Isteri-Isteri Kena Lakukan Tips Kewangan Ini, Ia Umpama Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi seorang wanita, isteri dan ibu ini perlu lakukan pelbagai lindungan untuk kemudian hari. Mana tidaknya, sebagai insan yang lemah pelbagai perkara yang tidak terduga boleh berlaku dalam kehidupan anda. Walaupun anda telah mempunyai pelindung iaitu suami, itu tidak bermakna anda tidak perlu memikirkan hal lain dan menyerahkan segala kepercayaan kepada suami anda.

Jika anda berkahwin dengan suami yang kaya raya, itu sememangnya amat menguntungkan, tapi jika anda berkahwin dengan lelaki biasa dan sebaya dengan anda yang sememangnya masih belum mempunyai kewangan yang begitu kukuh, pasti anda perlukan pelindungan yang lebih kukuh.

Jadi seorang wanita, isteri dan ibu ini perlu bijak menguruskan kewangannya. Jangan menyerahkan segala perkara kepada pasangan anda. Berikut adalah langkah yang perlu anda ambil sebagai pelindungan untuk masa akan datang berdasarkan perkongsian artikel Pakdi ini.



1. Lelaki lazimnya mati dulu.

Wanita secara umumnya hidup lebih lama dari orang lelaki. Betul, ada juga lelaki jadi duda sebab kematian isteri di Malaysia ini. Tapi statistik menunjukkan wanita hidup lebih lama dari lelaki.

Ini kerana jangka hayat orang lelaki di Malaysia ialah 73 tahun. Wanita pula 78 tahun. Lepas usia persaraan 60 tahun, kalau nak ikut statistik macam ini orang perempuan kena cukup duit untuk tempoh yang lebih panjang.

2. Tentang pendapatan isi rumah.

Jadi sudah tentu isteri kena bersedia untuk hidup tanpa suami untuk satu tempoh tertentu. Macam pendapatan isi rumah (household income).

Bila suami meninggal dunia nanti apakah isteri dapat meneruskan kehidupan seperti biasa apabila satu sumber pendapatan isu rumah sudah tidak ada?

Pendapatan isi rumah ini tidak semestinya gaji. Hasil pelaburan yang diperoleh juga adalah dikira sebagai pendapatan isi rumah. Jadi tak semestinya kena ada pendapatan makan gaji, pelaburan juga penting untuk diuruskan.

                      

3. Harta suami bukan semua isteri punya.

“Eh, Pakdi, bila suami mati kan isteri dapat harta suami. Apa orang kata tu, harta suami kan harta isteri?”

Oh, puan yang dihormati.

Jawapan pendek adalah tidak.

Semua bergantung apakah suami puan dah buat estate planning atau tidak semasa hidup. Bila tak buat, suami meninggal dunia nanti terus ke hukum faraid. Ikut hukum faraid, isteri cuma berhak 1/4 (jika tiada anak) atau 1/8 (jika ada anak) dari harta suami.

Maka rumah puan duduk sekarang yang mana atas geran adalah nama suami, tak jadi milik puan 100 peratus selepas suami meninggal dunia. Ada bahagian waris suami yang lain seperti ibu dan bapa suami (mertua puan ni), dan anak-anak.

Sekiranya ada anak lelaki, ceritanya lebih senang. Tapi jika tidak ada anak lelaki maka panjaaaaaang cerita.

                      

4. Tabung kecemasan.

Mula-mula sila pastikan tabung kecemasan itu cukup terlebih dahulu. Berapa banyak tu? Sekurang-kurangnya cukup nak tampung sehingga 6 bulan belanja isi rumah.

“6 bulan aje?”

Iya. Sebab selebihnya perlu ditukar menjadi harta yang sebenar. Melalui jalan pelaburan.

5. Akaun perbelanjaan isi rumah dengan suami.

Buat satu akaun khas kegunaan bersama suami-isteri. Untuk sebarang perbelanjaan isi rumah. Selain itu, akaun ini sangat berguna dalam situasi kecemasan. Kecemasan macam mana? Macam ini.

Pak Mat pusing-pusing bawa kereta eksiden. Masuk hospital. Tak sedar. Duit banyak nak pakai ni sementara Pak Mat di hospital. Tapi semua akaun belanja isi rumah yang uruskan ialah Pak Mat. Isteri satu benda pun tak tahu. Terima tunai sahaja. Tabung kecemasan isteri pun tak pernah ada.

6. Akaun pelaburan.

Puan-puan mesti ada satu tabung pelaburan sendiri punya.

Akaun ini memang tak kongsi dengan suami. Ini duit puan 100 peratus. Dari gaji yang puan terima. Mungkin dari elaun yang suami bagi. Kadang-kadang ada mak ayah kita yang dah pun siap-siap bagi harta kepada anak-anak semasa mereka masih hidup.

7. Mesti buat pelaburan saham (ekuiti).

“Dah lah suruh melabur. Kena pula melabur dalam saham. Ei, saya takut lah,”

Iya, memang ada perasaan takut kalau nak melabur ni. Lagi-lagi kalau sebut melabur dalam saham (ekuiti). Jangan risau. Tak perlu bimbang sangat.

Apabila sebut pelaburan ekuiti tak semestinya kena urus sendiri pelaburan saham di Bursa Malaysia tu sendiri. Yang buka akaun CDS tu. Tak semestinya macam itu aje. Ada banyak lagi cara nak melabur dalam pasaran ekuiti ni. Apa yang penting ada pelaburan dalam ekuiti..

Kena explore apa-apa pasal pelaburan ekuiti dari sekarang

8. Kalau tak labur nanti duit habis.

“Elok je duit saya dalam bank tu, tak habis pun,”

Eh, saya tak maksudkan habis dibelanjakan. Apa yang saya maksudkan ialah duit tadi habis dimakan inflasi. Iaitu dulu makan roti canai sekeping 50 sen. Sekarang sudah jadi 1.20 sekeping. Itu baru harga roti canai. Belum harga barang lain lagi.

Bila melabur, dapat untung 5 peratus. Kuasa membeli kalau tak bertambah sekalipun dapat kekal. Sebab inflasi di Malaysia dalam 3 peratus setahun. Kalau simpan dalam bank macam tu sahaja, untung 1 peratus pun tak dapat. Benda ni tak rasa sekarang, tapi nanti selepas 5-10 tahun baru terasa “tak mampu”.

Nak lebih dari 5 peratus tu, memang tak ada jalan lain mesti kena buat juga pelaburan ekuiti. Kalau tak, duit tunai habis dimakan inflasi. Matlamat kewangan pun susah nak capai.

                    

9. Tabung pendidikan anak tak kritikal.

Jangan buat tabung pendidikan anak selagi belum buat tabung kecemasan, tabung persaraan diri sendiri. Ingat pesanan semasa dalam kapal terbang sebelum flight take-off. Seorang ibu kena sentiasa tolong diri sendiri dahulu sebelum tolong anak-anak. Anak umur 20 tahun lebih bertenaga nak cari duit sendiri berbanding ibu yang dah 60 tahun.

Sama juga dengan takaful. Ambik perlindungan takaful untuk diri sendiri dulu. Jangan ambil untuk anak lagi selagi mana belum ambil untuk diri sendiri.

10. Harta sepencarian: tahu hak isteri jika berlaku perceraian atau suami kahwin lagi.

Ambil tahu hak-hak wanita dalam perkahwinan. Beberapa saat lepas suami lafaz akad nikah, dah terus kena baca lafaz taklik. Apa maksudnya tu?

Harta sepencarian merupakan harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan. Seorang isteri boleh dapat sehingga 50 peratus dari harta tersebut. Nampak macam senang je bila sebut “boleh dapat” tu kan. Tapi panjang prosesnya.

Apa yang dapat dibuat ialah kena pastikan senaraikan harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan sahaja. Harta suami yang dia memang dah ada semasa bujang, itu tak masuk.

11. Kemaskini penamaan harta.

Sekiranya suami tak boleh diharap, tukar penama. Tapi jangan letak nama anak bawah umur pula. Nak letak nama anak pun pastikan anak tadi adalah anak yang sudah matang dan boleh diharap. Sebaiknya anak lelaki.

Maka persiapkan anak lelaki jadi ketua keluarga. Latih dia jadi imam solat cepat-cepat. Jadikan dia pemimpin. Biar anak lelaki berdikari. Supaya anak lelaki ini dapat jadi ganti tempat bapanya bila sampai masanya. Anak lelaki mewarisi harta bapanya lebih banyak dari anak perempuan.

Jika tidak dapat, lantik corporate trustee untuk jadi penama / pentadbir harta.

Jika tidak ada anak lelaki pula kena buat sesuatu untuk menjaga kebajikan anak perempuan cepat-cepat. Buat apa tu? Tengok balik cerita 3 Abdul. Rujuk babak Abdul Wahub jumpa Sulaiman Akhlaken.

                     

12. Harta sendiri tanggungjawab sendiri.

Walaupun ada lelaki yang sanggup belikan beg Hermes Birkin untuk Cik Puan, always take charge your own financial destiny!

Banyak kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan yang anda tidak tahu. jadi adalah lebih baik anda mula mencari pelindungan anda dari sekarang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen