Ikuti Perkongsian Ini, Tips Untuk Membeli Barang Dapur Supaya Tidak Terlebih Berbelanja.

Dikala suami memberi nafkah untuk perbelanjaan rumah setiap bulan, si isteri pasti tahu jumlah keseluruhannya. Apabila melihat bulan berkenaan jumlahnya sedikit tidak seperti bulan yang lalu, pasti diungkit kenapa sikit sahaja perbelanjaan untuk bulan ini? Lalu, mengerah suami untuk memberi belanja yang cukup terutamanya perbelanjaan dapur.

Jangan begitu wahai isteri, apakata berjimat dengan mengikut kemampuan suami. Ikuti perkongsian dari tok penghulu ini berkenaan dengan tips untuk membeli barang dapur…

1. Beli terus stok sebulan.

Pertama sekali mesti korang akan senaraikan dulu barang-barang yang nak dibeli, betul? Senaraikan barang basah macam daging, ikan, ayam, sotong, udang dan lain-lain, dan jangan lupa sertakan sekali kos untuk barangan yang nak dibeli. Pastikan kuantiti barangan adalah bersesuaian dengan jumlah penghuni rumah.

Amalan ini juga akan mendisiplinkan dan mengawal perbelanjaan korang secara tak langsung. Bila dapat gaji, terus asingkan duit untuk beli barang basah. Jangan campurkan kalau tak nak cari masalah.

“Tapi Tok, berapa bajet paling cun sekali untuk saya dan sekeluarga?”

Bergantung. Tapi pastikan seminimum mungkin. Tok ada kawan yang tinggal bersama isteri dan dua orang anak, belanja barang dapur dia tak lebih dari RM350 sebulan! Tapi kalau anak sampai 11 orang, takkan la korang nak letak bajet banyak tu. Buat bajet, biar logik.

Korang yang bujang tu, tak payah la mengada cakap tak cukup. Padahal, cukup sangat. Tapi kalau amal lepak kedai kopi hipster tiap minggu (lebih kronik kalau setiap hari), memang bajet makan korang lari la.

2. Sayur paling segar dalam dunia adalah dari…

Sayur paling segar dalam dunia adalah dari hasil tanaman korang sendiri! Sama ada korang percaya atau tak, itulah hakikatnya. Kalau beli dekat pasar, kebanyakkannya semua dah disembur dengan racun bagi membunuh serangga perosak. Kalau tak basuh dengan betul, boleh menyebabkan penyakit.

Kalau tinggal kat rumah landed dan ada tanah lapang, boleh la bercucuk tanam. Aktiviti yang sangat sihat untuk badan dan dompet korang jugak. Kalau tinggal kat rumah bertingkat (high-rise), korang boleh cuba tanam secara hidroponik dekat ruangan balkoni tu.

Tapi kalau malas sangat, korang boleh beli dekat pasaraya yang jual barangan basah pada harga yang berpatutan. Contoh? Belilah sayur di pasar yang memang mesra rakyat, macam Econsave ke. Tak payah berlagak nak beli kat pasar mahal dalam shopping mall tu. Buat ni, alamat memang kopak la wallet korang.

3. Beli secara borong.

Bila beli secara borong ni, memang sangat menjimatkan dan terbukti harga borong jauh lebih murah. Sebagai contoh, kalau beli telur, beli lah dalam satu papan penuh tu atau lebih. Kalau nak beli bahan rempah lain, pastikan korang dah ada idea jenis lauk yang korang selalu masak, baru boleh borong tanpa sesalan.

Contoh, suami korang suka makan lauk kari. Dalam sebulan tu, korang masakkan dalam 5 kali, atau 2 kali seminggu. Boleh borong rempah dan kalau tak habis boleh simpan ke bulan depan. Jimat kan?

Kalau ayam pula, jangan lah beli yang frozen atau import. Beli yang biasa sudah. Sekilo 6-7 Ringgit. Korang angkat la 2 ke 3 ekor ke. Tak habis pun RM30. Pastikan ayam tu dipotong kecik, atau macam orang rumah Tok selalu potong 16. Bila potong kecik-kecik ni nampak banyak sikit dan catuan untuk sebulan pun lebih mudah. Baru la ayam tu tak cepat habis.

4. Pasar basah VS pasar elitis?

Untuk korang yang tinggal di kawasan pinggir bandar, nak cari pasar basah tu takde la susah sangat. Kalau kat tengah bandar ni mungkin agak sukar. Tapi ada je. Korang je yang kena rajin explore kawasan sekitar.

Setiap pagi, ada je makcik pakcik yang jual sayur segar naik basikal sekitar kota. Beli la dari mereka. Selain harga murah, sikit sebanyak korang dah tolong ringankan beban dan support bisnes makcik tu. Sebak hati Tok bila tengok mereka…

Elakkan dari beli barangan kat pasar dalam mall tu. Korang pun dah tahu, barang kat situ mahal belaka. Beli la kat pasar tani atau pasar basah yang menjadi kawasan tumpuan masyarakat marhaen, jauh lebih murah jimat.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen