Tips Dan Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Pada Mereka Sudah Bersara.

Pada usia dari 55 sehingga 60 adalah dimana golongan yang akan bersara dari kerja mereka. Golongan yang sudah lepas daripada komitmen berkhidmat untuk syarikat ini pasti merasa lepas daripada bebanan yang tinggi, malah mempunyai banyak perancangan yang mahu dilakukan. Akan tetapi, apabila masuk sahaja fasa bebas ini, majoriti berasa buntu malah ada juga yang murung.

Sakit sendi seluruh badan, mood cepat berubah kerana kerja yang biasa dilakukan setiap hari tidak lagi di depan mata. Situasi sebegini adalah normal bagi mereka yang bergelar pesara. Jadi, anda perlu persiapkan diri dari segi fizikal dan emosi sekiranya akan mengalami fasa bersara ini.

Antara tips yang anda perlu lakukan adalah:

1. Perlu ada kekuatan spiritual.

Mengalami gaya hidup yang berbeza ketika bekerja dan bersara akan menyebabkan seseorang menjadi buntu, dan lama-kelamaan murung. Ada juga sebahagian daripada mereka akan mengalami penyakit nyanyuk. Jadi, kekuatan spiritual ini adalah kekuatan rohani dalam badan yang berkaitan dengan pencipta-Nya. Jadi, sebagai Muslim perlu yakin dengan takdir, malah Qada’ dan Qadar.

2. Perlu ada penjagaan kesihatan.

Dengan suasana yang berubah juga, akan menyebabkan seseorang akan mudah jatuh sakit sekiranya tidak persiapkan diri dari segi emosi ketika bersara. Oleh sebab itu, kadang-kala kita sebagai anak akan melihat para ibu bapa yang bersara akan jatuh sakit pada awal fasa bersara. Selain itu, ketika bekerja perlu ada perancangan kewangan yang betul supaya dapat menampung kos perubatan ketika bersara.

3. Perlu ada sokongan dari keluarga terdekat.

Yang penting, anda perlu ada sokongan yang kuat dari keluarga terdekat. Jangan cuba menjauhkan diri daripada anak-anak, adik-beradik dan saudara mara yang masih bekerja dengan beranggapan anda tidak lagi ‘berguna’ bagi mereka. Jika anda berfikiran negatif ini, pasti akan menjejaskan kesihatan anda juga.

Jadi, untuk menjadi pesara yang positif dan produktif adalah dengan melakukan antara aktiviti berikut:

1. Menjadi sukarelawan.

Sukarelawan adalah aktiviti yang mendapat sambutan pada masa kini. Jika dahulu ketika waktu bekerja anda hanya menyumbang duit dan harta sahaja pada orang tidak berkemampuan, apakata kali ini anda sendiri melibatkan diri dalam aktiviti amal ini. Rebut pahala dengan aktiviti sebegini amat digalakkan. Anda bukan sahaja membantu golongan tidak berkemampuan mampu hidup dengan mudah, malah dapat menaikkan jati diri anda juga.

2. Mencari ilmu.

Ilmu adalah perkara yang tiada tarikh luput. Jangan segan mencari ilmu termasuklah ilmu keagamaan. Sekiranya anda merasakan inilah peluang anda untuk mencari ilmu dan pergi ke kelas agama, lakukannya tanpa ragu-ragu. Antara aktiviti agama yang anda boleh lakukan adalah perbaiki bacaan Al-Qur’an, menghadiri majlis di masjid, pelajari bahasa Arab dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh mencari ilmu dalam bidang yang dah lama anda ingin ceburi, berkemungkinan berkenaan dengan penjagaan kucing, penjagaan tanaman, bunga atau pokok-pokok dan sebagainya.

3. Menceburi perniagaan.

Ada juga sebilangan daripada pesara mula takut sekiranya duit semakin berkurangan. Mahu menolong diri sendiri, dan juga anak-anak. Jadi cuba ceburi bidang perniagaan yang anda minat seperti point nombor dua dia atas. Lakukan aktiviti ini bersama pasangan supaya tidak mudah berasa penat dan peroleh idea yang banyak.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen