Para Ibu Bapa Cuba Elakkan 4 Aktiviti Pembaziran Wang Ini Depan Anak-Anak.

Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya…

Sentiasa kita dengar perumpamaan ini, tetapi adakah kita selalu praktikkan? Terutamanya pada para ibu bapa yang mahu mendidik anak-anak. Ketika anak masih kecil lalai untuk mendidik kerana mencari keutamaan dalam menstabilkan kewangan. Tidak salah untuk stabilkan ekonomi keluarga, asalkan anak-anak tidak terabai.

Sering kita lihat, ibu bapa sibuk bekerja, apabila anak-anak mahu berbelanja hanya beri sahaja wang ringgit tanpa bertanya. Jika keluarga yang berkemampuan, beri sahaja kad kredit untuk anak-anak berbelanja dimana ia sebenarnya adalah konsep yang kurang betul dalam mendidik anak-anak.

Apakah aktiviti yang boleh mencetuskan anak-anak suka memboros?

1. Mengguna kad kredit depan anak-anak.

Wah, memang seronok swipe kad kredit!

Tetapi berhati-hati apabila swipe kad kredit depan anak-anak ya, kerana mereka akan berfikiran semuanya hanya bergantung pada kad kredit sahaja. Kad kredit amat penting dan boleh digunakan tanpa had limit. Malah tanpa kewujudan duit kertas depan mata sudah tentu mereka tidak dapat melihat nilai kad kredit tersebut.

Jangan seronok sangat swipe kad kredit depan anak-anak, nanti asyik meminta pula.

2. Tidak lihat harga dahulu sebelum membeli.

Aktiviti ini pun seronok juga. Ambil sahaja barang yang anda suka dan letak dalam troli. Anak-anak kecil yang melihat akan terfikir seronok mengambil barang yang mereka suka. Tiba-tiba lihat harga di kaunter, terkucil juga nak membayar.

Jika berkemampuan pun, memang tidak sesuai lakukan aktiviti sebegini depan anak-anak. Bila anak-anak dah muda remaja baru nak didik tengok harga dulu kemudian letak dalam troli, tidak mustahil mereka akan memberontak dikhalayak orang ramai.

Janganlah hidup seperti biar papa asalkan bergaya.

3. Tiada senarai barang yang mahu dibeli.

Ini pun sama sahaja point nombor dua diatas, apa yang terlintas dan ternampak di kedai runcit ambil sahaja tanpa berfikir. Tak pernah nak lihat apa yang ada di dapur, memang semuanya spontan sahaja. Tak kisah berulang kali beli barang dapur, kalau dah busuk buang sahaja. Dah berlaku pembaziran makanan disitu.

Mudahnya hidup yang tiada perancangan. Hanya fikir tentang diri sendiri tanpa berfikir ada insan lain yang sukar mendapatkan makanan. Impak pada anak-anak akan dapat dilihat ketika mereka membesar kelak. Tidak teratur kehidupannya, sentiasa membazir dari segi wang dan makanan, dan pentingkan diri sendiri.

4. Takut nak cakap pada anak-anak apabila tidak berkemampuan.

Apa sahaja anak mahukan, pasti ibu atau bapa berusaha belikan. Dalam mendidik anak-anak, jangan biarkan anak yang menjadi ‘Tuan’, anda hanya menurut perintah anak pula. Kenapa perlu takut pada anak-anak sekiranya mereka merajuk ketika tidak dapat apa yang mereka mahukan? Didik anak-anak elok-elok tentang kewangan atau pendapatan anda sejak dari mereka kecil, pasti mereka akan faham.

Selamat Mencuba Dan Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen