Raikan Hari Lahir Sendiri Dengan Beri Ibu Bapa Hadiah, Perlu Dicontohi Cara Saudara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya apabila tiba hari lahir sahaja, pasti kita harapkan orang disekeliling kita akan memberikan kita hadiah dan juga mendoakan yang baik-baik buat diri kita. Tidak hanya itu sahaja, kita juga akan menyambutnya dengan gembira bersama rakan-rakan kita yang lain. Tapi berlainan dengan saudara kita seorang ini.

Apa yang dilakukan oleh Encik Firdaus Wong Wai Hung (Official), di hari lahirnya pada 18 Januari lalu adalah memberikan hadiah kepada orang tuanya. Yang sememangnya jarang sekali dilakukan oleh mana-mana pihak.

Mengapa dirinya melakukan perkara sedemikian, ikuti perkongsian daripada beliau.



"Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini?

Breakfast dengan IbuBapa saya yang Belum Muslim kemudian bawa mereka membeli persiapan Tahun Baru Cina dan juga membeli hadiah harijadi. Bukan beli hadiah harijadi untuk diri saya tetapi membelikan hadiah untuk mereka.

Birthday saya kenapa belikan hadiah untuk mereka pula? Merekalah asbab saya dilahirkan di dunia ini dan kemudian dikurniakan hidayah memeluk Islam pada 2005. Mereka jugalah yang mendidik dan menjaga saya. Merekalah yang lebih layak menerima hadiah pada hari lahir saya dan bukannya diri saya.



                    

Sebelum memeluk Islam, saya hanya meraikan harijadi dengan kawan-kawan sahaja tetapi setelah memeluk Islam, saya mempunyai perspektif yang lain. Yang layak meraikan adalah IbuBapa saya dan yang layak menerima hadiah adalah IbuBapa saya bukannya saya & saya sepatutnya mendahulukan IbuBapa saya pada harijadi saya.

Mereka banyak menyokong gerak kerja dakwah & kebajikan saya walaupun Belum Muslim. Saya telah mengajak mereka memeluk Islam berkali-kali dan saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati mereka, adik beradik saya serta ahli keluarga mertua saya yang Belum Muslim untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen."

*Jangan tanya umur berapa. Biarlah rahsia. InshaAllah masih muda lagi.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen