Jangan Berbohong Pada Anak-Anak, Ia Akan Menghakis Kepercayaannya Kepada Anda - Dr Taufiq Razif.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penipuan itu mungkin biasa bagi orang dewasa kerana tahu bahawa banyak penipuan berlaku di sekeliling mereka. Tapi ia berbeza buat kanak-kanak yang masih kecil di mana mereka ini masih belum faham akan satu penipuan yang berlaku. Bukan itu sahaja, mereka sendiri masih belum tahu untuk membezakan yang mana tipu dan yang mana tidak.

Jadi sebagai ibu bapa, jangan mudah untuk menipu anak-anak anda. Ini kerana, apabila anda mula menipu anak-anak maka mereka akan mula hilang kepercayaan mereka terhadap anda sedikit demi sedikit.

Berdasarkan perkongsian Dr Taufiq Razif, perbuatan membohong pada anak itu akan menghakis kepercayaan mereka terhadap ibu bapa. Walaupun untuk kebaikan tapi jangan mula untuk menipu anak anda.




                     

Ni gambar Maryam Soolihah yang tertidur selepas menangis teresak-esak.

Tadi saya bergurau je dengan Maryam Soolihah ni. Saya saja je tanya dia "Boleh tak Abi nak bagi baby Aesha ni bawak kereta? Abi nak baby Aesha bawak kereta la. Boleh?"

Tiba-tiba dia menangis tersedu sedu sambil cakap "Jangan Abi. Nanti kereta pusing pusing. Taknak Abi"

Syahdu la pulak Maryam menangis macam tu sekali. Saya pelik la kan. Saya gurau je pun. Lagipun mana la logik nak bagi baby umur 5 bulan bawak kereta. Aduh!

Tiba-tiba isteri saya bagitahu saya satu benda yang membuatkan saya tersentak.

" Abang. Abang tu tak pernah tipu Maryam "

Allah.. MAAFKAN ABI ANAKKU.

Rupanya anak saya percayakan saya. Walau benda tu nampak remeh dan kecil tapi anak kita ni sangat percayakan kita. Kalau kita tak pernah bohong anak kita, kita suruh anak kita terjun api pun dia akan terjun.

Sebab itulah AUTHORITY dan TRUSTABILITY kita sebagai mak ayah. Anak kita berpegang pada kata kata dan diri kita sepenuhnya. Cuma kita je yang hakis benda ni perlahan lahan tanpa kita sedari.

Tanpa sedar kita banyak bohong anak. Niat untuk kebaikan anak kita juga tapi benda tu lah yang menghakis TRUST mereka pada kita.

Bila benda ni dah terhakis sempurna, maka di situ lah bermulanya bencana. Anak kita susah nak hormat kita, susah nak percaya cakap kita dan mereka akan melawan dan biadap akhirnya!

Yup. Semuanya hanya bermula daripada kebohongan yang kita nampak remeh. Kalau lembu dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada KATA dan JANJI!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen