12 Sebab Lelaki Suka Memasak Seksi Di Mata Wanita.

Oleh: Rafi

Siapa kata memasak hanyalah aktiviti perempuan sahaja? Lelaki juga ada yang mempunyai hobi ini. Malah, sebahagian ramai menilai lelaki yang boleh memasak di dapur mempunyai daya tarikan tersendiri. Para pengkaji mengungkapkan bahawa lelaki yang boleh memasak dilihat lebih setia dan mengancam di mata wanita. Ada yang menilai lelaki yang hobi masak kelihatan lebih seksi di mata wanita. Apa yang membuat mereka kelihatan seksi dan layak buat dijadikan pendamping hidup? Semak ulasannya di bawah ini.



1. Lelaki yang boleh masak menawarkan pengalaman berbeza.

Wanita sangat suka dimanjakan dengan perkara yang baru. Salah satunya adalah ketika mereka merasai masakan baru dari lelaki yang pandai masak. Ini boleh menjadi pengalaman baru yang menyeronokkan bagi mereka. Wanita tidak akan bosan dengan lelaki yang mahu memasak untuknya.

2. Ketika lelaki pandai memasak, mereka secara tidak langsung mengatakan mereka kreatif dan berjaya dalam hidup.

Apabila lelaki boleh memasak, mereka membahasakan bahawa mereka adalah seseorang yang berjaya dan kreatif. Berjaya dengan bagaimana mereka menentukan menu, mengolah bahan makanan, berjaya menyelaraskan masa memasak, serta kreatif dalam menata makanan yang sudah dimasak.

3. Makanan adalah topik yang sentiasa aman untuk menjadi bahan perbincangan.

Semua orang sudah pasti makan, suka kepada makanan dan tidak akan bosan membicarakan perihal makanan. Jika anda makan, anda boleh berbual topik makanan kegemaran, tapi jika sama-sama suka memasak, perbualan anda boleh berada di level yang lain. Lelaki dan perempuan boleh saling memulakan perbualan mengenai makanan, seperti menu baru, atau menu fusion baru yang boleh dicuba di dapur. Idea tersebut akan muncul dan mengalir begitu saja dan boleh mengeratkan hubungan anda.



4. Makan malam romantis dengan pasangan.

Lelaki yang pandai memasak adalah pasangan yang terbaik. Selain boleh makan malam romantis. Anda berdua boleh pada bila-bila ‘detim‘ sambil berkelah dengan masakan dari rumah yang anda berdua sediakan. Romantis bukan?

5. Lelaki yang pandai masak lebih menarik daripada yang tidak boleh.

Jika anda mengira lelaki yang berada di dapur kelihatan lebih kewanitaan, anda salah besar. Dengan tangan mereka memegang pisau, mengolah makanan, mengacau kuah di periuk akan membuatkan mereka kelihatan lebih maskulin. Seperti kajian yang dibuat oleh MailOnline, wanita lebih suka melihat lelaki yang membuat air kopinya sendiri daripada lelaki yang hanya tahu minum kopi buatan orang lain.

6. Mereka adalah lelaki yang tidak terkongkong dengan stereotaip, berani menunjukkan keunikannya.

Lelaki yang boleh memasak memang berbeza dan unik daripada lelaki pada amnya. Mereka tidak teragak-agak untuk mengakui kecintaannya terhadap dunia memasak yang memerlukan ketelitian. Dengan memasak, ini boleh menggabungkan sikap kelakian dan kelembutannya ke dalam sebuah hidangan masakan.



7. Lelaki suka masak biasanya lebih berdikari.

Lelaki yang boleh masak tahu jika makanan adalah hal utama dalam hidupnya, kerana itulah dia memilih untuk belajar memasak agar boleh berdikari dan tidak bergantung dengan orang lain. Lelaki idaman, bukan?

8. Mereka adalah orang yang peka terhadap persekitaran kerana mempunyai deria rasa yang kuat.

Kerana mereka terbiasa merasakan masakan, secara tidak langsung ini akan mempengaruhi kepekaan mereka terhadap alam sekitar. Selain itu mereka adalah orang yang terperinci dan tak mahu meninggalkan sedikit rempah untuk membuat masakannya lebih sedap. Ini juga akan mempengaruh bagaimana si dia memperhatikan lingkungan sekitar termasuk diri pasangan. Dia akan selalu memperhatikan kekasihnya dengan sebaik-baiknya semampu dia.

9. Lelaki yang pandai masak mahu bekerjasama.

Mereka sudah terbiasa menyinsing lengan untuk membuat dapur kembali seperti semula setelah memasak. Seperti memasak, dia juga sangat memahami bahawa untuk mendapatkan sesuatu yang nikmat harus dijalani penuh dengan kesabaran dan ketelitian dalam bekerja.

10. Mereka biasanya lembut dan sensitif.

Lelaki yang hobi memasak adalah orang yang sensitif dan lembut. Mereka tahu apa yang lelaki perlukan, tahu apa yang menjadi makanan kegemaran pasangan kekasih. Dia juga akan tahu apabila misalnya si gadis sedang diet. Dia tidak akan mengajak makan di luar dan makan makanan luar yang tidak tahu apa kandungannya. Dia akan memasakkan makanan yang sesuai dengan diet. Ini adalah salah satu cara bagaimana hobi masak menunjukkan betapa si lelaki berharga untuknya.



11. Mereka juga cekap.

Kemampuannya mengolah makanan menunjukkan si dia adalah seorang yang cekap dan mampu menyelesaikan sesuatu sesuai dengan sasaran.

12. Perempuan rasa mempunyai sedikit kebebasan setelah melihat lelaki boleh memasak.

Kebebasan ini akan dirasakan oleh lelaki ketika melihat si lelaki boleh dipercayai. Kerana lelaki biasanya lebih sensitif dalam hal masa depan, ini membuat mereka yakin bahawa lelaki pilihannya memang sudah tepat. Mereka akan rasa bahawa bebannya sebagai wanita boleh berkurang kerana boleh dibahagikan dengan si lelaki yang pandai masak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen