"Bila Mendapat Teguran Daripada Ibu Ayah, Jangan Mudah Melenting, Itu Didikan Ke Arah Isteri Solehah..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Ikutkan darah muda kita ini, mestilah mudah melenting atau naik angin. Bukan itu sahaja, setiap teguran yang diberikan juga mudah rasa marah, sedangkan perkara tersebut untuk kebaikan kita juga. Itu belum cuba untuk membrontak merasakan apa yang dilakukan itu betul, sedangkan sememangnya salah.

Ramai yang tidak tahu sikap sebegini memberi kesan pada masa depan. Jika teguran dan didikan ibu bapa tidak boleh diterima, bagaimana untuk menerima teguran daripada suami kelak?

Teguran yang diterima itu untuk kebaikan bersama, mana ada ibu bapa yang mahukan perkara yang buruk pada anak mereka. Tapi tidak sangka bukan teguran ibu bapa itu adalah didikan untuk bakal-bakal isteri menjadi isteri yang solehah kelak. Mari baca sedikit pandangan daripada Puan Intan Dzulkefli ini, mana tahu ia mampu buka hati untuk menerima teguran yang baik selepas ini.



"Dulu masa bujang, ustazah selalu pesan, jadi anak yang baik kepada kedua ibubapa itu antara cara untuk berlatih jadi isteri yang baik.

Bila ayah nasihatkan, jangan menjawab.

Bila mak tegur, jangan melenting.

Walau dalam hati penuh rasa tak puas hati.

Rasa nak buat sesuatu tetapi mak ayah tidak benarkan, jangan ingkar dan taatlah. Ia mengajar untuk tetap mentaati dan menghormati kunci syurga kita walau hati penuh persoalan.

Ini semua latihan untuk menjadi isteri yang taat, bertimbang rasa dan kelak matang menimbal balik pandangan dan keputusan suami. Tak cepat melenting, serta tetap menjaga adab walau hati tak puas hati.

Kalau masa bujang ayah suruh solat, tutup aurat, toksah couple-couple, jangan keluar sampai lewat malam pun kemain degil teramat, kita yakinkah bila bernikah nanti suami tuntut itu ini yang bukan nafsu kita suka, kita dapat mentaatinya?

Kalau masa bujang mak minta buat kerja rumahtangga pun malas, bangun pun tengahari tahu menyingkap tudung saji untuk makan, yakinkah kelak pukul 12 malam waktu mata mengantuk dan letih sangat suami suruh masakkan dia makanan, kita boleh taat?

Tepuk dada, tanya iman. You know yourself better.


Pernikahan bukanlah tentang keindahan sahaja, bukan hanya bab seronok-seronok. Yang indah itu memang hadiah Allah buat pasangan suami isteri, namun jangan lupa hal mujahadah menguji kesabaran dan ketahanan mental bahkan lebih banyak juga.

Waktu kita saling kesat air mata, saling berpelukan untuk 'meminjam' kekuatan bahkan kita berkorban banyak kepentingan diri demi kemaslahatan rumahtangga pasti akan tiba.

Konflik akan selalu ada, samada ia ditangani dengan bijak dan hikmah untuk menguatkan hubungan atau masing-masing masih dalam denial mementingkan diri dan memusnahkan ikatan yang baru dibina.

Berkahwin bukanlah escapism dari 'cengkaman' ibubapa, bahkan adalah 'peralihan' ketaatan dan pemegang kunci syurga kita.

Dulu bujang redha mak ayah, kunci keredhaan Allah pada kita. Sudah berkahwin, kunci keredhaan Tuhan adalah bila suami redha dan senang hati dengan kita.

Maka, bersediakah untuk menggalas amanah berat ini?

Kalau dengan mak ayah, yang kita berhutang dengannya darah, keringat, jasa dan air mata sukar untuk kita taati dan muliakan, bagaimana hati yang keras dan liat itu akan lunak pada tangan seorang lelaki yang tiada kena mengena langsung dengan kita, melainkan ikatan akad nikah itu?


Wahai wanita, sabda Nabi SAW, "dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang solehah,"


Iya, betul, mujahadah ini tak mudah. Ego perlu dijinakkan sejinaknya kerana syurga Allah itu lebih kita cintai.

Mana-mana lelaki yang menikahi wanita yang solehah, menyejukkan pandangan mata, menenangkan hati nurani adalah manusia yang sangat beruntung.

Jom, fokus untuk masuk syurga dengan insan yang kita cintai. May Allah ease everything."


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen