“Lelaki Pun Perlu Sedar Ada Tanggung Jawab Pada Anak-Anak…” Jom Ikuti Perkongsian Ini.

Bertuah si isteri sekiranya si suami sedar akan tanggungjawab dan peranannya dalam sebuah keluarga. Tidak perlu disuruh, tidak perlu dipaksa, tidak perlu dibebel, tidak perlu ditengking, tidak perlu dimarah dan sebagainya. Pada masa kini, bukan sahaja para isteri yang perlu sedar akan tanggung jawab mereka dalam menjaga anak-anak, si suami pun perlu sedar akan tanggung jawabnya.

Kerana suami itu adalah SUAMI.

SUAMI ADALAH PEMIMPIN KELUARGA.

Jika mengetahui apa maksud suami, sudah pasti ramai lelaki tidak ralat untuk melakukan tanggungjawab mereka seperti perkongsian dari Puan Masturah ini….

********

SUAMI BUKAN BABYSITTER. SUAMI BUKAN PEMBANTU RUMAH.

HE IS A PARENT.

Saya suka tegaskan begini. Anda faham tak maksud saya?

A parent. Ibu bapa. PUNYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

Orang lelaki perlu ada rasa tanggungjawab untuk jaga dan urus anak. Sebagaimana bebanan itu dipikul oleh perempuan.

Cara fikir sebegini sangat perlu dalam rumahtangga. Supaya bebanan dikongsi bersama.

Saya sangat kagum dengan lelaki yang SEDAR mereka juga perlu urus anak. Bukan sekadar "tolong isteri".

Tak perlu isteri minta tolong, suami sendiri perlu sedar dia perlu urus anak.

Kalau anak bangun malam, dia pun bangun juga. Bukan ambil bantal tutup telinga. Bukan tunggu isteri kejut.

Kalau anak berak, dia bawak cuci. Bukan tunggu isteri minta tolong.

Kalau anak nak makan, dia uruskan. Bukan suap ke mulut sendiri je.

Kalau anak homeschool, dia plan sekali aktiviti. Bukan lepas tangan kat isteri sebab isteri surirumah.

Kalau anak nak ke sekolah, dia pandai siapkan. Bukan siapkan diri sendiri je.

Kalau anak-anak ada kerja sekolah, sendiri paham kena tengokkan. Bukan tengok henfon je.

Kalau anak nak tidur, dia tahu masanya untuk tidurkan anak. Bukan suruh anak masuk bilik, dia tengok tv.

Kalau suami ada program di luar waktu kerja atau pada waktu cuti, dia sukarela untuk bawa anak. Supaya isteri ada waktu bersendiri.

Tak susah sebenarnya.

Hanya perlu SEDAR bahawa suami juga perlu bertanggungjawab ke atas anak. Sama-sama hadap. Sama-sama pikul bebanan.

Itu belum lagi tanggungjawab domestik.

Kalau tengok sinki penuh pinggan, ruang tamu bersepah, kain baju menggunung, sarapan masih tak siap, bilik tunggang langgang.

Suami perlu sendiri sedar yang dia pun PERLU selesaikan apa yang patut, bukan tunggu isteri buat.

Macam tu la perkahwinan. Kahwin. Hidup berdua. Dua-dua ada tanggungjawab terhadap rumahtangga dan anak-anak. Tanggungjawab bersama.

Bukan isteri jadi hamba, suami bersenang lenang.

Bukan sorang buat, sorang hanya "tolong buat" sipi-sipi.

Dan orang lelaki, bukan setakat bertanggungjawab menderma benih je.

Sekian.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen