5 Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan Buat Suami Isteri Pada Tahun Pertama Perkahwinan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tahun pertama perkahwinan sememangnya perkara yang begitu mudah untuk diingati. Mana tidaknya, ketika itu adalah saat-saat manis serta susah senang dalam permulaan membina sebuah keluarga. Bukan itu sahaja, biasanya ada banyak pengalaman dan perkara yang berlaku pada permulaan sebagai suami isteri ini.

Malah, ia akan menjadi topik perbualan kepada anak-anak kelak akan manis pahitnya hidup pada tahun pertama bergelar suami isteri. Biasanya perkara yang bagaimana nak sukar untuk diingatkan?

Mungkin ada yang akan mengenangkan saat mereka disatukan ataupun ada yang mengenangkan saat mereka melakukan persiapan perkahwinan dan pelbagai perkara lagi, tetapi 5 perkara ini pasti akan membuat suami isteri ini tersenyum malu.



1. Sisi memalukan pasangan yang tidak diketahui.

Walaupun sudah lama bercinta, itu tidak bermakna kita sudah cukup mengenali pasangan kita itu. Sebenarnya, apabila sudah berkahwin ini, banyak lagi perangai yang bakal anda ketahui. Terutama jika pernagai itu sesuatu yang memalukan pasangan pasti akan akan memberi kesan kepada anda.

Sebagai contoh, pasangan anda suka membuang angin ketika tidur, mempunyai bantal busuk, suka mandi tidak tutup pintu dan pelbagi lagi. Untuk permulaan mungkin janggal tapi apabila sudah biasa, ia akan jadi bahan gurauan.

2. Muka bangun tidur.

Biasanya orang perempuan mempunyai masalah tidak yakin dengan kecantikan diri sendiri, nak-nak lagi selepas bangun tidur. Ada yang sangggup bangun lebih awal untuk menggosok gigi atau memakai bedak sebelum pasangannya bangun gara-gara malu akan wajahnya selepas bangun tidur.

Mungkin pada tahun pertama perkahwinan ia akan sedikit huru hara untuk tangani rasa malu ini, tapi ia adalah kenangan yang akan sentiasa diingati.

3. Memperkenalkan status diri sendiri.

Jika dahulu mungkin biasa sebagai wanita bujang atau lelaki bujang, tapi kini apabila memperkenalkan pasangan malah status diri sendiri anda pasti akan rasa kelainannya. Di mana anda akan rasa lebih yakin dan berbangga dengan pasangan anda, lagi-lagi kalau miliki pasangan yang cukup package.

4. Pergaduhan akan perkara yang remeh.

Pada tahun pertama perkahwinan ini biasanya masing-masing masih cuba untuk mencari keserasian bersama. Di mana cuba untuk memahami sikap masing-masing. Itu yang kalau tidak jumpa kesefahaman menjadi gaduh. Sebagai contoh, si suami masing tidak boleh menerima tabiat buruk si isteri begitu juga si suami, maka salah faham akan timbul.

5. Mencipta tabiat baru bersama.

Jika sebelum berkahwin banyak menguruskan perkara sendiri kini sudah tidak lagi. Baik isteri atau suami masing-masing akan mula dengan satu tabiat baru. Penciptaan tabiat baru ini biasanya akan menimbulkan kemesraan di antara suami isteri tersebut.

Sebagai contoh, makan malam bersama, bermain game bersama, mencium isteri sebelum tidur ataupun mencium tangan suami sebelum pergi ke kerja. Itu semua tabiat baru yang mereka suami isteri sahaja boleh rasai.

Tahun pertama perkahwinan itu begitu menyeronokkan serta memberikan kenangan yang indah buah mereka yang sudah bergelar suami isteri ini. 


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen