Lelaki Ini Kongsikan Sikap Lelaki Yang Para Wanita Perlu Tahu Bagi Mereka Yang Mahu Berkahwin.

Disebabkan pada zaman sekarang, para wanita seolah-olah sukar untuk membaca fikiran lelaki kerana bagi mereka lelaki ini merumitkan. Apa kata baca sedikit perkongsian dari bapa tunggal, Encik Khairul Abdullah ini. Sekurang-kurangnya pada masa kini, para wanita lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai ragaman dari si suami….

********

1. Lelaki kurang bercakap dan ekspresif.

Kami ni jenis berat mulut, kurang bercakap pot pet pot pet. Kami mungkin akan bagitau yang kami ada masalah, tak sihat, marah, geram atau sebagainya namun kami tak suka bercerita dengan detail. Bukan kami tak mahu berkongsi tapi kami tak mahu berserabut dengan pelbagai pertanyaan nanti.

2. Lelaki didorong oleh logik.

Berbanding wanita yang selalu didorong oleh gerak hati di dalam berbuat sesuatu, kami ni dia hanya fikir logik. Benda logik kami buat, tak logik kami tak ambik port walaupun melibatkan emosi dan perasaan. Kami tak ada "sixth sense" macam orang perempuan.

3. Lelaki suka menyelesaikan.

Kalau ada masalah, kami jadi "non-communicative" dan akan fikir "apa nak buat?". Kami tak suka dok layan perasaan. Orang perempuan pula nak duduk bercerita nak lepas segala dan kemudian akan fikir "bagaimana nak buat?". Berbeza tu.

4. Lelaki tak datang bulan.

Jadinya emosi kami lebih stabil. Takdelah moody dengan tiba-tiba. Takde masa kami nak berfikir atau bersangka-sangka, apalah girlfren atau bini aku dok buat kat opis tu yer.

Kalau perempuan pulak waktu emosi dia terganggu, lambat balas whatsapp sahaja maka mula lah dia fikir yang boyfriend atau laki dia ada perempuan lain. Hmmmm.

5. Lelaki mudah tergoda.

Ini kelemahan lelaki, kami kalau nampak pokok kaktus pakai skirt pun kami dah terpikat. Apatah lagi kalau ada perempuan cantik yang dok senyum dan kenyit mata kat kami. Bergetar habis. Bab ni memang kami punya "kriptonite" lah, nampak jer terus rebah. Kami dicipta macam tu.

Perempuan pula depa lebih tengok personaliti, kehenseman belum menjamin depa akan terpikat.

6. Lelaki suka untuk berjaya.

Kami lebih hargai dan sayang kerjaya dan pencapaian. Ego lelaki sebagai suami, boyfirend atau leader, dia mesti nak ada sesuatu. Tak macam orang perempuan yang lebih sayang dan hargai relationship.

Jadi kalau kena memilih, lelaki kebanyakannya akan utamakan kerjaya. Perempuan kalau kena pilih depa akan pertimbangkan keluarga atau relationship.

7. Lelaki jenis tak peduli.

Peduli apa orang nak kata atau nak tengok. Kami ni jenis "who cares!" Kami nak pakai apa, nak cakap apa, nak pi mana kami tak kisah. Kat rumah pun kami main campak spender tak masuk bakul pun, sebab tak peduli.

Orang perempuan jenis setiap benda dia akan fikir apa yang orang akan kata. Sebab tu perempuan ni sebenarnya bila dia make-up dan melawa sebenarnya bukan untuk laki dia tetapi untuk perempuan lain. Betul tak?

8. Lelaki tak suka detail.

Kami cuma ingat benda penting sahaja. Benda remeh temeh kami letak tepi. First date dulu kami pi makan kat uptown. Yang tu sahaja kami ingat. Cuba tanya tarikh bila, pakai baju apa, pukul berapa, makan apa? Kami mula gagap nak jawab dan mungkin akan salah jawab.

Jadi baik jangan tanya nanti hampa sakit hati.

9. Lelaki kurang sabar.

Kami ni banyak yang baran, cepat panas orang kata. Bila ada konflik atau sedang marah, kami mudah meletup berbanding dengan orang perempuan yang biasanya lebih tenang.

Cuba jangan masak apa-apa kat kami dan biaq kami lapaq, hampa tengoklah nanti.

10. Lelaki adalah insan yang lemah.

Nampak perempuan cantik, terus lemah lutut. Itu belum kena senyum dan kenyit mata lagi tu. Kopiah dan serban pun boleh terbang tau.

Bila kami sakit, walhal demam dan selsema jer pun tapi terus terbaring dan tergolek sahaja dan tak boleh buat apa-apa langsung. Nak makan pun kena bersuap.

Nampak tak?

***

Jadi bila boyfriend atau laki korang kurang bercakap, senyap, pemarah, tak peduli, tak ambik berat semua tu korang rileklah. Bukan dia tak sayang, bukan dia ada perempuan lain, tetapi dia memang begitu.

Sebab tu adanya orang perempuan, untuk offset ciri-ciri orang lelaki ni. Ada juga orang perempuan yang ciri dia seperti dia atas, terbalik dan laki dia ada ciri-ciri perempuan. Dipasangkan untuk saling melengkapi.

Apa pun, tak semua lelaki begitu. Namun pasti ada beberapa ciri di atas yang kena walaupun tidak semua. Tetapi majoriti lelaki begitulah.

Semestinya ada juga ramai lelaki lain yang lebih sensitif dan suka benda detail, ambil berat, penyabar dan kuat imannya.

Seperti saya. Hahaha.

********

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Melangsungkan Perkahwinan Dengan Jejaki Idaman!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen