Wahai Isteri-Isteri, Jangan Mudah Putus Asa Dalam Menegur Suami Buatlah Bahagian Anda Sehingga Ke Akhirnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ramai di dalam kalangan ister-isteri ini rajin tag suami-suami mereka mengenai post-post berkaitan dengan kekeluargaan di media sosial ini bukan? Ada yang mendapat balasan yang baik bahkan ada juga suami yang hanya mengabaikan sahaja. Begitu juga apabila isteri menghantar WhatsApp, ada suami yang membalas dengan segera walaupun sekadar emoji sahaja tetapi ada juga yang hanya meninggalkan bluetick. Pelbagai ragam suami-suami ini.

Sebagai seorang isteri, jangan terlalu mudah untuk berputus asa dalam apa yang anda lakukan. Pasti ada di antara anda sudah jarang menghantar pesanan kepada suami, ada juga yang sudah malas memberi teguran kepada suami bahkan ada juga membiarkan suami untuk melakukan apa sahaja yang disukai.



Semuanya kerana sudah penat, suami tidak mengendahkan bahkan suami tidak ambil peduli. Jika anda berhadapan dengan perkara ini, mungkin anda boleh baca perkongsian yang dari saudara Akhtar Syamir ini mengenai perkara ini. Jangan putus asa, lakukan tugas anda hingga ke akhirnya.

                       

Bekalan terbaik dari isteri. Makanan tengahari dan kain pelikat.

Masa nak ambil tadi, dari jauh nampak macam berisi betul plastik tu, makanan ape lagi yang ditapaukan ni?

Rupanya ada kain pelikat sekali. Bagus jugak. Walaupun yang kat tempat kerja ni pakai sekejap - sekejap je, tapi kena tukar jugak.

Nampak macam biasa je benda ni kan? Tapi ada satu pengajaran yang kita boleh ambil.

Saya antara orang yang paling banyak membaca komen di penulisan yang fokusnya ke arah kekeluargaan. Ini kerana di setiap penulisan saya, saya dahagakan maklumbalas untuk diserap dan diproses bagi kegunaan penulisan masa hadapan.

Apa yang saya perhatikan, ada segelintir isteri yang sudah berputus asa dengan suaminya. Ayat seperti "dia takkan baca punya", "memang itulah perangainya, takkan berubah", "berbuih dah nasihat", "kalau cakap mesti kita yang kena marah" dan macam - macam lagi.

Tak kira la bab apa pun, bab solat, bab merokok, bab chat dan berkongsi gambar lucah di aplikasi whatsapp dan termasuklah bab menghabiskan masa yang melampau dengan hobi / game / kawan - kawan.

Ianya seperti "apa nak jadi, jadilah. Aku dah penat !".

Pernah rasa macam tu? Pernah tak berada dalam situasi yang menghampiri perasaan tu? Perasaan penat, puas, letih, kecewa yang teramat sangat?

Kalau pernah dan sedang melaluinya, nasihat saya, lihat gambar bekal nasik dan kain pelikat ini. Kadang - kala kita perlu jaga pasangan kita supaya tidak lupa. Kadang - kala, kita perlu ubah cara kita menasihati jika ianya sudah tidak diterima. Kadang - kala kita perlu TIDAK berhenti menegur dan menasihati.

Mungkin sehingga kali ke 99 dia tidak terasa, tapi adakah anda tahu kali ke 100 apa yang akan terjadi? Mane tahu dia akan berubah?

Ada benda yang perlukan kuantiti yang banyak untuk masuk dalam kepala, ada juga yang perlu pelbagai cara baru masuk nasihat itu.

Tapi yang jelasnya, jangan sesekali berhenti. Anda sebagai isteri atau suami, jangan sesekali berhenti berharap, berhenti menasihati, berhenti menegur. Kerana, apabila anda berhenti, apa lagi nilai yang tinggal dalam keluarga anda? Memang anda boleh salahkan dia kerana tidak berubah. Tetapi anda sendiri yang berputus asa.

Buatlah bahagian anda sehingga ke akhirnya. Jangan terlalu cepat untuk redha dan berputus asa. Mungkin usaha kita yang belum mencukupi. Jika cara yang keras tidak menjadi, cuba yang lembut, yang kiri, yang kanan, yang depan, yang belakang. Bila ianya sudah sampai ke penghujungnya, anda akan tahu yang anda telah lakukan yang terbaik dan tiada siapa yang boleh menyalahkan anda.

Kepada yang menerima nasihat atau teguran, jika anda rasa pasangan anda membebel banyak disebabkan perkara yang sama, maknanya anda yang kena ubah, bukan dia yang kena berhenti.

Hargailah orang yang selalu cuba menasihati. Kerana apabila mereka sudah berhenti, anda sebenarnya sudah kehilangannya. Buatlah apa pun, jika hatinya sudah tawar, tiada apa lagi yang boleh lakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen