mereka daripada ibu mereka.

Walau bagaimanapun, kedua ibu bapa masih perlu mendidik anak-anak mereka tanpa mengira jantina.

Walaupun anak lelaki cenderung dekat dengan ibu dan anak perempuan kepada bapa, ini tidak bermakna ibu bapa hanya memberi tumpuan kepada seorang anak yang lebih dekat dengan mereka.

Sekiranya kanak-kanak lelaki kurang mendapat perhatian dari ibu bapa, maka ini akan memberi kesan kepada perubahan tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak akan menjadi pemberontak yang agresif dan cenderung. Atas sebab ini, kedua-dua lelaki dan perempuan masih memerlukan kasih sayang dari ibu bapa mereka.

Harus diingat, setiap anak-anak adalah berbeza dalam mendekati ibu bapanya, jadi ibu bapa mesti sentiasa menyesuaikan berdasarkan keperluan kanak-kanak. Malah setiap adik beradik mempunyai perbezaan. Oleh itu, ibu bapa perlu peka terhadap setiap anak-anak mereka.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen