Rugi! “Kerja Dah Masuk 6 Bulan, Tapi Tiada Simpanan…” Jom Ketahui Sebabnya.

Para graduan yang sudah masuk ke alam pekerjaan pasti amat menyeronokkan. Dikala ramai sahaja para graduan sukar untuk mencari kerja, pasti anda adalah segelintir yang bertuah sekiranya mendapat pekerjaan pada masa yang singkat. Tidak lama juga untuk menjalani liku-liku kehidupan dengan digelar sebagai penganggur.

Apabila sudah memiliki duit sendiri, setiap bulan mendapat gaji, pasti merasakan diri telah dewasa untuk berdikari. Tidak mengharapkan pergantungan daripada sesiapa, malah tidak pula menadah tangan untuk menagih simpati.

Namun sedemikian, jangan terlalu leka sehinggakan berbulan-bulan bekerja tiada pula simpanan. Kerana terlalu asyik memegang duit sendiri sehingga tidak memikirkan tentang kecemasan pada masa hadapan. Bukan sahaja tiada simpanan, malah sentiasa kebocoran wang pada pertengahan bulan. Sibuk membeli belah, sehingga sanggup setiap hari makan Maggie tidak menjaga kesihatan.

Kenapa ya ini terjadi pada anda? Jom ketahui melalui 8 sebab ini…

1. Rumah sewa yang mahal.

Hanya disebabkan mahu keselesaan seperti rumah sendiri, ibarat istana dan mahu dilayan seperti puteri/putera raja, sanggup menyewa di kondo/apartment yang mahal. Ada gym, ada swimming pool, restoran mahal dan sebagainya. Jika gaji anda banyak pun, kalau semua ini mempengaruhi anda untuk menghabiskan duit tiada guna juga.

Belum dapat confirmation letter dah habiskan duit bagai tiada esok hari.

Kalau prestasi kerja tidak memuaskan majikan, terpaksa ditambah beberapa bulan untuk membuat pengesahan. Kalau tiada simpanan, kemudian dibuang kerja? Lagi parah. Nak susahkan ibu bapa lagi?

Jadi pastikan rumah sewa anda bukanlah 500 ke atas bagi mereka yang masih bujang, dan pastikan dekat dengan kemudahan awam seperti LRT, MRT dimana anda boleh jimatkan masa juga.

2. Gaji pertama dah beli kereta.

Teruja dapat gaji pertama, terus nak beli kereta. Seperti point di atas, tunggu sehingga confirmation dahulu, baru fikir nak beli kereta atau pun tidak kerana anda perlu fikir juga kos maintenance kereta. Roadtax jangan lupa, insurance kereta lagi, service, nak cuci pun mesti nak tempat mahal je nanti, nak polish lah dan sebagainya.

Jangan lupa juga kos petrol dan tol. Dah ada kereta sendiri, takkan nak guna duit ibu bapa lagi?

3. Area tempat kerja yang ‘menggoda’.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘menggoda’? Sangat menggoda duit anda untuk dihabiskan pada makanan yang sedap malah berdekatan dengan shopping mall. Jika area tempat kerja anda berdekatan dengan restoran hipster, Mcd, Kfc, Starbuck memang tidak hairan sekiranya anda sentiasa kebocoran wang pada pertengahan bulan. Jadi, kawal nafsu anda supaya tidak terkandas untuk ‘makan sedap’ setiap hari.

Bila dah dekat dengan shopping mall juga, tidak hairan usai sahaja pulang dari kerja, mesti nak singgah sebentar window shopping. Niat dihati nak tengok-tengok dulu, tapi bila tak dapat kawal nafsu, melayang juga duit anda nanti.

4. Tergoda dengan gajet baru.

Bila dah ada duit sendiri, telefon bimbit pun nak upgrade. Sama seperti point satu dan dua dia atas, tunggu confirmation letter daripada majikan, dengan kenaikan gaji, ketika itu anda baru boleh berfikir nak upgrade telefon bimbit atau pun tidak. Atau pun sekurang-kurangnya tunggu setahun bekerja tukarlah telefon bimbit jika dah tergoda sangat.

Ingat! Kawal nafsu membeli!

5. Tidak melabur dan mudah terpedaya dengan untuk kaya dengan cepat.

Dah masuk tahun baru ni, elakkan diri anda daripada terpedaya dengan skim cepat kaya. Bukan sahaja mudah terpedaya, melabur pun tidak. Takut nak melabur, sebab takut duit habis nanti. Jika tiada ilmu kewangan dan pelaburan sampai bila-bila anda hanya ditakuk lama sahaja. Terlalu leka membeli belah sehingga terlupa untuk membuat perlindungan takaful. Leka dengan kereta dan telefon bimbit baru, sehingga terlupa nak membuat simpanan dan pelaburan.

Jadilah Para Graduan Yang Bijak!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen