Jangan Lupa Lakukan Persediaan Yang Cukup Apabila Pergi Melancong Bersama Anak-Anak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja pasti gembira sekiranya berpeluang untuk pergi melancong ke tempat yang diingini. Terutama jika kalian telah penat dengan rutian harian yang mengjengkelkan malah sudah lama tidak bercuti untuki merehatkan fikiran. Melancong boleh mengurangkan tekanan, mengembalikan keseimbangan dan memberi inspirasi. Malah, ia juga mungkin memberikan anda memori yang tidak dapat dilupakan.

Jika sekali sekala berpeluang untik pergi bercuti pasti seronok juga. Namun begitu, buat mereka yang sudah memiliki keluarga pasti ingin menikmati percutian seperti ini juga. Sekali sekala bercuti sambil membawa anak-anak melihat keindahan alam ini juga menyeronokan. Tapi bagaimana pula untuk mengguruskan anak-anak ketika bercuti?



Biasalah mereka ini penuh dengan ragam, buatnya anak-anak meragam ketika bercuti ia pasti tidak menyeronokkan, malah jika ingin tinggal mereka juga tidak menenangkan hati. Jadi membawa anak pergi melancong bersama adalah satu pilihan yang baik namun bagaimana untuk menguruskan mereka agar percutian berjalan dengan lancar?

Proses persediaan dan persiapan boleh menjadi rumit, apabila anda akan membawa anak anda bersama. Berikut beberapa tip melancong bersama anak-anak yang mungkin boleh anda pertimbangkan.

Persediaan…

Anda harus sentiasa bersedia dan bersabar untuk perkara-perkara yang tidak terduga dari anak anak anda, sebagai contoh, ingin ke tandas atau untuk berjalan-jalan. Pastikan anda menyediakan masa tambahan dalam jadual perjalanan anda kerana ia adalah normal untuk kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu tentang segalanya, terutama ketika melancong kerana ia merupakan waktu untuk anda bergembira dengan anak-anak.

Pakaikan anak anda pakaian yang sesuai dan selesa mengikut tempat yang akan anda pergi. Pastikan anda tidak lupakan lampin pakai buang, untuk perkara yang tidak terduga jika anak anda kencing atau membuang air besar ketika dalam penerbangan. Anda pastinya gembira kerana telah bersedia lebih awal.

…dan lebih banyak persediaan

Sediakan tisu basah antibakteria dan hand sanitizer di dalam beg anda kerana anda pasti memerlukannya selepas makan atau apabila tiada kemudahan mencuci berdekatan anda. Kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan dan bahaya, jadi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan baik dan bersih tidak bermakna mereka akan sentiasa sihat. Jadi pastikan anda bersedia dengan ubat-ubatan biasa. Jangan lupa termometer, sekiranya anak anda selsema atau demam.

Selain itu, itu membuatkan mereka tidak membuat bising atau mengganggu penumpang lain ketika dalam penerbangan atau dalam perjalanan, anda boleh menyediakan barangan mainan, buku mewarna atau peranti kecil dengan permainan dan aplikasi yang akan membuatkan mereka terleka.

Jangan biarkan mereka hilang!

Melancong bermakna anda dan anak-anak berada di suatu kawasan baru, jika anak anda sudah cukup dewasa, anda perlu memberikan arahan kepada anak-anak anda, seandainya sesuatu yang buruk berlaku.

Anda boleh memberikan mereka sekeping kertas dengan nombor telefon atau alamat hotel, malahan anda juga boleh menuliskan nombor telefon di lengan anak anda. Kehilangan anak atau anak anda tersesat pastinya menjadikan percutian anda satu mimpi buruk.

Permulaannya memang agak sukar untuk membawa anak-anak pergi melancong bersama anda, tapi apabila sudah biasa ia bukanlah satu masalah buat anda. Pastikan anda melakukan persediaan yang cukup apabila bawa mereka bersama.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen