Naluri Keibuan Ini Istimewa, Boleh Baca Riak Wajah Serta Tangisan Anak Dengan Mudah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap wanita yang bergelar ibu ini pasti mempunyai satu naluri yang mana tidak ada pada sesiapa. Naluri keibuan ini sangat istimewa, ini kerana mereka mampu membaca setiap pergerakan, riak wajah serta tangisan anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, walaupun berjauhan, naluri keibuan ini masih sahaja mampu merasai sesuatu perkara yang bakal berlaku kepada anak mereka. Tidak kiralah ketika anak mereka ini masih bayi ataupun sudah dewasa, naluri ini sentiasa kuat bersama mereka.



Apa yang lebih menarik lagi, jika anda sembunyikan sesuatu atau berbohong, naluri ibu ini dapat rasakannya. Hebatkan bukan?

Bukannya ayah ini tidak mempunyai naluri seperti ini atau tidak seistimewa seperti ibu, tapi naluri ibu dan ayah ini tidak sama. Mari ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais mengenai perkara ini.

                   


Mother Instinct (naluri ibu) atau nama lain dia ialah Maternal Bonding.

Maternal bonding inilah yang kuatkan emosi dan naluri ibu jadi macam ada kuasa psikik boleh tahu anak nak apa dengan tengok riak muka dan tangisan.

Tapi apa yang ramai tak tahu ialah ayah pun ada Maternal Bonding dengan anak.

Tapi bezanya ialah cara ibu & ayah memproses maternal bonding ni.

Ibu guna insula cortex - terus beri reaksi secara emosi seperti belas kasihan dan empati.

Ayah pula guna visual cortex - beri reaksi guna logik akal dan cara paling senang ialah panggil isteri.

Ini semulajadi tindakbalas neuron dalam otak kita, bukan sebab pemalas ye.

Walaupun bagaimanapun ibu dan ayah mesti sayang anak sepenuh hati mereka. Betul x?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen