Ibu Bapa Perlu Terapkan 8 Gaya Hidup Yang Sihat Ini Untuk Anak-Anak.

Pada masa kini, semakin dunia berkembang pesat, semakin mudah pula berat badan meningkat. Kenaikan berat badan perlu dipandang serius terutamanya pada anak-anak yang masih kecil. Berat badan yang tidak bersesuaian dengan umur, apatah lagi tinggi akan mengakibatkan kesihatan yang menjejaskan tubuh badan kelak.

Jangan terlalu senang dengan beranggapan..

“Alaaa, takpe la dia gemuk kecik-kecik ni, dah besar nanti aktif la…”

Bagaimana anak-anak mahu menjadi aktif dan produktif sekiranya ibu bapa sudah manjakan anak-anak dengan pelbagai makanan yang tidak sihat, kemudian gaya hidup pun tidak banyak bergerak. Oleh sebab itu, anak-anak pada zaman sekarang mudah naik berat badan, kebarangkalian hanya bermain dengan telefon bimbit sahaja.

Jadi, ibu bapa perlu terapkan gaya hidup sihat untuk anak-anak seperti…

1. Sentiasa minum air putih yang secukupnya.

Minum air putih yang secukupnya dapat dilihat dikalangan dewasa juga liat untuk lakukannya. Mungkin tidak dipraktikkan ketika kecil lagi. Ibu bapa hanya membiarkan anak-anak minum air manis dan berkarbonat mengakibatkan mereka tidak biasa minum air putih. Di samping air putih, ibu bapa juga digalakkan untuk mendidik anak-anak minum jus buah-buahan buatan sendiri.

2. Sentiasa membersihkan bahan makanan di dapur.

Ibu bapa perlu utamakan hygiene terutamanya berada di dapur ketika memasak hidangan untuk makan bersama. Seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan segala bahan makanan yang boleh dibasuh. Hygiene ini penting supaya kesihatan anak-anak terjaga. Semuanya bermula di dapur! Oleh kerana itu, ada segelintir ibu bapa lebih suka makan di rumah berbanding di restoran, kerana kebersihan yang terjamin.

3. Sentiasa mencuci pinggan dengan bersih juga.

Selain membasuh bahan makanan dengan bersih, pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan seumpama dengannya juga perlu dibasuh dengan bersih. Semua perkakas di dapur ini perlulah dalam keadaan yang bersih supaya tidaklah ada haiwan yang mula membiak dan menyebarkan penyakit nanti.

4. Sentiasa memilih menu makanan yang bernutirisi seimbang.

Karbohidrat dan protein amat penting untuk anak-anak yang sedang membesar. Jadi, ibu bapa seharusnya seimbangkan menu makanan ini. Namun, pada masa kini ada sahaja anak-anak yang tidak suka makan sayur, malah setiap hari mahu makan ayam sahaja. Jadi, didiklah mereka daripada kecil untuk menu yang sihat dan seimbang.

5. Mampu mengatur jadual makan untuk anak-anak dan keluarga.

Yang ini penting untuk para ibu bapa lakukan, kerana jangan tunggu anak-anak kelaparan baru nak masak. Sebab itu penting adanya Sarapan, Makan Tengah hari dan Makan Malam. Aturan seperti ini mampu untuk membekalkan tenaga untuk anak-anak sepanjang hari.

6. Sentiasa memastikan anak-anak cukup tidur.

Anak-anak muda perlu adanya tidur yang cukup supaya bertenaga pada esok hari dan tidak lesu. Anak-anak yang mengalami insomnia atau tidak cukup tidur ini sudah tentu akan menjejaskan kesihatan mereka, terutamanya untuk mental dan emosi. Jika penyakit ini semakin teruk, ibu bapa perlu dapatkan anak-anak rawatan doktor.

7. Jangan kerap makan fast food atau instant food.

Fast food dan Instant Food memang kegemaran anak-anak muda. Mudah untuk didapatkan, malah tidak sukar untuk memasak pula. Namun, jika terlalu kerap makan makanan yang sebegini, sudah tentu tidak sihat untuk tubuh badan. Jika tidak nampak kesan pada waktu jangka yang pendek, ketika dewasa pasti akan datang pelbagai penyakit.

8. Mempunyai olahraga yang teratur.

Anak-anak memang amat memerlukan aktiviti olahraga, bersukan dan beriadah. Disamping untuk perkembangan fizikal, kesihatan mental dan emosi juga terjaga. Oleh itu, sentiasa mengajak anak-anak untuk beriada di luar rumah. Jangan terlalu asyik bermain dengan telefon bimbit sahaja.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen