Bahaya Ulser Yang Tidak Sembuh Melebihi Tiga Minggu, Ketahui Punca Dan Segera Ambil Tindakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah ulser ini sememangnya memotong selera makan bukan? Mana tidaknya, jika makan sedikit mulalah terkena pada ulser ini. Lebih memedihkan apabila nak makan benda yang panas atau pedas, rasa pedih dia sampai potong mood nak sambung makan.

Ada sesetengah orang itu jarang sekali terkena ulser melainkan jika dirinya mengalami demam, tapi ada juga yang terlalu kerap terkena ulser sehinggakan belum sempat sembuh yang lama sudah mula tubuh yang baru. Apa yang menjadi punca ulser ini sering tumbuh?

Menurut penjelasan Dr Ezairy M.Sallih iaitu Doktor telinga, hidung & tekak, ulser ini boleh tumbuh elalui beberapa faktor seperti kekurangan vitamin, stress atau jangkitan virus. Tapi bagaimana dengan ulser yang terlalu kerap tubuh ini?



Dalam banyak situasi dan keadaan, amat sukar untuk mencari punca ia berlaku. Saya beri beberapa kemungkinan yang menjadi punca:

1. Stress

2. Jangkitan virus

3. Perubahan hormon dalam tubuh

4. Faktor genetik dan keluarga

5. Penjagaan dalam mulut yang kurang baik ‘poor oral hygiene’

6. Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau ketika memberus gigi

7. Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E.

8. Sesetengah jenis ubat

Walaubagaimanapun, jika ulser ini tidak sembuh melebihi tiga minggu, dapatkan pemeriksaan doktor. Ada beberapa kemungkinan lain boleh menyebabkan ia berlaku seperti masalah autoimmune, syphilis, HIV, kanser dan lain-lain yang tidak mahu kita dengar.

Jumpa di klinik dan hospital, kami akan bantu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen