Mari Kenali Pasti Perbezaan Di Antara Susu Penuh Dan Juga Bengkak Susu Buat Ibu-Ibu Selepas Bersalin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas melahirkan anak, pasti ibu-ibu mahu menyusukan anak mereka dengan air susu mereka sendiri. Mana tidaknya susu ibu ini adalah yang paling baik di antara susu-susu yang lain. Bukan itu sahaja, satu penghargaan yang besar sekiranya anak-anak ini menyusukan dengan susu ibunya sendiri.

Antara kelebihan susu ibu adalah:

1. Kurang diserang penyakit. Bayi yang menyusu dengan susu badan kurang diserang penyakit. Bayi jarang ditimpa sakit dalan jika sakit sekalipun, bayi sus ibu akan lebih cepat sembuh.

2. Susu manusia terbaik untuk bayi (susu lembu terbaik untuk anak lembu)

3. Susu ibu memberi nutrisi terbaik buat bayi dalam membantu tumbesaran bayi pada tahap optimal

4. Kolestrum merupakan laksatif semulajadi. kolestrum merupakan laksatif lembut yang membantu bayi baru lahir mencuci perut dan ususnya. Ini dapat membantu bayi membuang bilirubin berlebihan dengan segera bagi mengelak jaundis.

5. Anak lebih cerdik. Benar. terdapat kajian menunjukkan bagi yang minum susu ibu mendapat markah lebih tinggi dalam ujian IQ semasa kanak-kanak, malah hingga dewasa. Nutrisi dalam susu ibu membantu IQ anak.

6. Bayi lebih gembira dan terasa selamat. Ikatan antara ibu dan anak semasa menyusu membuatkan bayi lebih tenang dan selesa. Bayi juga merasa lebih selamat dalam pelukan ibu.

Namun begitu, terdapat dua jenis masalah yang berkaitan dengan penyusuan ibu ini. Yang pertama adalah mungkin anda akan berhadapan dengan masalah bengkak susu ataupun susu anda penuh. Jadi bagimana nak membezakan kedua-dua ini? Ikuti penerangan dari Nur Harmuny Amaluddin, yang merupakan salah seorang Jururawat Masyarakat.



“Member saya kepeningan bila dapat kes ibu bersalin yang sudah punya anak 5 ada masalah bengkak susu.

“Saya yang dapat berita pun serta merta jadi pening-pening lalat. Kalau kes anak sulung tu saya boleh terima lagi. Tapi bila anak kalau dah setahun seorang dan anak memang meriah ni satu kepelikkan juga pada saya.”

Mai saya senaraikan serba ringkas perbezaan susu penuh dengan bengkak susu.



Susu Penuh:

i. Payudara ibu terasa berat (susu banyak).

ii. Ibu terasa payudara seperti berdenyut-denyut.

iii. Ibu tak rasa sakit.

iv. Tiada demam.

v. Susu ibu keluar dengan sendiri tanpa anak menyusu.

vi. Selepas menyusukan anak ibu rasa payudara lembut dan ringan.

Cara mengatasi masalah susu penuh.

Menyusukan anak sekerap yang boleh. Tak perlu ada had masa. Asal ibu rasa payudara berdenyut-denyut dan susu mula keluar sedikit dengan sendiri itu adalah isyarat IBU PERLU MENYUSUKAN ANAK.

Tolong jangan tangguhkan penyusuan walaupun anak tidur. Jika anak masih lagi tidur, sila lakukan langkah di bawah ini:

* 1. Lakukan demahan dahulu.

* 2. Lakukan urutan lembut sekitar payudara ibu.

* 3. Jika ibu gunakan tangan untuk memerah sila pastikan tangan ibu bersih.

* 4. Pastikan alatan memerah ibu (jika guna pam susu) bekas menyimpan susu perahan dan alatan yang diperlukan dalam keadaan bersih dan kering.

* 5. Lakukan perahan kedua-dua belah payudara hingga ibu rasa lembut dan ringan.

* 6. Simpan dan labelkan susu perahan mengikut tarikh dan masa. (Ada jadual khas untuk kaedah penyimpanan susu perahan).



Bengkak Susu.

i. Payudara ibu rasa berdenyut-denyut dan sakit.

ii. Badan ibu rasa seakan mahu demam. Ada juga kes ibu dah demam pun.

iii. Sekitar payudara ibu berwarna kemerahan dan sakit apabila disentuh.

iv. Payudara ibu rasa padat, sakit dan susu "terbantut" untuk mengalir.

v. Ibu rasa sangat sakit semasa anak mula menyusu.

vi. Ibu berisiko mendapat masalah MASTITIS.

Cara mengatasi masalah bengkak susu.

1. Menyusukan anak sebelum payudara mula membengkak.

2. Lakukan teknik memerah (rujuk nota bertanda * diatas).

3. Elakkan biar payudara membengkak (kes ibu biar payudara membengkak dan tidak menyusukan anak alasan anak tak nak menyusu /anak tidur).

4. Elakkan memakai coli/baju dalam yang mempunyai besi. (Tolong jangan tak pakai bra langsung konon alasan payudara bengkak. Pemakaian coli penting untuk tujuan mengampu payudara ibu. Payudara ibu tidak akan membengkak tanpa ada aura/simptom. Biasanya kes bengkak susu berlaku sebab ibu lengahkan sesi menyusukan anak. Ibu abaikan rasa berdenyut pada awal ibu mula rasa susu makin berat dan penuh. Bila ibu abaikan simptom inilah menyebabkan berlakunya masalah bengkak susu.

5. Jika payudara ibu berterusan membengkak dan sakit sila dapatkan rawatan segera ( ibu boleh pergi ke hospital terus. Jangan memandai-mandai telan ubat demam berterusan).



P/s: Artikel ini hanyalah ringkasan untuk mudah faham sahaja. Jika ibu ada risalah boleh rujuk pada risalah atau bertanya pada jururawat yang datang lawatan rumah.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen