Para Ibu Bapa Perlu Tahu 5 Faktor Utama Anak-Anak Menjadi Hiperaktif.

Anak-anak menjadi produktif ketika kecil itu normal, namun lain pula sekiranya anak-anak ini menunjukkan tanda-tanda hiperaktif yang melampau. Hiperaktif terjadi apabila anak-anak tidak mudah duduk diam, tidak boleh bertenang, dan sering membuat kacau.

Kenapa ini terjadi?

1. Faktor Genetik.

Sebanyak 3-5 % anak-anak dari seluruh dunia mengalami hiperaktif disebabkan oleh faktor genetik. Kajian daripada peta gen yang diambil dari lebih 1400 anak yang pernah dijadikan subjek kajian dan mendapati bahawa anak dengan ADHD memiliki potongan kecil DNA yang digandakan atau hilang.

Lebih kurang 25-35% dari ibubapa dan saudara yang pada masa kecil mereka juga hiperaktif, dan sifat hiperaktif ini akan diwarisi kepada anak kelak.

2. Faktor Neurologik.

Risiko anak hiperaktif yang lebih tinggi didapatkan pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti proses bersalin yang lama, distres fetal, persalinan dengan cara menggunakan forcep, eklamsia berbandingkan dengan kehamilan dan persalinan normal.

Di samping itu faktor-faktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan minum alkohol juga meningkatkan risiko hiperaktif.

Selain itu, perkembangan otak yang lambatjuga boleh menjadi faktor. Kajian dalam bidang neurologi sehingga kini, dipercayai hiperaktif terjadi akibat kelemahan fungsi pada salah satu neurotransmiter di otak yang bernama dopamin.

Dopamin merupakan zat aktif yang berguna untuk memelihara proses konsentrasi/tumpuan. Beberapa kajian ini menunjukkan terjadi gangguan aliran darah di kawasan tertentu pada anak hiperaktif, iaitu di kawasan striatum, orbital-prefrontal, kawasan orbital-limbik dan khususnya gangguan di otak kanan.

3. Faktor Psikologi dan Persekitaran.

Perkembangan emosi dan sosial anak-anak juga bergantung kepada latar belakang ibubapa dan persekitaran anak, apa yang dilalui oleh mereka seharian mempengaruhi tingkah laku mereka kelak :

Kebanyakkan kanak-kanak yang hiperaktif mengalami masalah di dalam kehidupan mereka, dan keliru tentang hubungan diantara mereka dengan ibu bapa mereka. Ada ketika mereka menganggap ibubapa sama seperti rakan sebaya mereka, dan ini harus diasuh secara berhemah oleh ibubapa sendiri.

Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa kebiasaannya akan bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu bapanya. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menambah pengetahuan tentang gangguan hiperaktif.

Anak-anak hiperaktif tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah, kerana mereka terlalu mengikut kemahuan dan yakin kemahuan itu wajib ditunaikan. Sekali lagi ibubapa menjadi role terbaik kepada mereka, dalami psikologi anak anda adalah perlu untuk melatih mereka membezakan hak peribadi mereka dan hak kepunyaan orang lain.

Ibu bapa perlu mengenal kelebihan, kekurangan dan bakat anaknya serta membantu anak dalam bersosial. Di samping itu juga, perlulah memberi ruang untuk bergerak yang cukup bagi kegiatan aktiviti seharian anak-anak untuk menyalurkan kelebihan tenaga mereka, menerima batasan, membangkitkan rasa percaya terhadap diri anak-anaknya dan berkerjasama dengan guru di sekolah agar memahami keperluan kanak-kanak yang sebenarnya.

Menggunakan teknik-teknik pengelolaan perilaku, seperti menggunakan penguat positif (misalnya memberikan pujian bila anak makan dengan tertib), memberikan disiplin yang konsisten, dan selalu melihat perilaku anak.

4. Faktor Makanan.

Beberapa zat makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan yang terdapat dalam makanan boleh menyebabkan pembentukan perilaku hiperaktif kepada anak.

Contohnya :

Makanan mengandungi kadar gula yang tinggi atau karbohidrat olahan. Kedua jenis makanan ini dapat mempengaruhi mood anak.

Makanan ini dapat mencetuskan hormon tekanan seperti adrenalin dan kortisol yang dapat memberikan perasaan cemas dan gelisah.

Aditif Makanan, Pewarna tiruan, penambah rasa, dan pemanis buatan serta kandungan gula terlalu tinggi membuat sistem saraf terlalu aktif. Biasanya banyak didapati pada produk makanan segera. Seperti donat beraneka salutan, pastri, cupcake, soda, fast food, keropok, gula-gula dan pelbagai makanan yang tidak sihat di pasaran kini yang mengandungi jumlah gula yang tinggi dapat membuatkan sistem saraf terlampau aktif.

5. Faktor Toksik.

Pendedahan ibu kepada faktor toksik semasa kehamilan boleh memberi kesan anak hiperaktif, iaitu; kadar timah (lead) dalam serum darah anak yang tinggi. Ibu yang merokok dan mengambil alkohol, terkena sinar-X ketika hamil juga dapat melahirkan anak yang hiperaktif.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen