“Kalau Isteri Bekerja, Jangan Berkira Dengan Suami, Sanggup Ke Lihat Suami Struggle Sorang-Sorang?” –Ikuti Perkongsian Ini.

Menjadi wanita yang bekerjaya dan isteri yang berdikari adalah normal pada masa kini. Dengan peredaran zaman, ramai wanita yang lebih berjaya daripada lelaki, dari segi pelajaran dan juga pekerjaan. Situasi sebegini secara tidak langsung memberi kesan pada rumah tangga sekiranya pasangan telah berkahwin.

Sama ada kesan yang baik atau buruk, jom ikuti perkongsian dari saudara Harith Faisal ini….

********

Saya ada seorang client yang kerjanya sebagai kaunselor rumahtangga. Dia sendiri memang akui, antara punca utama masalah rumahtangga adalah sebab kewangan yang tak diurus dengan baik.

Suami ketua keluarga kena tegas. Untung dapat kahwin dengan lelaki yang bijak kewangan tau. Isteri penasihat keluarga kena support usaha suami untuk berjimat. Untung dapat isteri yang bukan kaki shopping tau.

Kawan, sebelum kahwin memang kita semua janji dengan pasangan nak susah senang bersama. Tapi lepas kahwin, barulah kau akan tahu susah ke senang nak tepati janji tu. Jadi, uruskanlah kewangan dengan baik ya.

Ikut cerita daripada kaunselor tu, dia kata ada kes suami bagi duit belanja bulanan kurang sikit daripada sebelumnya, pun boleh jadi masalah. Rupa-rupanya sebab bulan tu suami dia tak buat banyak OT. Gaji pun sikitlah.

Sedikit tip untuk para isteri. Cewah!

1. Kalau kau surirumah sepenuh masa, belajarlah jana pendapatan secara online daripada rumah. Dapat buat RM500-RM1,000 pun dah lebih daripada cukuplah.

2. Duit belanja yang suami bagi, simpanlah 30% daripada tu dalam ASB atau Tabung Haji. Buat senyap-senyap lebih baik. Bila suami sengkek, boleh kau bantu sikit-sikit.

3. Kalau kau isteri yang bekerja, jangan berkira dengan suami. Takkan kau sanggup tengok suami kau struggle sara keluarga dan kau tetap dengan prinsip “gaji aku, duit aku”.

4. Selalunya duit rumah, kereta, bil elektrik dan air memang suami yang akan bayarkan. Jadi, kau sebagai isteri fokus kat simpanan. Kalau boleh simpan 60% daripada gaji, apa salahnya kan. Ke kau rasa, sebagai isteri, kau wajib habiskan semua gaji kau?

5. Pujuk suami kau untuk menyumbang dalam life takaful dan namakan diri kau sebagai penerima hibah tu. Contoh pilih yang RM500K. Kalau suami kau dah takda, paling tak kau ada RM500K tunai. Andai dia tak nak bayar bulanan, takpa. Kau buatkan dan kau sendiri yang bayar.

Sebelum saya kena kecam, saya nak katakan yang memang dah ramai isteri yang lebih bijak daripada suami dalam hal ehwal urus kewangan ni. Sekian saja bebelan daripada saya mewakili para suami se-Malaysia.

Ha! – HF

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen