"Menjadi Suami Yang Baik Bermula Dengan Menjadi Anak Yang Baik Terlebih Dahulu..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam setiap hati lelaki ini pasti akan ada niat mahu menjadi suami yang terbaik buat pasangan masing-masing, sama ada hari ini, ataupun pada masa akan datang. Namun kerana kurangnya perbuatan dan tidak biasa melakukan hal-hal yang dapat membaca hati dan jiwa wanita ini membuatkan orang lelaki lebih memilih untuk mengabaikan berbanding cuba mempelajarinya.

Seorang wanita mahukan suami yang baik untuk dirinya. Di mana suaminya itu menjadi pelindung, tempat mendengar segala luahannya, tempat berkongsi segala tanggungjawab dan pelbagai lagi. Macam mana nak ada suami seperti itu? Semuanya bermula dengan seorang lelaki menjadi anak yang baik buat ibu bapanya dahulu.

Sedikit pandangan daripada Puan Intan Dzulkefli, mengenai orang lelaki jika mahu menjadi suami yang baik pada isteri nanti, cuba untuk jadi anak yang baik kepada ibu bapa dahulu. Sama-sama kita renungkan.



Lelaki sebelum kahwin, praktis untuk menjadi suami yang baik dengan menjadi anak yang baik terlebih dahulu.

Bantu mak di dapur, tawarkan mak untuk tolong siang ikan ke siang ayam, basuh pinggan lepas makan, dengar luahan hati mak, kesat air mata mak bila dia meluah perasaan. Waktu mak membebel kepenatan jangan start enjin motor dan pergi kedai kopi. Sebaliknya, belajar untuk lihat semua emosi mak kerana dari situ kamu belajar menangani emosi dan segala 'perangai' isteri kelak.

Isteri yang kita nikahi tak selamanya pengantin baru nan sunti, kadang tak sampai setahun kahwin, isteri akan mendapat gelaran baru pula, itulah dia, 'ibu'. Gelaran ini akan datang sekali dengan pakej amanah dan tanggungjawab yang menuntut kekuatan emosi dan mental. Itulah dia pentingnya sosok suami sebagai pendukung utama.

Jika kamu sewaktu bujang prihatin terhadap emosi dan tingkahlaku mak, insyaAllah kamu akan sedikit sebanyak mampu menelah tindak tanduk emosi isteri pula.


Isteri menangis, kamu tanya kenapa, dia menjawab, "tak ada apa-apa,”

Wallahi.... sebenarnya waktu itu dia sangat memerlukan kamu.

JANGAN BUAT TAK PEDULI. APATAH LAGI TERUS TIDUR BAGAI TIADA APA-APA.

Paling tidak peluklah dia, pujuklah dia dengan kata-kata semangat.

"Whatever you face right now, don't forget you always have me,"

"Jangan lupa, awak ada saya. Awak tak keseorangan..."

"Apa yang buat awak rasa susah hati tu? Luahkanlah. Kita hadap sama-sama, okay...?"

InsyaAllah, dia akan rasa lebih lega. Atau sekurangnya dia rasa, masih ada yang pedulikan dia, masih ada yang sayangkan dia.

Kadang orang berkahwin bahkan lebih 'sunyi' dan 'terabai' berbanding orang yang bujang. Serius saya cakap. Sebab itu kita boleh lihat kes dipresi dalam kalangan orang berkahwin pun bukannya sedikit.

Ada depan mata tetapi tiada komunikasi yang berkesan. Emosi dan mental terabai. Rasa tak disayangi, rasa tak penting melainkan untuk tujuan kepentingan nafsu.

Setakat tanya, 'dah makan,' atau pertanyaan simple yang lain, itu bukanlah komunikasi berkesan. Itu hanya perbualan biasa.

Syeikh Yawar Baig dalam satu seminar Baitul Muslim yang saya hadiri pernah berpesan, komunikasi yang efektif adalah komunikasi yang memberi impak positif,

Saya salin semula di sini apa kata Syeikh,

"Conversation is a good indicator about what is happening to the marriage. Giving instructions, complaining, informing and gossiping is not conversation.

Sharing of thoughts, hopes, aspirations, fears; good listening, compassion, understanding, laughing and crying together about issues that are shared; that is what it means.

The key of good conversation is to want to share, time, thoughts, aspirations, fears and to want to listen to each other with caring and respect.

Saya faham, ada jenis wanita sangatlah liat nak kongsi perasaannya (sebab saya pun jenis begitu). Tersangat memendam rasa akhirnya jadi stress."


Saya pun faham, suami pun ada kepenatan dia sendiri. Mana dengan kerja, dengan memikirkan nafkah keluarga lagi, memikirkan anak-anak, lagi nak layan rajuk dan tangis isteri.

Namun, itulah dia cabaran rumahtangga. Bila kita kata bersedia nak jadi suami, inilah cabaran-cabaran yang perlu ditangani dengan bijaksana, sabar dan hikmah. Lelaki soleh yang tetap santun dan sabar insyaAllah akan sangat dihormati isteri.

Wahai suami, jangan putus asa dan mudah mengalah, isteri dan anak-anak memerlukan kalian. Kalian kuat, sebab itu dalam al-Quran mengatakan arrijallu qowwamuna 'alan nisa'. Don't take for granted. Jalan hendak ke syurga sememangnya bukan mudah.

Semoga syurga buat suami yang baik dan hebat. Amiin. Terima kasih tak pernah mengeluh malah tetap sabar melayani segala pe'el isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen