Alami Kegatalan Pada Kulit Ketika Mengandung, Ada Yang Bahaya Untuk Ibu Dan Juga Bayi. Ikuti Penjelasan Doktor Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat wanita-wanita yang bakal menjadi seorang ibu, pasti banyak ilmu yang perlu anda pelajari dan ketahui sebelum bergelar seorang ibu. Terutamanya berkaitan fasa kehamilan. Pelbagai jenis penyakit yang mungkin bakal anda berdepan tanpa anda duga. Bukan itu sahaja, ramai yang tidak tahu penyakit sebegini adalah berpunca daripada fasa kehamilan anda.

Pernah lihat wanita mengandung yang mengalami masalah kegatalan yang serius?

Mungkin ada yang pernah melihatnya dan ada juga yang tidak. Tahukan anda bahawa kegatalan kulit ketika mengandung ini ada yang bahaya dan ada juga yang tidak bahaya kepada ibu dan bayi.

Menurut Dr Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, kegatalan kulit ini ada Ada yang bahaya, ada yang memang sedia ada pada ibu sebelum dia mengandung lagi seperti psoariasis atau eczema, ada yang hanya menjelma bila kandungan dah mencecah trimester 3. Mari ikuti keterangannya dengan lebih lanjut.



“Awak ni dah kenapa Fatemma, nape kulit awak macam kena cakar hantu ni?”

“Saya gatal teruk masa mengandung, doktor, MasyaAllah teruk sangat gatalnya sampai tak boleh tidur malam. Satu badan gatal, lebih teruk lagi pada kedua-dua belan tapak tangan dan tapak kaki. Macam-macam saya ikthiar, sapu macam macam ubat, takde plak hilangnya. Da teruk kulit saya ni mcm kena cakar harimau sebab dok menggaru. Gatal ya amat. Merenyam. Mengandung sebelum ni ada gak gatal, tapi ni yang paling teruk lah”

“Orang cakap kalau gatal tapak tangan ni duit nak masuk, orang cakap lahh... tu yang saya biarkan dulu, tapi makin lama makin teruk”

Ada beberapa keadaan yang unik dan spesifik kepada mengandung yang menyebabkan kegatalan pada kulit. Ada yang bahaya, ada yang memang sedia ada pada ibu sebelum dia mengandung lagi seperti psoariasis atau eczema, ada yang hanya menjelma bila kandungan dah mencecah trimester 3.

1. Obstetric cholestasis

Ada kaitan dengan genetik dan perwarisan, kalau ada famili yang mengalami masalah ini, biasanya anda akan turut mengalami. Bila pernah mengalami, biasanya akan berulang lagi kehamilan berikutnya dalam 45-90%. Didapati tinggi sikit risiko untuk dpt obstetric cholestasis ini dikalangan indian-asian dan pakistani asian.

Biasanya pesakit akan mengadu gatal satu badan, lebih lebih lagi pada tapak tangan dan tapak kaki. Take merah-merah atau rash pada kulit melainkan pesakit menggaru-garu secara berlebihan yang boleh nampak sebagai kesan cakar pada kulit. Keadaan obstetric cholestasis ini sendirinya takda menunjukkan kemerahan pada kulit, hanya gatal sahaja, biasanya akan jadi lebih teruk pada waktu malam.

                             

Ada kaitan obstetric cholestasis ini dengan kelahiran pramatang, baby berak dalam kandungan, meningkatnya peluanng untuk kelahiran secaea caesarean, dan baby boleh meninggal secara tiba-tiba.

Ujian darah dilakukan untuk melihat fungsi hati ( liver function test). Jika diagnosis sudah dibuat, LFT akan dipantai setiap minggu sehingga bersalin.

Biasanya cream seperti calamine akan diberikan untuk kurangkan gatal, ubat mengantuk seperti antihistamines diberikan yelah ibu takboleh tidur malam sebab gatal, so ubatan ini dapst membantu.

                                                   

Ada sesetengah kes yang diberikan Ursodeoxycholic jika gatal terlampau teruk dan dapat memberikan kesan yang baik pada bayi.

Ingat, obstetric cholestasis takde merah-merah pada kulit, tapi gatalnya MasyaAllah sehingga takboleh tidur malam. Ujian darah LFT akan diulang semula selepas bersalin untuk proses pemantauan.


2. Kedua keadaan berbahaya adalah pemphigoid gestationis. Nanti tengok gambar kat bawah.

                                            

Sangat rare, berkaitan dengan penyakit autoimmune. Mereka dengan keadaan ini perlu dipantau disebabkan ada peluang untuk baby jadi kecik IUGR. Kemerahan kulit yang dinampak adalah kecil-kecil boleh bercantum menjadi besar sehingga ada blister - gelembung pada kulit.

                                         

Penyakit-penyakit gatal lain adalah yang tak bahaya, tapi biasa berlaku.

3. Atopic eruption/eczema in pregnancy.

           

Yang ni biasa jumpa. 1 dalam 300 pesakit. Biasanya ada sejarah keluarga eczema. Nampak bintik-bintik merah pada muka, leher, dada dan pada bahagian lengan ( extensor surface ).

                                                       

Tiada apa yang perlu dirisaukan, cream steroid untuk melegakan gatal akan dibekalkan.

4. Lastly, satu lagi keadaan yang tak berbahaya tapi boleh menyebabkan rasa gatal, namanya polymorphic eruption in pregnancy. Ni pun boleh tengok gambar kat bawah, untuk bezakan dengan pemphigoid gestationis yang berbahaya tu.

                                       

                                      

Merah merah juga, tapi uniknya merah tu tak cover atau meliputi pusat. So kat tengah-tengah tu macam kosong. Biasa melanda ibu mengandung sulong, kehamilan kembar. Sama juga, cream steroid akan diberikan untuk mengurangkan gatal. Keadaan ini RARE untuk berulang lagi untuk kehamilan berikutnya.

                                    

Ni beza antara pemphigoid gestationis (bahaya) dan polymorphic eruption ( yang tak bahaya) . Perhati pada tengah-tengah pusat tu. Yg bahaya bila merah-merah tu tertumpu pada pusat. Yang tak bahaya, tengah-tengah pusat tu kosong, tiada rash.

Tolong ubah persepsi, tapak tangan gatal petanda duit nak masuk. Mengarut lah.

Abes tu kalau tapak kaki gatal merenyam akan terpijak duit ke acaner?


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen