Antara Bahasa Suami Yang Isteri Selalu Salah Faham.

Perbezaan kaum lelaki dan wanita adalah dari segi bahasa yang cuba disampaikan. Bahasa kaum lelaki lebih mudah disampaikan, mudah faham dan tiada putar belit. Manakala kaum wanita pula lebih suka memberi bahasa kiasan sehingga kaum lelaki sukar untuk memahami bahasa mereka. Sangat merumitkan.

Disebabkan kaum wanita ini sangat kompleks pemikirannya, bahasa suami yang mudah difahami pun seringkali diputar belitkan. Kalau suami cakap A, A sahajalah, tidak perlu untuk overthinking. Antara bahasa yang sukar difahami oleh para isteri adalah..

1. “Belilah apa yang awak suka, banyak pun tak apa…”

Apabila si isteri mula meminta untuk membeli barang yang mereka mahukan, atau dah lama aim barang tersebut, pasti mereka akan mula bertanya pada suami. Jika suami menjawab dengan jawapan ini, ia bermaksud suami tidak kisah anda membeli apa sahaja kerana ketika itu mereka ada simpanan untuk anda.

Sekiranya mereka tidak berkemampuan, sudah tentu akan diberitahu dengan lebih awal.

Namun, para isteri selalu mengandaikan jawapan ini seperti memerli mereka, kemudian merajuk tak jadi beli barang tersebut. Dan mula mempersoalkan “Mana awak dapat duit?” “Banyak ke duit tu?” “Selama ni tak ada duit pun..”

Apabila suami tak ada mood, makin berpanjangan rajukannya. Padahal diri sendiri mempersoalkan soalan yang buat suami terkilan. Tetapi, si suami pun jangan pula memberi jawapan seperti memerli isteri walaupun anda tiada niat pun.

2. “Awak nak keluar tak hari ni?”

Majoriti kaum wanita sentiasa dipengaruhi oleh emosi mereka. Nak buat sesuatu mesti kena ikut mood. Kalau taka da mood, pasti kerja itu tertangguh. Apabila suami sering bertanya tentang soalan ini, jawapan yang suami sering terima dari isteri adalah…

“Alaaa tak ada mood hari ni…”

“Esok boleh tak?”

Sekiranya suami anda bertanya soalan begini, ia bermaksud si suami memang sedang bosan duduk di rumah. Dan jika isteri menjawab taka da mood, moodnya juga akan berubah. Apabila isteri mengajak keluar pada esok hari, dan suami pula tiada mood, pasti isteri akan mula mempersoalkan “Ada apa-apa ke semalam?” “Mesti nak jumpa siapa-siapa kan semalam?”

3. “Lain kali kita beli barang ni…”

Apabila suami memberi jawapan seperti ini, ia bermaksud suami memang betul-betul tiada duit peruntukan untuk membeli barang tersebut, atau berkemungkinan bajetnya tiada untuk barang tersebut. Jadi, si isteri jangan pula memaksa si suami untuk membeli mana-mana barang yang lain, dan jangan mula mempersoalkan “Mana duit yang awak simpan banyak tu..” di tempat membeli belah. Jatuhlah egonya nanti. Kalau betul nak banyak tanya, tunggu masuk dalam kereta dahulu, atau bincang di rumah sahaja.

4. “Saya nak keluar beli barang sekejap…”

Pasti si isteri sering mendengar dialog ini di rumah. Si suami ingin keluar sebentar, mungkin keluar minum dengan kawan atau membeli barang di kedai rundit berdekatan. Apabila sampai sahaja suami di rumah, si isteri akan terlihat suami ada membeli sedikit barang kemudian hanya diletakkan sahaja di atas meja tanpa mengusik barang tersebut. Mungkin barang-barang pertukangan untuk keperluan rumah.

Si isteri mula pelik dan mempersoalkan “Awak beli barang ni, bila nak guna?” “Pergi kedai semata-mata nak beli ni je?” “Ada jumpa mana-mana perempuan ke tadi?”

Sebenarnya, ketika pada saat itu si suami terasa ada barang perlu dibeli mungkin kerana sudah kehabisan stok. Jadi, sebelum terlupa lebih baik beli dahulu sebelum terlupa. Nanti nak baiki mana-mana yang rosak di dalam rumah, mudah, barang tersebut sudah tersedia.

Kesimpulannya, sebenarnya mudah sahaja untuk memahami bahasa pasangan masing-masing jika bijak menggunakan komunikasi dua hala. Si suami jangan la senyap sahaja sehingga si isteri sering fikir bukan-bukan mengenai anda. Si isteri pun jangan terlalu menghakimi suami, tak baik!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen