6 Tanda Teman Wanita Anda Tidak Pandai Menguruskan Kewanganya Dengan Baik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah kewangan adalah perkara yang sangat sensitive dalam hubungan yang terjalin. Bahkan kerana kewangan yang tidak teratur ini boleh mendatangkan masalah perpisahan walaupun anda dan pasangan saling menyayangi antara satu sama lain. Jadi untuk mendapatkan hubungan yang lebih terbuka dan harmoni, maka pengurusan kewangan antara kedua-dua pihak perlu lebih telus.

Selalunya kita lihat sikap lelaki yang tidak bijak dalam menguruskan kewangan mereka dengan membazir dengan perkara yang minat malah melupakan untuk melakukan simpanan. Jadi bagaimana pula dengan sikap wanita yang tidak bijak menguruskan kewangan mereka.

Tidak semua wanita bijak dalam menguruskan wang berbanding lelaki. Ada sahaja yang suka berbelanja mengikut kemahuan mereka. Mari kenali pasti sekiranya teman wanita anda itu mengalami masalah dalam pengurusan wang.





1. Menyimpan rahsia di mana wang yang mereka habiskan.

Jika anda selalu menjumpai pelbagai resit membeli belah dari beberapa kedai dari dalam beg tangannya maka ajak mereka berbincang akan perbelanjaan tersebut. Namun jika pasangan anda mengelak malah menyembunyikan perbelanjaan mereka, maka anda harus berhati-hati.

Bahkan dirinya juga selalu tidak mengaku bahawa dia yang membeli barangan tersebut. Tidak salah untuk membeli barang keperluan, tetapi yang menjadi masalah anda apabila dirinya membeli barang-barang yang mengikut kemahuan dirinya. Terutama sekiranya pada ketika ini kalian sedang sibuk mengumpul duit untuk majlis kahwin yang bakal tiba tidak lama lagi.

2. Sembunyikan hutang mereka.

Hutang hanya akan menambahkan beban kerana ia perlu dibayar setiap bulan. Ini akan menjadi lebih terbeban apabila anda hutang anda itu kategori dalam hutang yang tidak penting. Sebagai contoh, hutang dalam membeli pakaian baru, membeli alat makeup mahupun hutang ketika bercuti bersama rakan-rakannya.

Apabila pasangan anda mula menyembunyikan hutang mereka, ia akan menjadi satu masalah serius pada masa akan datang. Cuba untuk mengajak pasangan anda berbincang mengenai hutang yang telah mereka buat, malah cuba untuk memujuknya untuk tidak menambah sebarang hutang yang tidak perlu lagi.



3. Suka menggunakan kad kredit.

Penggunaan kad kredit ini sememangnya memudahkan tapi ia juga boleh mengganggu dalam pengurusan kewangan anda. Ini kerana, ramai yang tidak sedar berapa banyak wang yang telah digunakan oleh mereka dan akhirnya terlibat dalam hutang yang bertimbun.

Segera menghentikan tabiat pasangan anda yang selalu bergantung kepada kad kredit. Biasakan diri anda dan pasangan dengan menggunakan wang tunai atau kad debit sahaja kerana ia tidak mengenakan caj yang berlebihan.




4. Tidak membayar bil tepat pada masanya.

Sewa rumah, bil telefon, bil air dan elektrik serta internet adalah perbelanjaan yang perlu dibayar setiap bulan. Apabila anda terlambat dalam membayar bil ini maka ia akan mengganggu sedikit perkhidmatan yang bakal anda gunakan sehari-hari.

Bil yang tidak dibayar pada masa yang tepat biasanya adalah kerana masalah kewangan. Dia mungkin telah belanjakan wang yang sepatutnya digunakan sebagai pembayaran bil sehingga menyebabkan perbelanjaan rutin bulanan terganggu. Adalah baik, pasangan anda untuk membayar bil terlebih dahulu, sebelum menggunakan wang untuk membayar beberapa keinginan yang tidak terlalu penting.

5. Sentiasa tidak mengikut bajet yang telah dibuat.

Jika pasangan anda sentiasa melanggar bajet yang telah dibuat, itu bermakna dirinya masih belum bijak menguruskan kewangan. Ini kerana mereka akan sentiasa membeli barangan yang bukan keperluan mereka. Bahkan mereka juga tidak mampu mengawal keinginan mereka dalam berbelanja.

Bukan hanya lelaki sahaja perlu bijak dalam menguruskan kewangannya, malah wanita juga perlu bijak dalam perkara ini. Mana tidaknya, apabila sudah berkahwin nanti, masing-masing perlu berkongsi tanggungjawab bersama. Jika seorang isteri tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik, kewangan suami juga akan turut terganggu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen