Mimpi Kiamat Dan Kematian Yang Menyentuh Hati, Isteri Fad Bocey Kongsi Kisah Hijrahnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidayah itu milik Allah, ia datang dengan pelbagai cara. Bahkan ia datang kepada seseorang itu juga berbeza-beza. Ada yang diberikan melalui mimpi, ada yang diberikan melalui bantuan orang lain dan pelbagai lagi. Tapi ketahuilah bahawa hidayah itu perlu dicari bukannya dinanti.

Begitu juga dengan isteri pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey, Nur Sayaahira A. Rahman, mengambil keputusan untuk berhijab selepas bermimpi dirinya meninggal dunia dan ia sangat terkesan kepada dirinya.

Lebih mesra dipanggil Syeera telah menyatakan bahawa niatnya untuk bertudung sudah lama dan dirinya juga sudah lama mengumpul tudung namun biasalah iman kita yang turun naik.




“Bermula episod baru ,tak la niat tulis untuk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. Sebenarnya niat dah lama dan dah lama saya kumpul tudung.

“Tapi biasala iman kita turun naik, kadang tengok orang cantiknya bertudung, tapi bila pakai rasa macam tak yakin. MashaAllah bukan mudah istiqamah tu,” katanya.

“Tapi satu masa tu hampir setiap hari, saya selalu dlm keadaan resah. Kalau ke mana-mana mesti otak fikir Kalau eksiden mati macam mana. Sampaikan setiap hari mimpi kiamat, mimpi family satu satu tinggalkan saya.




Syeera akui apa yang memberi kesan mendalam terhadap dirinya adalah beliau bermimpi akan kematian yang menyebabkan meninggalkan anak-anaknya tanpa pengurusan kerana itu semua tanggung jawab dirinya.

"Saya selalu cerita dengan Fad saya mimpi buruk tapi without no reaction from him saya jadi tertanya tanya kenapa rasa ni buatkan saya resah tak berhenti fikir. Sampai la satu hari tu saya dapat satu mimpi yang memang saya takut untuk terima.

“Saya mimpi saya mati tinggalkan anak-anak. Bila bangun rasa sedih rasa sayu. Sebab kita yang setiap pagi mandikan anak-anak ,siapkan anak-anak pegi school, hantar school, balik masak untuk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tak lapar .

“Tapi Kalau saya tak ada nanti siapa yang akan buatkan semua tu (jangan berani nak kahwin lain). Anak-anak siapa yang akan uruskan. Takut sangat walhal jalan yang Allah tulis kita kena redha terima semuanya. Lama saya cari apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan.



Tambahnya, beliau pernah pergi ke satu tempat untuk menunaikan solat namun banyak mata memandangnya pelik kerana tidak menutup aurat dengan sempurna.

“Pernah dekat satu tempat tu saya masuk dalam keadaan aurat tak sempurna untuk solat, dan banyak mata yang pandang pelik. Tapi abaikan sebab Allah tau niat kita. Lepas solat saya akan baca al Quran yang ada terjemahan supaya saya dapat cari apa yang kurang dalam diri. Saya selalu refer kawan-kawan. Salah sorangnya @sayaashamsul dia selalu cakap slow-slow .

“Bukannya nak cakap pakai tudung ni kita dah jadi cukup baik cukup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yang lebih baik. Takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la untuk cari kesempurnaan tu. Tak ada paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korbankan benda tu.

“Satu ceramah yang saya dengar dari Youtube, tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yang tidak menutup auratnya. Saya masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. Moga ada yang dapat bimbing saya.

“Ramai sangat yang dm yang WhatsApp, semuanya bagi semangat. Tak tahu nak cakap rasa tu macam ramainya yang sayang kita sebenarnya. Satu rasa yang tak tahu nak gambarkan tapi hati tu rasa lapang. Rasa luas, rasa lega. Doakan saya terus istiqamah ❤️,” ujarnya yang mula bertudung pada 19 Januari lalu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen