“Perkahwinan Itu Untuk Saling Melengkapi Antara Suami Dan Isteri” – Ustaz Farid Rashidi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perkahwinan ini masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Baik si suami mahupun si isteri, kedua-duanya bertemu dan bersama kerana ingin saling melengkapi. Jika si lelaki kurang yang ini, maka si isteri lah yang melengkapinya. Begitu juga sebaliknya.

Sebab itulah dalam rumah tangga masing-masing mempunyai kelebihannya. Barulah rumah tangga itu akan lebih saling memerlukan dan bahagia. Bahkan kelebihan yang ada itu akan berguna dalam sebuah hubungan suami isteri itu.

Sedikit penerangan dari Ustaz Farid Rashidi ini besar maknanya buat mereka yang telah berumah tangga ataupun bakal mendirikan satu ikatan yang sah ini. Jadi jangan hanya pandang kekurangan sahaja, lihat pelbagai kelebihan yang ada pada pasangan anda.





"Abang, boleh tolong ambilkan kunci kereta dalam handbag tak."

Si suami pun bergegas mencari handbag isterinya. Selang beberapa minit. Si suami masih mencari-cari. Entah berapa kali dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

Bukan saja-saja garu tau, tapi sebab cari kunci kereta tak jumpa. Muka dah berkerut seribu.

"Dah jumpa belum bang? Alah kat poket depan tu."

Puas mencari, barulah suaminya jumpa. Rupa-rupanya ada poket rahsia. Banyak sangat poket. Sudahlah dalam handbag macam poket doremon. Ada resit belian tahun lepas, kad bank, kad diskaun, bedak, kunci, tisu, peti ais, almari dan rak baju... Alah bergurau ja, jangan serius sangat. Hehe.

Itulah perempuan kawan, nak berkahwin dengan perempuan kena tahu kelebihan mereka. Lelaki jarang ada kelebihan ini. Tak percaya, bukalah beg dompet duit lelaki. Entah-entah ada rm2.20. Dompet beli 3 tahun lepas.

Perempuan itu melengkapi kelemahan lelaki. Mereka berfikir sekecil-kecil perkara. Terlalu rumit kalau mahu diterjemahkan. Kerana itu isteri sejenis manusia yang multitasking. Tak perlu salahkan mereka, kerana dengan adanya mereka banyak kerja rumah yang kecil berjaya diselesaikan.

Eh, lelaki pun ada kelebihan. Cuba tanya bab peta, jalanraya atau lokasi. InsyaAllah dia mampu ingat walaupun tak pakai google maps, atau waze. Hebatkan lelaki?

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Itu bermakna, untuk saling menyempurnakan alam rumahtangga.
Firman Allah SWT:


وَٱلْمُؤْمِنُونَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍۢ ۚ يَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ ٱللَّهُ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌۭ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi pelindung (penolong) bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
[At-Taubah:71]


Hah lelaki, dah jumpa belum kuncinya?

#UFR
- Masih belajar mencari kunci rumahtangga -



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen