“Memang Sukar Untuk Terus Istiqamah Buat Baik. Itulah Perlunya Mujahadah…” –Adam Corrie-

Sebagai manusia yang khilaf, kita memang tidak boleh lari daripada melakukan sesuatu kesilapan. Jika yang sedar dengan kesilapannya sendiri, pasti ianya dijadikan sebagai pengajaran. Namun, bagi mereka yang tiada kesedaran, pasti sukar untuk istiqamah elak melakukan kesilapan.

Ramai yang mengatakan, mudah untuk berubah dan memperbaiki diri sendiri menjadi lebih baik, namun sukar pula untuk beristiqamah, kenapa ia terjadi? Ini kerana tiada Mujahadah dalam diri kita. Mujahadah bermaksud bersungguh-sungguh melakukan ibadah Allah SWT yang sesuai dengan amanat dan tujuan Ilahi.

Sebagai contoh, dikalangan wanita yang tidak berhijab berubah dengan memakai hijab. Hanya berubah memakai hijab sahaja, namun tidak bersungguh-sungguh menjalankan ibadah-Nya dimana kita sukar untuk beristiqamah.

Seperti perkongsian dari Adam Corrie di laman Instagramnya…

********

adamcorrielee

apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin.

“Ya Tuhan Kami, jgnlah Engkau jadikan hati Kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; krn Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”

Mmg sukar utk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah (berjuang dengan bersungguh-sungguh dgn syariat)

kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian .. cari kawan yg boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yg betul. pergi majlis ilmu.

jauhkan seketika dahulu kawan2 yg boleh pengaruh kita ke buat perkara yg tidak elok.

kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan.

percayalah.. Allah sayang kita.. tp kita bersangka-sangka dgn Allah. kuatkan ikatan kita dgn Allah dulu.

sedih.. tak mengapa.. itu lumrah utk kita yg bergelar hambaNya yg lemah. sedih.. mengadu dgn Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yg tulus yg dari hati.

senyum selalu

selalu bersangka baik

insyaAllah hati tenang

******** 

Semoga Kita Terus Beristiqamah dan Bermujahadah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen