5 Tips Berbincang Mengenai Kewangan Bersama Pasangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berbincang mengenai kewangan adalah satu perkara yang agak sukar, namun begitu jika tidak melakukan perbincangan maka kewangan yang ada itu akan semakin membebankan. Perbincangan mengenai kewangan ini bukan untuk mencari gaduh tetapi untuk mencari kata sepakat yang membawa kebaikan pada masa hadapan.

Jika kedua-duanya berkerja, maka kewangan sepatutnya lebih kukuh tetapi jika sebaliknya maka perbincangan perlu dilakukan agar mampu mengukuhkan lagi kewangan yang ada. Perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian bukan untuk menambah masalah yang ada. Jadi jangan takut untuk berbincang.



1. Berbincang akan tujuan kewangan.

Mungkin anda dan pasangan boleh mulakan dengan berbincang tujuan kewangan kalian. Sebagai contoh, tetapkan satu matlamat agar kalian sama-sama cuba untuk dapatkannya. Bukan itu sahaja, tetapkan tujuan kewangan lain seperti simpanan, perbelanjaan anak-anak ataupun perbelanjaan harian yang berlebihan.

Tanya beberapa soalan kepada pasangan anda mengenai apa masalah yang dihadapi, bagaimana mana dirinya menguruskan duit dan wang yang ada itu lebih ke arah mana. Pastikan kalian sama-sama menganalisis perkara ini.



2. Bersifat terbuka akan kesalahan yang dilakukan.

Jangan takut untuk mengaku salah masing-masing. Setiap orang pernah melakukan silap, maka dengan itu jangan sesekali bersembunyi disebalik kesalahan tersebut. Beritahu pasangan anda, ke mana wang yang dibelanjakan itu. Jangan saling menyalahkan antara satu sama lain, adalah lebih baik kalian membuat penilaian akan perbelanjaan yang berlebihan itu, cara cari bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.


3. Sentiasa perhatikan bajet perbelanjaan.

Jangan lupa untuk catat semua perbelanjaan yang telah kalian lakukan. Dengan perkara seperti ini, anda dapat sentiasa memerhatikan pengeluaran wang keluar dan wang yang masuk. Jangan malas untuk sentiasa mengupdate dengan pasangan anda. Nak cara lebih mudah, mungkin kalian boleh bina satu group WhatsApp untuk memudahkan saling berkongsi perbelanjaan harian.



4. Lakukan perancangan kewangan.

Mula lakukan perancangan kewangan bersama pasangan anda. Di mana berapa banyak wang yang perlu digunakan setiap bulan, dan berapa banyak simpanan yang perlu dilakukan. Bukan itu sahaja, kalian juga perlu membahagikan wang perbelanjaan itu kepada beberapa bahagian. Sebagai contoh, wang untuk anak sekolah, minyak motor, makan tengah hari, dan pelbagai lagi. Anda perlu bijak barulah perbincangan akan membuahkan hasil.

5. Sama-sama lakukan penjimatan.

Jangan hanya sebelah pihak sahaja yang melakukan penjimatan, pastikan kedua-dua bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan ini. Maka dengan itu, kedua-duanya juga perlu lakukan penjimatan dengan baik bukannya sekadar sambil lewa sahaja.



Segala masalah akan selesai sekiranya anda melakukan perbincangan dengan baik. Mana tidaknya, jika masing-masing memendam rasa sahaja, masalah tersebut tidak akan selesai dengan sendirinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen