Nak Hidup Bahagia? Amalkan 10 Sikap Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap mengenai kebahagiaan pasti ramai yang mahukan kebahagiaan itu. Mana tidaknya, kebahagiaan ini tidak boleh dijual beli, dan setiap orang pasti miliki kebahagiaan yang berlainan. Ada yang bahagia melalui keluarganya, ada yang bahagia dengan apa yang dimiliki sekarang dan ada juga yang bahagia dengan mensyukuri segala nikmat yang diberikan kepadanya.

Kebahagiaan itu sangat subjektif sehinggakan ia tidak mampu diukur dengan kayu pengukur tetapi mampu diucapkan melalui kata-kata. Adakah anda bahagia dengan kehidupan anda sekarang?

Kadang kala, kita tidak sedar, kebahagiaan itu bermula dengan diri kita sendiri, bukan dengan orang lain. Tapi diri sendiri jugalah menjadi punca kita tidak dapat menikmati sebuah kebahagiaan. Jadi bagaimana nak bahagia?



1. Lepaskan rasa risau dan takut.

Biasanya rasa takut dan risau ini timbul apabila anda terlalu memikirkan sesuatu perkara yang belum terjadi lagi. Mungkin anda mudah terpengaruh akan kata-kata atau filem yang anda tonton. Biasanya perkara yang kita takutkan itu akan menyebabkan kita berfikir secara berlebihan, sedangkan perkara itu belum tentu terjadi lagi.

2. Buang sifat dendam.

Apabila anda mula menyimpan perasaan dendam terhadap sesuatu perkara, maka agak sukar untuk anda menikmati sebuah kebahagiaan walaupun kebahagiaan tersebut sudah ada di depan mata mata. Mana tidaknya, perasaan dendam itu memenatkan malah ia juga menyedut segala tenaga postif yang ada dalam diri anda. Adalah lebih baik jika anda buang perasaan sebegitu jauh-jauh.

3. Berhenti mengeluh.

Terlalu mudah mengeluh akan sesuatu juga menyebabkan kita sukar menikmati kebahagiaan kita. Apa tidaknya, mengeluh ini umpama kita kita berasa syukur terhadap kurniaan yang diberikan malah, seperti tidak sanggup berdepan dengan ujian dari-Nya. Secara tidak langsung ia akan memberi aura negatif pada diri anda.

4. Ada masalah, selesaikan satu demi satu.

Apabila berhadapan dengan masalah yang banyak, jangan cepat putus asa. Cuba untuk mencari penyelesaian satu persatu. Jangan cuba untuk selesaikannya sekaligus kerana ia akan membebankan anda. Cuba untuk cari jalan keluar secara tenang.


5. Maafkan semua orang.

Sebelum tidur, belajar untuk memaafkan semua orang yang ada jumpa pada hari itu. Ini adalah amalan yang sering kali dilupakan. Tidur dalam hati yang lapang bahkan jangan tidur bersama masalah anda. Ia tidak akan membuat anda tidur dengan tenang. Belajar untuk memaafkan malah mengikhlaskan sesuatu.

6. Jauhi urusan orang lain.

Jangan pernah melibatkan diri dengan masalah orang lain. Biarkan mereka menyelesaikan masalah mereka sendiri. Sekiranya anda di minta untuk mendengar, cukup sekadar anda menjadi pendengar yang baik bukan menjadi pembantu menyelesaikan masalah mereka. Jangan bebani diri anda dengan masalah dari orang lain.

7. Hiduplah pada saat ini, bukan masa lalu.

Sentiasa mengenangkan masa lalu juga tidak akan membuat anda menikamti kebahagiaan hidup. Yang berlalu biarkan berlalu, lepaskan segala kenangan itu, usah disimpan atau diratapi. Sentiasa bersykur akan kehiduapn anda pada ketika ini.

8. Jadi pendengar yang baik.

Apabila kita menjadi seorang pendengar yang baik, kita akan lebih mudah disenangi oleh orang disekeliling kita. Bukan itu sahaja, setiap perkara itu akan memberi pengajaran atau pedoman dalam hidup agar tidak melakukan perkara sebegitu. Malah ia juga akan memberikan sebuah pemikiran yang baru dalam diri kita.

9. Berfikiran positif.

Sentiasa berfikiran positif dalam hidup barulah ia memberikan aura kebahagiaan kepada diri anda. Jika anda anda sentiasa berfikiran negatif, ia akan membuatkan anda begitu mudah untuk didatangi perasaan yang tidak senang melihat kebahagiaan orang lain.

10. Bersyukur atas hal-hal kecil yang akan membawa kita pada hal-hal besar.

Bersukur adalah satu jalan yang terbaik untuk mendapat kebahagiaan hidup. Bersyukur terhadap setiap rezeki dan nikmat yang diberikan kepada anda, barulah kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya.

Jika anda mahukan kebahagiaan, semuanya bermula dengan diri anda sendiri. Nak bahagia, maka carilah kebahagiaan itu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen