"Matang Dalam Pengurusan Kewangan Apabila Kau Sudah Tidak Terbeban Dengan Hutang" - Amir Syahir.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam kehidupan seharian kita, penggunaan wang sememangnya akan kerap berlaku. Boleh dikatakan bahawa segala-galanya perlukan wang malah hendak bergerak sedikit juga perlukan wang. Celik mata sahaja sudah mula mencari wang untuk menampung perbelanjaan yang akan datang.

Wang sememangnya memberi pengaruh besar terhadap kehidupan seharian kita, maka dengan itu pengurusan wang dengan bijak dan matang adalah diperlukan. Kesedaran dalam pengurusan secara bijak ini masih kurang terutama di kalangan anak muda. Namun begitu, tidak semua tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik.

Jadi bagaimana kita hendak tahu seseorang itu sudah bijak dalam menguruskan kewangan mereka? Di mana ia seperti sudah matang dalam membezakan di antara keperluan serta keinginan yang perlu ditunaikan.

Mungkin perkongsian dari saudara Amir Syahir ini akan membantu anda untuk mengetahui sama ada anda sudah matang mahupun belum dalam menguruskan kewangan.



7 Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Pengurusan Kewangan.

Matang dalam pengurusan kewangan kau sudah mahir menguruskan segala urusan melibatkan kewangan kau.

Kau tahu aliran wang masuk dan wang keluar. Segala perbelanjaan berada dalam kawalan kau. Kau juga tidak terbeban dengan segala hutang piutang.

Antaranya;

1. Kau berhenti berlumba-lumba untuk nampak lebih kaya dan mewah. Tak perlu berhutang sana sini untuk kelihatan mewah.

2. Kau lebih utamakan kebahagian hidup daripada kemewahan hidup. Apa guna rumah besar, kereta besar tapi hutang jahat berlambak. Tidur malam pun tak lena.

3. Kau tidak terpengaruh dengan kata-kata kawan-kawan supaya membeli itu ini untuk nampak lebih mewah. Kau selesa dengan cara dan gaya kau yang sederhana sahaja.

4. Kau tidak cepat melatah jika ternampak perkataan SALE / Jualan Murah jika kau sudah ada barang tersebut.

5. Kau tidak menghina orang lain miskin dan malas bekerja jika kau dah kaya raya. Kau tak tahu komitmen dan tanggungan mereka sebenarnya.

6. Kau berhenti menunjuk kemewahan dan harta benda yang kau ada. Kau tahu ramai lagi yang kurang bernasib baik sebenarnya.

7. Kau boleh bezakan antara kehendak dengan keperluan. Kau lebih mengutamakan keperluan daripada kehendak.

Berbelanja apa yang perlu. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu. Nak jadi orang yang kaya dan berjaya kena ada pengorbanan.

Masa muda ni, mulakan menyimpan sedikit sebanyak. Bila dah bertambah komitmen dan tanggungan nanti, banyak nak guna duit.

Berusahalah menyimpan dan melabur sekarang. Hasilnya akan muncul juga nanti. Kah!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen