Bagi Para Ibu, Ikuti 6 Tips Ini Untuk Memilih Seterika Yang Terbaik.

Mustahil golongan wanita tidak mengenali seterika dalam hidup mereka? Masakan tidak mengenali, jika pada waktu kecil sering dibuli oleh adik-beradik yang lain untuk tolong menggosok baju sekolah, atau pun ketika perayaan sahaja, pasti golongan kakak-kakak ini menjadi mangsa untuk menggosok baju.

Ketika kecil kita mungkin tidak mengambil berat dalam pemilihan seterika, asalkan ada, guna sahaja. Akan tetapi apabila sudah berkahwin, belajarlah untuk mencari seterika yang terbaik supaya tidak terbeban dan tidak mudah rosak seperti…

1. Pilih seterika berwap berbanding seterika biasa.

Kebiasaannya, seterika berwap (steam iron) akan membuat baju anda hilang kedutan dengan cepat berbanding dengan seterika biasa. Ia mungkin kedengaran lebih mahal daripada seterika biasa, namun ianya berbaloi. Kerja anda menjadi cepat dan tidak membuang masa juga. Jika anda hanya merenjis air kemudian menggunakan seterika biasa, kedutan sukar hilang kerana air tersebut dalam suhu yang sejuk dan bukan dari suhu seterika tersebut.

2. Pilih seterika yang ringan.

Pasti kita sering terdengar kata orang dulu-dulu, dimana seterika yang berat lebih cepat hilangkan kedutan. Mungkin bagi mereka tekanan berat daripada seterika tersebut mampu hilangkan kedutan baju serta merta, akan tetapi sekiranya tidak panas tidak guna juga. Sebenarnya, tiada kaitan dengan beratnya sesebuah seterika, kerana kedutan yang hilang disebabkan suhu yang panas sahaja. Jadi, seterika yang ringan pun tiada masalah, tangan anda pun tidak lenguh.

3. Pilih seterika yang ada logo SIRIM.

Dalam membeli barangan elektrik, adalah amat penting anda menitik beratkan logo SIRIM ini. Jika barangan elektrik anda seperti seterika tiada logo SIRIM bermaksud ia tidak memenuhi piawaian SIRIM, malah tidak melalui proses ujiannya untuk diuji. Nanti anda guna sekejap dah meletup, atau mengalami kebakaran, khuatir kedai tersebut tidak menjamin keselamatan anda pula.

4. Pilih seterika dari jenama yang dipercayai.

Selain daripada logo SIRIM, anda juga perlulah memilih seterika daripada jenama yang dipercayai dan telah lama berada di pasaran Malaysia. Jangan hanya kerana mahu berjimat, anda tidak menitik beratkan jenama seterika pula. Ini juga salah satu sebab kenapa seterika anda tidak tahan lama, mudah rosak, terbakar dan sebagainya.

5. Pilih seterika yang mempunyai logo 5 bintang Suruhanjaya Tenaga.

Dan yang paling penting juga adalah logo 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga. Jika seterika anda tidak mempunyai 5 bintang ini, ia menandakan seterika yang anda beli tidak pernah diuji dan tidak terbukti kesahihannya yang boleh menjimatkan penggunaan elektrik. Oleh sebab itu, kita akan lihat rumah mudah berlakunya lintar pintas, atau black out. Mungkin salah satu barangan elektrik, tiada logo 5 bintang ini. Daripada skala 1 hingga 5, jika semakin banyak bintang tersebut, semakin jimat penggunaan elektrik.

6. Pilih seterika yang dibuat dari besi tahan karat.

Seterika yang sudah lama digunakan, pasti akan terlihat karat dibahagian bawah kemudian sukar untuk menggosok baju. Jika lakukan pelbagai tips untuk hilangkan karat pun, ianya hanya sementara sahaja, kemudian berkarat kembali. Oleh sebab itu, pentingnya untuk memilih seterika yang mempunyai besi tahan karat.

Semoga Bermanfaat dan Jagalah Keselamatan Keluarga!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen