Rutin Hidup Sihat Apabila Sudah Mencecah 30an, Jom Amalkan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mungkin bagi sesetengah orang umur itu hanya nombor yang akan bertambah setiap tahun, tetapi dirinya masih sama sahaja. Terutama jika anda masih belum lagi mendirikan rumah tangga, pasti anda tidak merasakan bahawa pada ketika ini sama seperti waktu anda 20 an.

Ramai yang silap sebenarnya, dalam anda sedang sibuk mencari jodoh, jangan sesekali abaikan kesihatan tubuh badan anda. Apabila anda sudah mencecah 30an prestasi tubuh badan anda juga sudah berubah, maka ketika ini lah anda perlu berubah kea rah hidup lebih sihat. Mungkin ada yang merasakan ia sudah lambat tapi anda masih lagi mempunyai kesempatan lagi.



Berikut adalah rutin yang perlu anda amalkan ketika ini.



1. Memakan makanan seimbang.

Kesihatan anda adalah amat penting pada ketika ini, jadi pengambilan makanan yang seimbang sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap tubuh badan anda. Cuba untuk membahagi makanan anda dalam keadaan yang sangat seimbang. Bahagi 4 bahagian makanan anda kepada 1/4 bahagian untuk karbohidrat, 1/4 bahagian untuk protein, 1/4 untuk sayuran, 1/4 untuk buah. Dengan cara ini, maka pola makan jadi lebih sihat.



2. Mulakan hari dengan sarapan yang sihat.

Pagi anda perlu dimulakan dengan penuh tenaga, maka dengan itu jangan sekali lupa untuk memgambil sarapan pada waktu pagi. Jangan tinggal sarapan pagi anda gara-gara hanya mahu segera ke tempat kerja.



3. Makan pada waktu yang tepat.

Selalu makan tepat waktu adalah kunci dari tubuhbadan kekal sihat. Jangan biarkan perut kosong terlalu lama. Dengan cara ini anda boleh mengawal makanan dengan lebih baik.



4. Lakukan sedikit senaman.

Di saat ini, anda juga perlu kuatkan segala otot anda, jadi jangan lupa untuk lakukan sedikit senaman. Jangan malas untuk lakukan senaman kerana anda berasa penat dengan rutin harian anda. Tidak mengapa jika anda melakukan semingggu sekali sahaja.



5. Makan pada waktu siang.

Jangan tinggal makan pada waktu siang dan memakan pada waktu malam dengan kuantiti yang banyak. Makan pada waktu malam adalah sangat tidak bagus untuk tubuh badan terutama 2 jam sebelum anda masuk tidur. Maka dengan itu, jangan sesekali tinggal makan ketika waktu siang.

Sebenarnya, pada usia ini anda perlu lebih bijak untuk menguruskan kesihatan tubuh badan anda. Mana tidaknya, anda akan lebih terdedah menghidap pelbagai jenis penyakit jika anda tidak menjaga tubuh badan anda dengan betul.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen