"Tugas Suami Itu Melindungi Dan Menjadi Pemimpin Buat Isterinya..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi seorang lelaki ini bukannya mudah, terutama jika dirinya itu adalah suami dan juga bapa yang menjadi pelindung sebuah keluarga. Jika dirinya lemah, maka isi dalamnya juga akan lebih lemah daripada dirinya. Menjadi seorang suami dan bapa ini perlu berkerja keras untuk memberi keselesaan kepada keluarganya.

Bila orang lelaki ini diam, banyak perkara yang bermain di fikirannya. Mana nak cari duit lebih, mana nak betulkan bumbung rumah, dan pelbagai lagi. Bukan tidak mahu berkongsi dengan si isteri, tapi tidak mahu isteri menjadi lebih bimbang dan juga menambah beban yang telah sedia ada di bahu isteri.

Jadi nak tak nak, dirinya perlu usahakan juga demi keluarganya. Mari baca kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Farid Rashidi ini. Mana tahu selepas ini kita akan lebih menghargai pengorbanan suami-suami kita ini.



"Saya pernah jatuh. Hampir tiada apa-apa lagi. Bisnes telefon bimbit saya jatuh teruk. Orang yang kita percaya rupanya khianat." Cerita Jackie Chai (Bukan nama sebenar) bersungguh.

Saya tekun mendengar. Jackie Chai ini kami kenal ketika berurusan membeli kereta. Biarpun baru kenal, namun dia tak lokek berkongsi cerita.

"Biarlah saya susah. Jangan isteri saya susah. Selagi hidung masih bernafas, selagi itu saya akan berusaha. Banyak benda saya tak bagitahu bimbang dia susah hati." Dia bercerita sambil jari menyentuh hidung.

"Selepas itu saya bangkit. Saya minta kerja jadi juru jual kereta. Biarpun gaji rendah tak mengapa. Sebab komisyennya tinggi."

"Kalau saya rajin kerja dan berusaha, sudah tentu saya akan dapat komisyen tinggi.”

Terkesima sebentar. Ceritanya begitu memberi inspirasi.

Selang beberapa waktu, saya ke sana lagi untuk berurusan dengannya. Tetapi Jackie Chai sudah dipindahkan ke tempat lain. Dia dilantik menjadi pengurus oleh pihak pengurusan. Ini kerana setiap bulan dia dapat capai sales yang tinggi. Kereta terjual diluar jangka.

Wow, hebat!

Dari ceritanya, selain kerja keras, ada beberapa point penting boleh kita pungut bersama. Iaitu, lelaki sebagai tonggak ketua keluarga yang tak berputus asa menafkahi keluarga.

                     

Biar sebesar apapun ombak menghempas bahtera rumahtangga, kapten tidak boleh beralah dan berputus asa dengan mudah. Harus kuat, dan berusaha sepenuh jiwa.

Suami ada kelebihannya sebagai ketua. Iaitu jiwa lebih kental, kekuatan rasional lebih tinggi, stamina dan kekuatan fizikal lebih kuat. Kerana itu lelaki digelar pemimpin. Pemimpin yang melindungi kaum hawa.

Firman Allah SWT:


الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka."


Kelebihan kaum adam itu bukanlah bertujuan untuk menindas kaum hawa. Tidak! Tetapi kelebihan itu bertujuan untuk menjadi pemimpin yang melindungi kaum hawa. Memberikan keperluan pendidikan, nafkah kewangan, serta menjaga keselamatan mereka.



Hawa bukan dicipta untuk ditindas, diletak pada telapak kaki. Letak di telapak kaki itu selipar.

Tidak pula untuk disanjung tinggi. Kerana ada yang lebih tinggi.

Tetapi ia lahir menjadi pendamping hidup disisi seorang lelaki, menjadi permaisuri hati dan pembantu rumahtangga.

Firman Allah SWT:


وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكُيمٌ

"...dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
[Surah al-Baqarah: 228]


Ya, Allah Maha Bijaksana. Penciptaan lelaki dan perempuan itu ada peranan masing-masing. Dan ingat wahai arjuna, setiap kelebihan itu juga akan dipertanggungjawabkan. Jangan gembira sangat ya.

Kita ada Rasulullah SAW, suri tauladan terbaik. Pemimpin hebat di dalam keluarga yang patut diikuti.


عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي"

Daripada Aisyah r.anha berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang baik terhadap kaum keluarganya dan aku sebaik-baik orang terhadap keluargaku".
[Hadis Riwayat at-Tirmizi]


Justeru, wahai lelaki... jadilah lelaki sejati. Bukan lelaki celup, sotong, bapok, lembik, minat sesama jantina, pemalas mahupun tukang pau wanita. Ini dahla lelaki makin pupus, terjebak pula dengan gejala mengarut begitu.

Minggu lepas, ada lelaki pelik mana entah mesej saya. Sebelum jadi apa-apa, baik saya block. Err, loya!
Adeh, tersasul. Terpanjang pula.

Sebagai konklusi, sebagai lelaki, jadilah lelaki sebenar. Berusahalah bersungguh-sungguh. Jangan mudah berputus asa. Biar jadi pendekar sejati, bukan pondan hilang jati diri.

Kerana saya juga lelaki, moga-moga nasihat ini mencubit pipi saat kealpaan. Sharelah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen