Dah Jadi Suami Isteri Nanti, Jangan Pernah Berhenti Berharap Pada Pasangan Kerana…

Apabila sudah lama melayari bahtera mahligai bersama pasangan, pasti terdetik jauh di dalam hati dan perasaan semakin bosan melihat muka pasangan setiap hari. Jika yang baru berbulan-bulan melangkah ke jinjang pelamin pun sudah terasa bosan, apatah lagi bagi mereka yang sudah berkahwin bertahun-tahun.

Pada mereka yang masih bujang, masih rasional jika berhenti berharap pada insan yang tidak mahu pada diri kita lagi.

Ini kerana masih belum ada ikatan yang sah dan masih dalam perkenalan malah tiada komitmen. Ketika taaruf lah perlu berkenalan dan mengetahui latar belakang dengan sebaik mungkin supaya tidak tersalah pilih. Tidak kira sama ada bercinta sebelum bernikah, ataupun waktu tempoh pertunangan.

Apabila sudah melangkah ke alam rumah tangga, elakkan lah berpewatakan seperti anak-anak kecil, atau bercinta dengan tidak matang. Baru beberapa berkahwin sudah mahu bercerai. Apabila sudah berkahwin, jangan pernah berhenti pada pasangan kerana…

SEBAGAI SUAMI ISTERI JANGAN PERNAH BERHENTI UNTUK  SALING MENASIHATI.

Kalau bukan pasangan anda untuk menasihati anda, siapa lagi?

Sebagai isteri perlu taat pada suami, manakala suami pula perlu menjaga amanah Allah SWT ini dengan molek.

Jangan berhenti untuk saling nasihat-menasihati....

Jangan lupa untuk menasihati antara satu sama lain....

Si suami jangan ego pula untuk tidak menerima nasihat dari seorang isteri, walaupun anda adalah pemimpin di dalam keluarga. Jangan salahgunakan kuasa anda sebagai ketua keluarga sehingga tidak boleh bertoleransi dengan isteri.

Sebagai contoh terlalu banyak kisah yang tular di sosial media, dimana isteri mengadu yang si suami sukar untuk menerima nasihat.

“Dah berbuih mulut ni, tak berganjak jugak…”

“Bukan nak dengar pun nasihat kita, yela kita ni isteri je, kita je kena dengar nasihat dia…”

Sebab itu dalam rumah tangga, suami isteri HARUS bertoleransi antara satu sama lain.


SEBAGAI SUAMI ISTERI JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA.

Jika bukan anda untuk menyelamatkan rumah tangga dengan pasangan, siapa lagi? Jika harapkan pihak luar, tidak ramai yang berhati baik dan mulia untuk menyatukan pasangan. Jadi, batu api ramai sahaja.

Masa awal perkenalan, bersungguh-sungguh nak kahwin dengan pasangan. Tidak berputus asa mahu mendapatkan cintanya sehinggakan pihak luar yang melihat pun rimas dengan adegan-adegan kalian berdua. Setiap hari mahu keluar berdua, walaupun sudah ditegah, ketika darah manis (bertunang) jangan keluar, takut nanti jadi apa-apa yang tidak diingini.

Tapi selepas sahaja berkahwin…

“Tak serasi…”

“Baru tahu sikap sebenar pasangan…”

“Rupanyaaa…”

Suami isteri jangan mudah berputus asa, jika tidak berusaha lebih. Lihat bagaimana orang dulu-dulu mampu mengekalkan hubungan sehingga ke akhir hayat. Lihat ibu bapa kita. Jika tidak kena dengan cara A, cuba cara B pula untuk nasihat pasangan. Jika pasangan sering sangat terlupa, cuba dengan kaedah yang lebih lembut pula.

Hidup kita banyak alternatif untuk diusahakan, semuanya terletas di atas daya usaha kita sama ada malas atau pun tidak sahaja.

Jangan cepat melatah dan terus berhenti harap pada pasangan selepas berkahwin, kerana anda mudah tergoda dengan hasutan syaitan untuk bercerai dimana ia adalah perkara yang harus dalam perkahwinan, namun dibenci oleh ALLAH SWT.

Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: "Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak."

Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga."

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen