Lelaki Ini Kongsi 7 Cara Capai Kehidupan Yang Selesa Di Usia Yang Muda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kesempitan hidup adalah satu perkara yang biasa dilalui oleh anak-anak muda pada masa kini. Hal ini kerana, masalah pengurusan kewangan yang tidak simbang menyebabkan ramai anak muda mengalami masalah tersebut. Banyak yang cuba untuk tangani masalah tersebut, tapi cuma sekadar angan-angan dan di bibir sahaja.

Kehidupan yang selesa dan menenangkan itu sememangnya menjadi impian dan angan-angan tapi tidak semua mampu miliki perkara tersebut sekiranya masih lagi tewas dengan keinginan dan kehendak sendiri. Hidup yang selesa ini bukan bermula anda miliki wang yang banyak serta keinginan anda semuanya boleh tertunai tapi adalah apabila anda bebas hutang dan juga dapat tidur dengan lena.

Sedikit perkongsian saudara Amir Syahir mengenai cara untuk mendapatkan hidup yang lebih selesa dan tenang ketika usia masih muda.



Selesa bukan bermaksud kau kaya-raya, punya duit berjuta atau pandu kereta import mewah gah di jalan raya. Cukuplah punya rumah sendiri, tidur lena, hati senang, bebas daripada hutang. Nak pergi mana pun boleh.

Untuk mendapatkan kehidupan yang selesa, kau orang mesti bermula di usia yang muda. Tangguhkan kehendak buat sementara waktu.

Antara perkara yang kau orang boleh buat ialah :

1. Bayar Diri Sendiri.

Peruntukan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan untuk simpanan masa depan. Tak mampu simpan 10%, simpan RM 50 sebulan dahulu pun tak apa. Janji simpan sedikit sebanyak.

2. Berbelanja Kurang Daripada Pendapatan

Kau orang kena berbelanja di bawah pendapatan. Jika kau mampu beli baju berjenama apa salahnya kau orang sekadar beli baju murah tapi berkualiti. Pastikan perbelanjaan kau orang tak melebihi pendapatan yang kau orang dapat. Ini gaji RM2000, tapi nak pakai kereta Honda Civic. Sedar-sedarlah diri tu.

3. Membina Aset Di Usia Muda

Cari dan belilah aset di usia yang muda. Banyak kelebihannya. Dapat dijadikan sebagai pelaburan misalnya. Kau orang kena tahu apa itu aset, apa itu liabiliti. Ramai orang tak boleh membeli aset sebab banyak liabiliti. Cari aset yang sesuai dengan kemampuan diri dan mempunyai potensi untuk pelaburan.

4. Jangan Jadi Hamba Kad Kredit

Jika rasa diri tak pandai guna kad kredit, tak payah guna. Jangan pandai swipe je tapi tak pandai nak bayar. Hutang yang sedikit lama-lama semakin membukit. Diri sendiri juga yang sakit.
Kalau nak beli apa-apa, beli saja secara tunai. Kalau tak ada tunai, tak payah beli lagi.

5. Tabung Kecemasan

Sediakan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji untuk tabung kecemasan. Tabung kecemasan ini penting. Jika berlaku apa-apa, tak adalah kau orang nak gelabah sangat hutang sana sini. Boleh juga kau gunakan manfaat pelindungan takaful.

6. Hapuskan Hutang

Bagi yang banyak hutang tu, berusahalah untuk hapuskan hutang sedikit demi sedikit sebelum usia makin meningkat. Hutang mesti dibayar dan diselesaikan dengan kadar yang segera.

7. Tambah ilmu

Ilmu penyuluh hidup. Kalau kau ada wang berjuta tetapi tak ada ilmu pun tak guna jugak. Kalau ada ilmu tapi tak amal pun tiada gunanya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Berusahalah untuk cari dan tambahkan ilmu. Laburkan sedikit duit untuk membeli bahan bacaan. Luangkan masa baca post-post berkaitan hartanah, kewangan atau apa sahaja yang dapat membantu kau orang untuk menambahkan ilmu.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Pilihan di tangan kau orang. Kau orang yang tentukan hidup kau orang sendiri.

Mereka yang berjaya pada hari ini adalah kerana pengorbanan yang mereka lakukan pada masa lalu. Jangan hanya melihat pada kejayaan mereka tetapi lihatlah apa yang telah mereka lalui untuk mencapai kejayaan tersebut. Kah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen