“Tanpa Dana Kecemasan, Kita Seolah-Olah Mati Sebelum Mati..” Ikuti Perkongsian Ini.

Pada masa kini, berapa ramai sahaja dikalangan kita yang memiliki dana kecemasan? Semua perbelanjaan harian tidak direkod sehingga berlaku kebocoran wang pada setiap masa. Hanya kerana hawa nafsu yang melebihi akal fikiran, sudah tentu mudah terpengaruh dengan media untuk membeli belah.

Tiada dana kecemasan boleh diibaratkan munafik seperti perkongsian dari Puan Marlia Ramli, kenapa?

********

SEORANG YANG MUNAFIK

1 – Sejak dulu akak selalu tekankan. Menangani risiko lebih penting daripada keuntungan pelaburan. Nak cepat kaya jangan hingga abaikan kepentingan dana cemas dan perlindungan. Takaful seeloknya ada untuk kesihatan, hilang upaya dan kesakitan. Jika mampu usaha dapatkan takaful houseowner atau householder. Manalah tahu rumah dilanda kebakaran, kecurian atau kebanjiran.

2 – Takaful adalah polisi. Bila nak claim perlu submit dokumen dan report segala. Perlu diintai bila nak dapat kelulusan? Jika tak lulus permohonan, habis insurer dan ejen kita maki. Tak baik begini.. Selain memiliki polisi, di tangan kita perlu ada dana cemas sendiri. Supaya segera bangkit jika musibah. Minimum kita wujudkan 3 bulan hingga 12 bulan. Dalam pelbagai tabungan untuk kepelbagaian dan meminimumkan kebocoran.

Kenapa dana cemas perlu dipelbagaikan tabungan? Supaya minda kita tidak membuatkan diri rasa kaya untuk berbelanja. Nampak banyak angka kita mula bermurah hati dan terperangkap dengan emosi.

Pecahkan sebahagian dalam bentuk wang tunai yang boleh dikeluarkan melalui mesin ATM. Sebahagian lagi hanya dalam bentuk kalau nak keluarkan perlu beratur di kaunter lalu ikut sungai berisiko kena serangan naga di Tasik China. Biarlah susah nak keluar, simpanan bertahan lebih lama.

4 - Dan selebihnya dalam bentuk emas upaya capai tahap hampir mustahil kebocoran. Wang guna habis, tapi emas jika sesak boleh dipajak gadai. Dan semakin lama disimpan, semakin emas menjadi harta yang bernilai. Ratio akak dalam simpanan dana cemas adalah 30% wang tunai boleh diambil melalui ATM jika kecemasan + 30% lagi perlu beratur panjang jika nak keluarkan dan 40% lagi dalam bentuk emas. Susah bukan? Inilah rahsia kenapa dana cemas bertahan.

5 – Terpulang dan ikutlah kesesuaian pengagihan anda. Tapi wajib ada dana cemas. Sebab mati, cerai, kemalangan, kecederaan, kebakaran dan sebarang musibah telah ada alamat tertera. Cuma kita tidak tahu siapa penerimanya. Jika kita yang terpilih sebagai penerima, semoga kita bersedia. Bukan setakat meratap nasib di instagram dan FB seolah-olah Allah paling benci kita. #apeni

Tanpa dana cemas, kita seolah-olah mati sebelum mati.

Kita seolah-olah kehilangan nafas sebelum oksigen habis. Kita seolah-olah dah terjun jambatan Pulau Pinang sebelum di tolak jatuh. Malang sungguh! Baca e-catatan pelabur Bilis Yang Rojak (ePBYR) ada ditulis formula mudah menabung dana kecemasan.

7 – Lebih memburukkan keadaan, bila tiada dana cemas kita mudah menjadi beban saudara. Tangan menjadi ringan dan suka meminta-minta. Mulut menjadi manis berjanji mahu bayar tapi diam krik-krik bila tiba masa membayarnya. Muka menjadi tebal dan tidak malu untuk mengharap sesiapa. Jika diberi pinjam, kita bermanis muka jika ditolak permintaan kita marah saudara.

Pendek kata, bila tiada dana cemas, kita berisiko untuk menjadi SEORANG YANG MUNAFIK. Nauzubillah…

Salam sayang – Marlia Ramli

********

Semoga Bermanfaat Dan Bijak Mengatur Perbelanjaan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen