Betul Ke Mengunyah Makanan Dengan Perlahan Mampu Menurunkan Berat Badan? Jom Baca.

Dalam Islam sangat menganjurkan untuk makan secara perlahan dan mengunyah dengan baik. Menurut beberapa kajian, membuktikan bahawa mengunyah dengan secara perlahan dapat merangsang keluarnya air liur dan enzim dalam usus yang berfungsi memudahkan proses pencernaan makanan dalam usus.

Proses pencernaan tersebut dapat menghancurkan unsur selulosa pada beberapa buah dan sayuran, dimana dapat mempermudahkan kemasukan enzim-enzim ke seluruh bahagian zat makanan.

Beberapa orang Arab pernah berkata:

“Jangan kalian makan buah, kecuali sudah matang, dan kunyahlah dengan baik layaknya mengunyah makanan”

“Dan, janganlah kalian makan sementara dalam perut kalian masih terisi makanan. Hindarilah, jangan sampai kalian mengonsumi makanan yang tidak sanggup dikunyah oleh gigi-gigi kalian, kerana dengan kelakuan begitu menunjukkan kesulitaan untuk makanan dicerna”

Oleh yang demikian, anda sememangnya harus makan makanan yang seimbang dimana mengandungi zat makanan yang mampu dikonsum sesuai dengan aturan makanan yang baik. Mudah kata, mengikuti kelas makanan seperti gambar rajah di bawah.

Related image

Makan secara perlahan, dan mengunyah makanan dengan lama ini juga adalah seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW…

1. Mengunyah secara perlahan dan mengecilkan suapan.

Semasa Rasulullah SAW selalu menjamah makanan, beliau akan mengecilkan suapannya dan mengunyahnya sehingga berkali-kali. Selain itu Rasul tidak menyuapkan makanan sebelum suapan yang sebelumnya selesai ditelan.

2. Minum dari gelas dan tidak minum sekali teguk.

Selain mengunyah makanan dengan perlahan, Baginda juga menganjurkan untuk minum air dengan sopan yakni bukan sekali teguk. Tidak seperti kita, apabila ketika kehausan, satu gelas air diteguk dengan sekali sahaja tanpa fikir dengan keadaan sekeliling, ataupun lebih parah teguk melalui teko/gelas besar.

Sebagaimana yang disebut dalam hadith:

Abu Hurairah R.A menyatakan Rasulullah SAW minum dengan tiga nafas. Apabila Baginda mendekatkan bekas air ke mulutnya, Baginda akan menyebut nama Allah, apabila telah minum, Baginda memuji Allah. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.

[at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat : 858, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis sahih, As-Silsilah As-Sahihah:  1277]

Kesimpulannya, makan secara perlahan dan mengunyah dengan lebih lama ini amat digalakkan dalam Islam. Secara realistik, sekiranya makan dengan laju, kemudian tak sempat nak hadam dan sumbat lagi makanan dengan banyak tanpa kunyah berkali-kali sudah tentu akan menyukarkan sistem pencernaan dalam usus dimana ia mendorong untuk kenaikan berat badan. Tambahan pula, senaman pun malas nak buat.

Sebab itu, majoriti dikalangan kita amat mudah untuk gemuk, kerana tidak memberi peluang pada organ-organ dalam tubuh badan untuk berfungsi dengan baik….

Menurut kajian saintifik juga, makan dengan terlalu laju atau cepat boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik, yang boleh menyebabkan rintangan terhadap insulin.

Semoga kita dapat mengubah cara dan gaya makan kita disamping menjaga diet pemakanan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen