Hias Rumah Dengan Idea DIY Yang Kreatif, Dapat Jimatkan Wang Poket Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dengan barang yang serba mahal ketika ini pasti ramai yang mula membataskan setiap pembelian yang bakal dilakukan. Bukan itu sahaja, ada juga yang membatalkan pelbagai niat untuk melakukan sesuatu kerana risau tindakan tersebut akan membuatkannya kehabisan wang ke pada perkara yang tidak penting.

Tapi jika anda berniat untuk menghiasi rumah anda dan melakukan dekorasi, anda boleh lakukan secara jimat, terus ikuti artikel ini. Anda tidak perlu berbelanja dengan banyak hingga membazir tetapi anda perlukan sedikit idea yang kreatif untuk menghiasi rumah anda.



Jadi apa kata kita serlahkan kreativiti dengan menghasilkan dekorasi DIY yang cantik dan murah untuk beri sentuhan segar kepada rumah. Jom lihat 9 senarai di bawah:

1. Book stopper


                                                               

Gunakan penahan buku atau book stopper untuk jadikan rak buku tergantung di dinding rumah. Ia seolah-olah memberi ilusi “buku terbang” yang sangat cantik dan awesome! Paling penting, buku mesti tersusun rapi dan kemas.

2. Kayu pallet


                          

Kayu pallet boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Apa kata gunakan kayu pallet sebagai set kerusi dan meja di ruang tamu. Set ini sesuai digunakan di dalam dan luar rumah. Penggunaan bantal kecil boleh dijadikan sebagai penyeri dan membuatkan set kerusi ini kelihatan lebih eksklusif.


3. Bata dan kayu pallet

                                  

Gabungan bata dan kayu pallet menghasilkan gaya yang unik pada rekaan rak TV. Lebih menarik lagi apabila bakul yang berwarna seakan-akan sama dengan pallet meja dipadankan bersama. Tak perlu lagi beli rak TV mahal di kedai.
4. Cat dan masking tape

Siapa sangka dua bahan ini boleh memberi nafas baru yang segar kepada dinding rumah. Tampal masking tape mengikut bentuk yang kita suka, kemudian cat dinding dengan kombinasi warna pelbagai untuk menghasilkan dinding yang sangat cantik.

5. Jam dinding mewah

                         

                         

Dengan kreativiti, jam RM5 pun boleh nampak mahal dan mewah. Hanya gunakan chopstick, garpu plastik, dan manik untuk menaikkan nilai estetika sesebuah jam. Ucapkan selamat tinggal kepada jam overpriced.

6. Penutup tingkap

                         

Penutup tingkap atau window shutter boleh dijadikan sebagai tempat letak surat atau lain-lain barang peribadi. Daripada biarkan bersepah atau letak di atas meja, barang peribadi akan jadi lebih teratur jika digantung pada penutup tingkap yang diletakkan di dalam rumah. Simple!

7. Tayar terpakai

                       


Macam-macam jenis DIY yang kita boleh hasilkan dengan tayar. Salah satu contoh paling menarik ialah kerusi santai di ruang tamu. Lihat saja pada gambar di atas. Nampak selesa betul kerusi tayar DIY ini kan? Cantik pula tu!

8. Bekas telur

                          

Siapa kata bekas telur perlu dibuang setelah tidak digunakan? Kalau simpan banyak-banyak, boleh hasilkan kerusi hipster tau! Jimat duit nak beli satu kerusi.

9. Kerusi kayu

                            

Kerusi tak semestinya untuk duduk. Dengan sentuhan kreativiti, siapa sangka ia juga boleh dijadikan sebagai penggantung baju dan tempat letak barang. Dapat kegunaan 2 in 1 sekali gus. Semestinya menjimatkan ruang dan wang.

Selamat mencuba!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen