Kenapa Nak Jaga Anak-Anak Zaman Sekarang Semakin Mencabar? Jom Baca!

Pada masa kini, para ibu bapa merasakan sukar untuk menjaga anak-anak mereka kerana semakin mencabar. Malahan, ada pula mereka yang masih bujang tidak mahu bernikah kerana takut dengan situasi sebegini.

“Nanti generasi akan datang, lagi susah nak jaga anak…”

Kenapa ini berlaku? Jom ikuti perkongsian dari Puan Noor Afidah Abu Bakar ini….

********

1. Penuhi Kemahuan Berlebihan.

Anak-anak dimewahkan dengan material yang berlebihan walaupun tidak perlu. Ini bukan hanya masalah orang kaya dan berada sahaja, ini cabaran bagi semua ibu bapa . Anak tidak akan menghargai material yang berlebihan.

Apabila anak tidak menghargai harta benda sendiri, dia tidak akan menghargai harta benda orang lain kerana mengandaikan bahawa orang lain juga sepertinya. Dengan tidak menghargai harta benda orang lain, dia juga tidak menghormati orang lain dan tidak dapat memahami permasalahan orang lain.

Mereka menjadi tiada ’empathy’.

Anak-anak juga didaftarkan menyertai terlalu banyak kelas dan aktiviti sehinggakan tiada keseimbangan untuk eksplorasi/ dan refleksi diri sendiri bagi membina karakter. Ada juga anak yang terlalu banyak masa senggang (idleness) yang tidak diisi dengan aktiviti berfaedah.

Latihlah anak untuk membezakan antara kemahuan dan keperluan. Jika anda tidak memenuhi kemahuan anak, itu tidak menjadikan anda ibu bapa yang tidak baik. Jika anda tidak memenuhi kemahuan anak serta merta, itu juga tidak menjadikan anda ibu bapa yang tidak baik.

Anak-anak perlu tahu bahawa orang lain juga mempunyai tugasan dan keperluan mereka yang perlu diimbangi. Ini adalah skil sosial yang penting supaya tidak menjadi individualistik. Anak-anak perlu dilatih untuk bersabar dan menunggu kiranya mahukan sesuatu.

2. ‘Overnurtured’.

Ibu bapa buatkan semua untuk anak kerana ‘sayang’kan anak sehinggakan membantutkan perkembangan skil yang penting.

Contohnya, menyusun buku/ jadual sekolah akan melatih anak untuk menjadi seorang yang terancang dan terurus. Ini adalah skil yang sangat penting dari kecil sehingga dewasa. Jika ibu bapa atau orang gaji yang susunkan jadual, anak-anak tiada tanggungjawab pada diri sendiri.

Jika ibu bapa buatkan ‘homework’ untuk anak dan mengatakan itu hasil kerja anak, anak belajar untuk berbohong. Jika betul sayangkan anak, bimbing dan latihlah anak dengan skil penting dalam kehidupan kerana kita tidak dapat membantu anak sampai bila-bila.

Sekali sekala biarlah anak merasa kecewa kerana itu adalah lumrah kehidupan. Bantu dan latih mereka menghadapi kekecewaan.

Latihlah anak dengan skil penyelesaian masalah kiranya melakukan kesilapan supaya kesilapan tidak berulang lagi. Usahlah diselamatkan anak tanpa membimbingnya.

3. Tiada Peraturan Yang Jelas Dan Konsisten.

Ibu bapa tidak boleh mengharapkan wujud ‘common sense’ dengan sendirinya pada anak-anak supaya anak tahu apa yang baik, buruk, selamat dan bahaya. Anak-anak perlu diberitahu apa batasan dan peraturan dalam kehidupan.

Ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak apa implikasi sesuatu perbuatan kepada diri dan orang sekeliling. Ini akan menjadikan anak lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain. Tanpa peraturan yang jelas, anak akan sentiasa rasa ‘insecure’ dan anak akan melakukan apa saja mengikut ‘citarasa’ sendiri.

Jika inginkan anak bekerjasama dengan kita, amalkan komunikasi yang positif dan terbuka dengan anak-anak dari mereka kecil lagi. Biar anak tahu kita boleh menjadi kawan baik mereka tetapi kita tetap THE BOSS yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk membimbing mereka.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen