Anda Ada OCD Atau Hanya Pembersih Sahaja? Jom Baca!

Apa sebenarnya OCD ni?

OCD adalah Obessive Compulsive Order iaitu gangguan obsesif kompulsif.

Secara asasnya anda mengalami gangguan mental yang berulang-ulang. Seronok ke ada gangguan mental ni? Jika dahulu, orang takut nak gelar diri ada gangguan, nanti orang tua-tua cakap kita ada saka atau jin dalam badan, tapi zaman sekarang ni berbeza pula. Ramai yang mengaku diri sendiri ada gangguan.

Malahan gangguan ini juga menyebabkan anda terlalu obsess sehingga tidak boleh melakukan kerja lain langsung! Anda terfikir adakah dah tutup suis lampu ketika keluar rumah. Jadi, anda pulang ke rumah kembali dan lihat suis tersebut. Kemudian ia berlaku lagi dalam beberapa minit. Sama juga anda terlupa sekiranya sudah membasuh tangan atau tidak selepas menggunakan tandas.

Jadi, anda akan berulang kali membasuh tangan seperti tiada penghujung.

ANDA ADA OCD SEKIRANYA…

1. Mencuci sehingga memudaratkan diri.

Anda terlalu takut dengan bakteria sehingga mencuci tangan atau mana-mana tubuh badan sehingga meninggalkan kesan luka. Bukan sahaja mencuci dengan berulang kali, malah dengan pelbagai sabun kerana untuk mematikan bakteria tersebut sehingga tangan kecut, sebab tu tangan mudah terluka.

2. Takut keluar rumah.

Anda takut keluar rumah kerana merasakan diri anda akan menjadi kotor apabila berdekatan dengan orang ramai. Malah takut dengan bakteria apabila terpegang dengan semua barang disekeliling. Oleh sebab itu, anda hanya memastikan diri berada di dalam rumah sendiri sahaja, kerana rumah kebersihan terjaga.

3. Kalau keluar rumah, sanggup pakai stoking dan sarung tangan.

Oleh kerana terlalu takut dengan bakteria di luar rumah, sanggup memakai pakaian yang berlapis seperti stoking, sarung tangan, dan juga topeng muka. Kalau ada sarung kepala pun nak pakai juga. Individu ini memang takut sekiranya udara terkena dengan kulitnya sendiri, sebab itu bersikap sebegini.

4. Kemas barang berulang kali.

Anda akan menjadi gila sekiranya barang yang anda sudah kemas masih lagi tidak teratur, padahal orang lain lihat okay sahaja. Anda mengemas sehingga terganggu dengan kerja harian anda yang lain.

ANDA HANYALAH PEMBERSIH SEKIRANYA…

1. Mencuci dengan hanitizer hanya sekali.

Guna hanitizer sekali mengaku ada OCD. Bukan. Anda hanya pembersih sahaja.

2. Masih lagi boleh keluar rumah dan bersosial.

Anda tak kisah nak keluar rumah, asalkan pemakaian anda bersih dan sedap mata orang memandang. Malah, asalkan tempat yang anda pergi juga bersih seperti tempat kerja, hotel, toilet dan sebagainya. Tapi ada juga dikalangan kita pergi ke tempat-tempat mahal kerana kebersihan yang terjaga, itu bukan OCD, itu mengada dan maintenance tinggi sahaja.

3. Rimas pakai sarung tangan, apatah lagi stoking.

Kulit anda masih lagi boleh terkena dengan udara luar, dan anda tidak hairan dengan bakteria yang berterbangan. Bukan nampak pun bakteria tersebut.

4. Kemas barang ikut mood.

Anda tak jadi gila pun sekiranya melihat barang di rumah anda tidak teratur, malah tidak kisah sekali sekala melihat barang bersepah, asalkan tiada bau yang tidak menyenangkan. Kalau baju di almari mengikut turutan warna, buku mengikut abjad, botol mengikut tinggi, pokok bunga pun ada nama, ia hanya menandakan anda seorang yang teratur sahaja.

Jadi, anda yang mana? Jika benar anda ada OCD, cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik ya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen