Tips Mengajar Anak Untuk Membaca Al-Qur’an Sejak Dari Kecil.

Sebagai ibu bapa, mengajar anak-anak berkenaan dengan ilmu agama adalah satu keutamaan supaya anak-anak mengetahui siapa pencipta-Nya. Jadi, para ibu bapa perlu mengajar anak-anak untuk membaca Al-qur’an dengan tips di bawah ini…

1. Membiar anak mendengar ayat Al-Qur'an sejak kecil lagi.

Jadilah para ibu bapa yang mendidik anak-anak membaca al-qur’an sewaktu dalam kandungan lagi. Walau dalam keadaan sakit sekalipun, sentiasa mengalunkan ayat-ayat al-qur’an supaya anak dalam kandungan dapat mendengar kalimah-kalimah Allah SWT. Dengan alunan ayat-ayat Al-Qur’an, Insya Allah tumbesaran anak-anak akan berkembang menjadi anak yang pintar.

2. Bantuan alat mengajar.

Selepas anak dilahirkan, sekitar 2-3 bulan, sediakan flashcard sendiri dimana anda boleh menggunakan manilakad sebagai pengganti untuk menjadi lebih kreatif. Tulis dengan abjad yang besar dan baca pada anak-naka setiap hari. Anda perlu sebut huruf dengan jelas pada anak-anak walaupun si anak tidak faham apa yang anda tuturkan. Namun, sebenarnya minda mereka sentiasa berkembang menerima apa yang didedahkan oleh ibu bapa.

3. Gunakan video.

Anda juga boleh mainkan video berkenaan Alif Ba Ta pada anak-anak yang mengandungi karakter kartun, supaya mereka lebih mudah menyerap apa yang mereka lihat. Nanti dah besar pasti secara tidak sedar mereka akan cuba mengikut rentak video tersebut.

4. Memasang kaset di dalam kereta.

Tidak kira dimana sahaja anda pergi, sentiasa memasang kalimah-kalimah Allah walaupun di dalam kereta juga. Jika dulu kita menggunakan kaset, tetapi pada zaman sekarang boleh sahaja disambungkan melalui Bluetooth kepada telefon bimbit anda.

5. Hanya Al-Qur’an sahaja.

Dimana sahaja anda berada, jangan lupa untuk pasang surah Al-Qur’an, tiada lagu lain walaupun pergi berdekatan dengan rumah sahaja menaiki kereta. Ini akan mendorong anak-anak sentiasa mengikuti kalimah-kalimah Allah tersebut.

Kesan dengan sentiasa kerap memasang alunan kalimah Allah ini adalah, anak-anak menjadi tenang dan mudah tidur di dalam kereta. Kemungkinan dengan keberkatan ayat-ayat Al-Qur’an tersebut yang dapat menenangkan hati dan jiwa.

6. Baca sebelum tidur.

Jika sebelum ini anda sering membaca buku cerita pada anak-anak sebelum tidur, cuba pula dengan membaca surah Al-Qur’an pada mereka. kaedah ini juga akan memberi kesan seperti point nombor 5 di atas, anak-anak menjadi tenang dan mudah tidur.

Kesan yang anda dapat lihat adalah, anda akan terkejut dengan kemampuan anak-anak yang dapat membaca surah-surah yang anda sentiasa alunkan. Atau doa-doa ringkas yang sering anda ajarkan pada anak-anak seperti doa makan, doa sebelum tidur, doa masuk kenderaan, doa masuk bilik air dan sebagainya.

Malah, surah-surah pendek yang anda selalu pasangkan pada kereta juga mereka mampu mengikut rentak surah tersebut. Mana tau anak-anak lebih mudah menutur kata dengan kalimah Allah ini. Pasti para ibu bapa berasa bangga.

Kesimpulannya, setiap amalan para ibu bapa pasti diikuti oleh anak-anak kerana mereka adalah pemerhati sejak dari kecil lagi. Jika ibu bapa berdisiplin dalam mendidik anak tentang agama ini, Insya Allah anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan solehah, bijak, dan terpelihara dari dosa.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen