Ambil Peluang Lakukan Kerja Sampingan Dengan Membuat Grab.

Disebabkan zaman sekarang sukar untuk mencari kerja tetap yang mempunyai gaji setimpal, ramai anak muda mula menjinak-jinakkan diri dengan melakukan Grab. Ada yang lakukannya sebagai sepenuh masa, dan ada juga separuh masa. Daripada tidak cuba melakukan sesuatu untuk menarik rezeki, sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman dengan pekerjaan sebegini.

Antara sebab anda perlu lakukan Grab sebagai kerja sampingan adalah..

1. Kerana ia sebagai pendapatan sampingan.

Untuk anda yang gaji sentiasa tak cukup setiap bulan, Grab adalah peluang pekerjaan separuh masa yang sesuai untuk anda lakukan. Pemandu Grab jugak ada pilihan untuk menerima atau menolak permintaan pelanggan.

Ini yang paling menarik tentang perkhidmatan ini. Kalau ada sebarang kecemasan (contohnya ahli keluarga sakit, atau sebagainya), anda boleh pilih untuk tolak permintaan pelanggan tersebut. Biasanya, style ini digunakan mereka yang kerja secara separuh masa (part-time) sebagai pemandu Grab. Sambil tengah on the way balik kerja tu, anda ada peluang untuk jana duit mudah.

Anda perlu pastikan ‘Acceptance rate’ jangan jatuh lebih 30% atau anda akan ‘diberhentikan’ kerja oleh syarikat Grab. Anda perlu letak target setiap hari. Anda sendiri tentukan berapa maksimum pelanggan yang anda mahukan. Dah berjaya capai target, anda boleh balik dan berehat tanpa perlu pening kepala.

2. Kerana ia sumber tambah tabung simpanan.

Grab juga boleh jadi sumber untuk anda menambah simpanan tabung, jadi tak perlu bergantung pada gaji kerja secara seratus peratus. Semua ni, tidak mustahil untuk anda capai selagi boleh berdisiplin dan sentiasa dapat capai target yang anda tetapkan setiap bulan tu.

Kiraan kasar yang anda boleh lihat:

  • Komisyen Grab = 25%
  • Kos minyak & Tol = 25%
  • Kos selenggara kereta = 10%
  • Jumlah Untung Bersih = 40%

Jika anda target untuk dapatkan RM150 sehari:

  • Komisyen Grab (25%) = RM37.50
  • Kos minyak & tol (25%) = RM37.50
  • Kos penyelenggaraan (10%) = RM15.00
  • Untung bersih yang korang dapat (40%) = RM60

Nampak tak? Sambil jalan-jalan pick up orang, korang boleh dapat RM60 sehari. Dengan jumlah pendapatan ni, anda boleh pilih sama ada nak jadikan sebagai sumber untuk tampung kos harian, atau sumber tabungan.

Yang penting, pastikan anda asingkan duit gaji dengan pendapatan Grab.  Barula dikatakan anda bijak menguruskan kewangan.

3. Kerana tidak memerlukan modal dari segi wang.

Anda sebenarnya tidak memerlukan modal yang tinggi untuk mulakan bisnes ni.

Yang wajib anda sediakan adalah sebiji kereta (yang berusia tak lebih 10 tahun dari tarikh pembelian, atau pendaftaran), dan bayar yuran kat syarikat Grab dengan komisyen dikira berdasarkan pendapatan korang.

Anda boleh juga membeli kereta baru untuk jalankan bisnes Grab ni. Daripada kereta tu jadi liabiliti semata-mata, lebih baik lagi beli kereta tu dan jana pendapatan sampingan. Takde la duit korang keluar macam tu saja untuk tanggung kos penyelenggaraan kereta.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen