"Yusof Dah Tidur Di Katil Sendiri Dan Tak Meleset Dekat Mommy Daddy" Hanis Zalikha Kongsi Cara Asingkan Tempat Tidur Anak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah menjadi kebiasaan mana-mana ibu bapa akan membiarkan anak mereka tidur bersama-sama mereka ketika anak-anak masih kecil, bahkan berhadapan untuk mengasingkan anak untuk tidur bersendirian juga adalah masalah yang biasa berlaku.

Ramai yang tahu bahawa agak sukar untuk mengasingkan anak-anak untuk tidur dikatilnya sendiri bahkan ibu bapa perlu menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk mendidik anak bagi menerima perkara tersebut. Lebih-lebih lagi jika anak semakin besar, pasti tidak elok jika mereka masih tidur bersama ibu bapa.



Begitu juga dengan pasangan suami isteri, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini, baru-baru ini mereka sedang cuba memberi latihan kepada anak mereka Yusof Iskandar supaya tidur di katilnya sendiri.

Menurut Hanis di laman Instagram miliknya, semuanya bermula apabila dirinya mengalami sakit belakang hingga nak jejak kaki ke lantai perlukan bantuan suaminya. Hanis juga turut memuji sikap Yusof yang tidak membantah apabila di minta untuk berbuat demikian.


                      

“Yusuf dah betul-betul tidur dekat katil dia and tak meleset dekat Mommy Daddy dah. Semuanya terjadi apabila, ingat tak lower back pain Keknis alami hari tu, yang suspected sciatica tu? Ya Allah sakit dia sampai nak jejak kaki ke lantai pun nangis-nangis mintak tolong suami. Tapi lepas dapat banyak cadangan, bila jumpa doctor dia recommended buat physio.

Di samping tu kita cari alternatif lain dan look into chiropractor. Chiropractor ni yang lipat lipat badan kita pastu crack crack kan tulang tu lol. Memang macam scary tapi lagi scary kalau sepanjang pregnancy takleh jalan jadi ku gagahi jua. Tak semua chiropractor buat untuk wanita mengandung jadi kena call and ask.

Jelas Hanis, pada awalnya Yusof sedikit merajuk apabila diterangkan oleh Hairul bahawa dirinya tidak boleh tidur berdekatan mommynya, dirinya tidak membantah, sebaliknya hanya mendiamkan diri.

                   

So back to Yusuf, waktu Mommy sakit sangat tu, Daddy explain dekat dia dengan nada yang sangat sangat tegas, “Yusuf Mommy is in pain. You cannot touch her. You cannot sleep close to her ok?”. Dia macam termerajuk tapi dia tak berani nak ekk atau nak ukk bila Daddy dia yang cakap.

Mulai dari hari tu terus bila dia nak tidur sekatil je Mommy akan cakap “Yusuf, Mommy is in pain”. Dia pun terus baring diam diam kat katil dia. Sambil ditemani Bujibu. Setiap malam. Pastu Mommy pun dah baik padahal buat satu sesi je, baguslah chiropractor, bila buat tak seram and complicated pun sebenarnya.

“Dan yang penting sleeping arrangement dah setel untuk menanti kelahiran baby. Walaupun bila bangun nampak lah Yusuf cuba nasib melepasi border tu I love you my son, you’re gonna be a big brother soon.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen