“Sebagai Isteri, Kena Hadam Ilmu Pasal Suami, Baru Bahagia..” Jom Ikuti Perkongsian Ini.

Dalam rumah tangga, pasangan suami isteri haruslah saling melengkapi. Bukan suami sahaja yang perlu ambil berat tentang isteri, isteri juga perlu ambil berat tentang suami. Ini yang dinamakan toleransi. Seperti perkongsian dari Puan Nur Farhana ini, para isteri harus mengenai siapa SUAMI itu sebenar…

********

Wahai isteri, FAHAMILAH siapa suami itu sebenarnya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa la saya hanya pos cerita pasal suami je. Hormat suami, jaga hati suami, dan semuanya tentang suami. Sebab apa eh?

Sebab, saya sendiri sedang cuba nak fahamkan diri ini, siapa sebenarnya suami yang Allah sebut sebagai seorang yang terlalu tinggi darjatnya kepada seorang perempuan yang bergelar isteri.

Dan mengharap juga,sesiapa sahaja yg baca perkongsian saya ini, juga Allah beri faham, walau satu peratus, SIAPA ITU SUAMI.

Kalau la kita betul-betul hadam ilmu pasal suami ni, mesti kita sangat bahagia dengan apa jua yang dia bagi pada kita. Sebab kita tau, apa balasannya bila berbuat dan berkhidmat untuk suami.

Carilah guru, fahamilah kitab, bacalah buku, galilah ilmu-ilmu tentang siapakah suami. Kerana ilmu ini, akan menuntun kita ke syurga. Moga Allah izinkan kita menjadi isteri yang benar-benar isteri.

Banyak sangat kisah zaman Rasulullah, para sahabat dan salafussoleh tentang wanita-wanita solehah yang begitu menjaga hubungan dgn suaminya.

Sehingga ada yang menyediakan rotan setiap kali suami pulang ke rumah untuk memukulnya jika ada perkara yang dilakukan diluar kesukaan suaminya sedangkan dia hanya berada di dalam rumah.

Ada juga kisah tentang isteri yang taat arahan suaminya untuk tidak keluar rumah hatta menziarahi ayahnya yang telah meninggal dunia. Apa hadiahnya apabila taat sebegitu rupa?SYURGA!

Perintah taat suami bukan perkara yg kita sepatutnya pandang ringan. Kerana redha suami asbab utama seorang isteri mendapat redha Allah yang Maha Agung.

Redha Allah pula pentingnya boleh kita istilahkan, baik mati je kalau takde redha Allah. Jadi, nampak tak betapa besarnya taat suami tu?

Sesungguhnya, syurga itu benar. Syurga bukan main- main, akhirat pun bukan main-main. Syurga bukan biasa-biasa luar biasanya, tak terjangkau dek akal luar biasanya. Jalan buat isteri ke syurga? SUAMI.

Saya juga isteri, sama seperti kawan-kawan. Ada masa, rasa nak putus asa, putus harap. Rasa nak menangis setipa masa, rasa lebih baik aku hidup sorang je. Rasa-rasa yang semua isteri rasa. Ya kawan, semua yang bergelar isteri rasa.

Kita nampak kawan tu macam terlalu bahagia, sampai kita rasa, aku paling malang atas muka dunia. Sedangkan, kawan itu juga melalui perkara yang sama dengan kita, cuma bagaimana dia ‘menggunakan’ Allah sebaiknya dalam hidup dia.

InsyaAllah, kita sama-sama doa, Allah beri faham pada kita, dan seterusnya menjadi isteri yang solehah dan taat pada Allah, Rasulullah dan suami.

YaAllah, jadikanlah kami seperti Saidatina Asiah r.a, yang taat pada suaminya musuh Allah, juga seperti Ummu Mukminin Saidatina Khadijah r.a yang mengorbankan hidup bangsawannya untuk taat pada Rasulullah, dan jadikanlah kami seperti Puteri Rasulullah Saidatina Siti Fatimah r.a yang taat pada suaminya walau dalam susah dan payah.

Dan jadikanlah kami mengidolakan wanita-wanita solehah ini sebagai batu pengukur untuk kami membentuk akhlak-akhlak kami yang Engkau cintai.

Dari hati,

Isteri yang mengharapkan berkat.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen