Lelaki Ini Kongsikan 5 Sifat Ibu Bapa Yang Buat Anak Menderita Dalam Diam Sebenarnya.

Untuk menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak pasti akan temui kegagalan. Tidak semua ibu bapa dapat mendidik anak-anak setiap hari dengan baik. Kadang-kala tersilap di sini, tersilap di sana, kerana sifat manusia yang sentiasa berubah mengikut emosi. Akan tetapi, tanpa ibu bapa sedar sebenarnya ada sahaja sifat mereka yang membuat anak menderita dalam diam.

Disangka didikannya normal sahaja, tetapi dalam diam anak menderita dengan perkongsian dari saudara Taufiq Razif ini….

********

Antara sifat tersebut adalah....

1. Garang Melampau.

Garang boleh tapi jangan sampai tahap bengis ( fierce ). Anak yang ada ibubapa yang bengis ni akan mati sifat inovatif dan kreatifnya kerana setiap kali si anak ni nak buat idea baru yang terlintas di fikiran, mereka akan diselubungi ketakutan. Yela, asyik kena tengking je bila nak buat benda yang 'pelik' di mata mak ayahnya.

2. Terlalu Ego.

Kadang-kadang akan ada waktunya si anak kita tu buat benda betul tapi disebabkan ego kita yang selangit tinggi ni buat kita rasa nak hukum juga si anak tu! Contohnya anak tegur kita tak solat lagi, kita pulak pergi pukul si anak tu kononnya biadap dengan orang tua. Akhirnya sistem judgment anak kita jadi tak seimbang, dah tak reti nak bezakan baik dan buruk.

3. Pendengar Yang Teruk.

Tanpa kita sedar bila dah lama jadi mak ayah ni kita ingat ilmu parenting paling terbaik adalah kena perbetulkan dan tegur si anak. Jadi kita cuba sedaya la tegur perangai buruk anak tanpa kita tahu pun bahawa kebanyakan anak ni bertindak liar sebab kita tak pandai mendengar luahan hati mereka. Jadi mereka bertindak liar sebab nak tarik perhatian kita dan supaya kita dengar rintihan hati mereka.

4. Terlalu Sibuk.

Antara 5 Language Of Love yang diketengahkan oleh Dr Gary Chapman adalah Quality Time. Kadang-kadang kita tak sedar walaupun dah 10 jam kita bersama anak tapi kita sebenarnya dikira SIBUK juga bila perhatian kita pada anak cuma 10 minit je. Yela, 10 minit je eye contact kita pada mata si anak, selebihnya screen-contact dengan handphone dan TV. Anak kat tepi akhirnya jadi tunggul dan ditinggal sepi tak diperhati.

5. Lupa Nak Jadi Role Model.

Di awal perkembangan anak, mereka akan cari seseorang untuk ditiru. Mula-mula si anak akan tiru cara senyum kita, mimik muka kita, gaya berjalan kita hingga akhirnya dia akan cuba juga meniru akidah dan perbuatan kita. Itulah kekuatan Mirror Neuron. Tanpa kita sedar segala keburukan kita pun si anak kita TIRU TANPA KITA SEDAR! Kita suka minum manis, anak kita tiru. Kita suka cakap kotor anak kita pun guna perkataan kotor tu di sekolah dan jangan pelik kalau kita layan pasangan kita dengan teruk, anak kita pun turut sama layan pasangan hidupnya dengan teruk bila dah menikah nanti!

Suka Layan Isteri Macam Permaisuri Di Depan Anak-Anak Supaya Anak Faham Betapa Bahagianya Bila Bagi Layanan Terbaik Pada Pasangannya Nanti.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen