Macam Mana Nak Buat Ibu Mertua Suka Pada Kita? Jom Baca Terutamanya Untuk Golongan Wanita.

Sebut sahaja tentang ibu mertua, kita pasti tak senang duduk. Gementar sehingga tak boleh nak jadi diri sendiri dan sebagainya. Persepsi kita tentang ibu mertua daripada zaman dahulu sehingga sekarang, tidak pernah berubah kerana menganggap mereka seolah-olah orang asing dan menakutkan. Padahal ibu mertua adalah ibu kepada pasangan kita sahaja.

Elok kita melayan ibu bapa kandung sendiri, pasti tidak berasa kekok untuk melayan ibu mertua kita jugak. Tiada apa yang pelik dan luar biasanya ibu mertua ni. Sama seperti kita sendiri, tiada asbab untuk kita melemparkan kemarahan jika tiada terjadinya sesuatu yang membuat kita benci.

Begitu juga dengan ibu mertua kita, buat apa dia nak marah atau benci kita, kalau kita hanya jadi diri sendiri dan melakukan sesuatu yang dia suka sahaja seperti…

1. Bangun awal pagi.

Bila dah duduk dengan ibu mertua tu, rajin-rajinkan diri untuk sentiasa bangun pada awal pagi. Situasi ini sering menjadi isu apabila, pasangan kita tak bangun pagi, tapi kita pula kena bangun pagi semata-mata nak ‘sedapkan’ hati ibu mertua. Jadi, sepatutnya sebagai suami, jadilah ketua keluarga yang sebenar, anda yang perlu melatih isteri untuk bangun pagi berjemaah subuh bersama-sama.

Jadi, sebagai isteri sentiasa ingatkan suami anda untuk sama-sama bangun awal pagi.

2. Belajar memasak.

Tak tahu memasak?

“Tu lah, mak suruh belajar masak masa muda-muda dulu, liat!”

Oleh sebab itu, kena belajar bangun awal pagi supaya dapat belajar memasak dengan ibu mertua. Tak boleh memasak pun, asalkan tolong potong bawang, sayur dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kehadiran anda di dapur membuatkan hati ibu mertua tidak rasa terbeban, dan ada kawan untuk diajak berbual.

3. Sentiasa tolong di dapur.

Sentiasa tolong di dapur, bukan tolong memasak semata-mata, tetapi, anda juga seharusnya menolong untuk kemas dapur dan melihat sekiranya ada bahan makanan yang sudah melepasi tarikh luput. Sentiasa melihat barang keperluan dapur yang perlu dibeli baru, dibaiki dan sebagainya. Lepastu ajaklah suami anda untuk membeli perkakas dapur tersebut. Ibu mertua lihat pun, hubungan anda dengan suami bahagia je..

4. Jangan harap ibu mertua je nak approach.

Kepada mereka yang introvert atau pendiam ini, janganlah ikutkan perasaan sangat dengan pendiam anda tu. Bila dah berkahwin ni, buang sikap pendiam anda untuk mulakan langkah berbual dengan ibu mertua. Asyik ibu mertua sahaja yang perlu memulakan perbualan, anda juga perlu turut sama memberi idea untuk berbual.

Anda buntu, ibu mertua buntu. Lama-lama ibu mertua pun menyampah dengan anda.

5. Tak perlu bagi hadiah sangat.

Ramai dikalangan kita dengan menganggap pemberian hadiah adalah tips utama untuk pikat hati ibu mertua. Seperti yang dinyatakan di atas, ibu mertua sama juga seperti ibu kandung kita juga. Kalau ibu sendiri pun tak selalu beri hadiah, kenapa dengan ibu mertua nak bagi hadiah sampai berlebihan pula?

Cukup sekiranya anda memiliki hati dan jiwa yang bersih, bijak berkata-kata dan mengambil hati ibu mertua, tahu untuk berbual, sepertimana anda melayan ibu kandung sendiri, pasti ibu mertua mudah terhibur.

6. Jadilah wanita yang pembersih dan ringan tulang.

Dan yang paling penting adalah, jadilah isteri yang pembersih dan ringan tulang. Sekiranya ketika bujang anda adalah seorang yang pemalas dan pengotor, ubahlah sikap anda itu! Yang paling penting ibu mertua lihat adalah:

  • Pandai susun kasut atau selipar tak?
  • Pandai lipat baju?
  • Perkakas di dapur pandai susun tak?
  • Selalu mop lantai tak?
  • Tandas, berapa kali cuci?

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen