"Kalau Nak Beli Kereta Pertama Pilih Yang Kecil, Murah Dan Terpakai" - Azizul Azli Ahmad.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada sesetengah orang menyatakan jangan beli kereta terlebih dahulu, lebih baik beli motosikal untuk ulang alik kerja. Jangan beli kereta dahulu, jika masih belum memiliki sebuah rumah. Ramai yang melahirkan rasa tidak bersetuju dan merasakan bahawa kereta itu adalah satu keperluan dan juga kenderaan untuk berlindung dari hujan panas.

Buat mereka yang merasakan bahawa kereta itu keperluan dan anda perlu memiliki sebuah kereta, untuk pulang ke kampung atau elak dari hujan panas, adalah lebih baik jika anda miliki kereta berdasarkan kemampuan anda sahaja bukan kereta besar dan mewah nanti anda sendiri yang sakit membayarnya.

Seperti perkongsian dari saudara Azizul Azli Ahmad ini, kereta pertama yang perlu anda miliki untuk memenuhi keperluan anda adalah kereta yang kecil, murah dan terpakai. Mari ikuti artikel ini agar lebih jelas.



                     

Kereta Pertama Kita?

Pandangan saya jika anda mula kerja sebaiknya pakai motosikal saja. Jika sangat memerlukan kereta, pandangan saya.

1. Beli kereta kecil sahaja.

2. Jika dapat kereta terpakai lebih hebat.

3. Usia kereta lebih 5 tahun kurang 10 tahun.

4. Carilah kereta 'lokal'.

5. Harga kereta bawah RM15k, lebih murah lebih sejahtera.

6. Lupakan mitos kereta terpakai meletup waktu pergi kerja.

7. Jurujual kereta akan takutkan kita kereta terpakai bahaya, sebenarnya nak jual keretanya.

8. Servis jaga, cari bengkel yang boleh percaya.

9. Beli tunai paling bergaya.

10. Jika kenderaan lokal baru nilai susut sekitar RM6k-10k setahun.


11. Kereta import RM15k-RM20k setahun susut nilai.

12. Jarak perjalanan normal setahun 20000km itu normal.

13. Banyak benda jimat beli kereta terpakai sebenarnya.

14. Lupakan dulu kereta idaman sebelum beli kediaman.

15. Kereta itu liabiliti dan bukan aset sebenarnya.

16. Belilah kereta terpakai, anda jimat 50% dari harga asal.

17. Jangan tambah hello kitty atau apa apa aksesori.

18. Biar kekal warna asli.

19. Zaman bergaya dengan kereta baru telah berlalu.

20. Zaman sekarang orang beli rumah dulu.

Nah, lepas ini tak payah pening-pening, boleh lah anda beli kereta pertama anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen