“Dapat Menguasai Bahasa Kedua Sebenarnya Jadikan Anak-Anak Lebih Mahir Dan Kreatif” Kongsi Lelaki Ini.

Sudah menjadi kebiasaan bahasa ibunda kita sebagai rakayt Malaysia adalah bahasa melayu. Akan tetapi pada masa kini, ramai sahaja dikalangan ibu bapa mahukan anak-anak mahir dalam bahasa kedua. Pelajari bahasa kedua ketika anak-anak masih kecil amatlah digalakkan supaya mereka menjadi lebih mahir dan kreatif seperti perkongisan dari bapa tunggal Encik Khairul Abdullah

********

Rupanya dengan menguasai bahasa kedua, anak-anak akan jadi lebih mahir dan kreatif.

Kajian oleh Harvard University mengesahkan bahawa kreativiti, kemahiran berfikir kritis, dan fleksibiliti minda dipertingkatkan dengan ketara jika anak-anak belajar bahasa kedua pada usia yang lebih muda.

3 tahun pertama merupakan tempoh penting di dalam hidup anak-anak. Inilah masanya asas kepada sikap (attitude), adab, pemikiran dan pembelajaran ditetapkan. Inilah masanya anak-anak menyerap segalanya seperti span.

Mudah dan cepat.

Lagi awal anak belajar bahasa ni lagi mudah untuk dia sesuaikan sebutan dan bunyian baru. Waktu umur 1-3 tahun, diorang mudah sangat belajar secara informal dengan melihat, mendengar dan meniru.

Fakta menarik kajian tersebut mendedahkan yang anak-anak lebih mudah dan cepat belajar melalui media, keluarga atau orang sekeliling berbanding di dalam kelas. Maksudnya diorang lebih mudah dan cepat belajar secara tidak formal di rumah.

Anak kecil saya Khaleed baru berusia 1 tahun.

Masih belum boleh bercakap. Hanya dengar suara kuatnya namun tak tahu butirannya, yang jelas hanya "tu tu tu" sambil menunjukkan sesuatu.

Namun dia faham arahan di dalam dua bahasa.

Saya boleh suruh dia "duduk" atau "sit" tanpa menunjukkan isyarat dengan jari supaya dia duduk. Boleh suruh dia "bangun" atau "stand" boleh suruh dia tendang bola atau lontar bola dalam dua bahasa juga. Semua boleh diarahkan tanpa perlu menunjukkan isyarat jari. Dia dengar dan dia faham.

Arahan diterimanya dari saya banyak di dalam bahasa melayu dan dari abang-abangnya di dalam bahasa inggeris. Jadi dia "adapt" keduanya.

Jadi saya menyokong teori yang anak kecil memang sangat mudah belajar bahasa. Melalui melihat, mendengar dan meniru diorang pickup bahasa ni dengan cepat sekali.

Tadi seharian Khaleel cakap melayu dengan saya. Seronok jugalah bila jarang dengar tapi hari ni kerap dengar. Mungkin mood dia lain macam hari ini, biasanya hanya bercakap melayu dengan Maktoknya sahaja, jarang kalau dengan saya.

"Thank you adik"

"Daddy, cakaplah terima kasih adik"

"Ohh, terima kasih adik"

"Sama-sama daddy"

Sebelum ini saya tidak pernah dengar dia sebut terima kasih. Hanya "thank you" sahaja setiap kali diberikan sesuatu. Ada ketika dia akan bertanya pada saya sesuatu perkataan melayu yang saya rasa mungkin dia baru dengar dan saya akan terangkan maksudnya.

Begitulah.

Bukanlah hendak kata anak-anak saya bijak.

Tidak sama sekali.

Tetapi untuk menunjukkan yang anak-anak kecil sangat mudah belajar bahasa kedua. Kuncinya mereka harus sentiasa mendengar, melihat dan meniru bahasa kedua tersebut.

Saya tidak pernah mengajar secara formal bahasa kedua kepada anak-anak saya, semuanya mereka pick up secara melihat, mendengar dan meniru. Jadi saya perlu bercakap kedua-dua bahasa dengan mereka.

Selalu praktik atau guna pendekatan "Talking Twice". Maksudnya bercakap dua kali untuk dua bahasa bagi setiap percakapan atau arahan.

"Khaleef, I dont like you throw things like that!"

"Khaleef, daddy tak suka kamu baling barang macam tu!"

Selalu ulang ayat dua kali di dalam dua bahasa.

Kalau nak ajar tiga bahasa maka buatlah tiga kali. Saya pernah juga buat tiga bahasa, tapi diorang confused dan saya pun naik confused jugak, hahaha. Jadi, dua bahasa sudah lah.

Paling penting, kalau cakap english maka perlu habis semua ayat dalam english, kalau dalam melayu maka perlu habiskan dalam bahasa melayu. Jangan campur aduk.

Selebihnya mereka belajar dari persekitaran, tv dan video di youtube ataupun games. Banyak perkataan baru diorang belajar dari media ini setiap hari. Namun awas, mak bapak kena kontrol penggunaan gajet ni. Jangan berlebihan yer.

Menguasai bahasa kedua terutamanya bahasa inggeris contohnya bukanlah menjadikan anak-anak kita bijak atau penanda aras kepada kehebatan seseorang individu. Bahasa hanyalah alat untuk berkomunikasi.

Namun tidak dinafikan, kemahiran berbahasa asing pada usia sangat muda menjadikan mereka lebih kritis dan kreatif. Ianya adalah satu "added value" atau nilai tambah yang sangat besar kepada mereka sebagai individu.

Cubalah.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen