Jangkitan Kuman Berlaku 6 Dalam 100 Wanita Yang Jalani Pembedahan Caesarean, Ibu-Ibu Jaga Luka Sebaiknya Jangan Sapu Dengan Benda Bukan-Bukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Proses kelahiran bayi adalah saat ditunggu-tunggu oleh ibu bapa. Di mana anak yang dinanti-nanti kini bakal dilahirkan bila-bila masa. Tapi buat ibu-ibu pastilah ia saat yang sangat mendebarkan di mana proses kelahiran bayi ini terbahagi kepada dua, sama ada secara normal ataupun secara caesarean.

Menurut Dr Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, kadar kelahiran melalui proses caesarean telah meningkat dalam 20tahun lepas dengan 20% baby dilahirkan secara caesarean.

Jelasnya pelbagai cara untuk mengurangkan kadar kelahiran secara caesarean ini, tiada bukti atau pun ura ura menunjukkan kadar caesarean ini akan menurun dalam masa yang terdekat.

Tiada masalah jika bersalin normal, ini kerana luka lebih mudah untuk sembuh bahkan penjagaannya juga tidak melecehkan. Berlainan pula dengan bersalin secara caesarean ini, proses penyembuhan luka agak memakan masa sedikit bahkan menjaganya juga perlu lebih ketelitian.



“Awak sapu ubat apa pada luka operation ni ?”

Luka pembedahan caesarean kelihatan kekuningan dan berwarna coklat kehitaman. Bila dirasa guna tangan, lukanya panas dan bengkak.

“Saya sapu kunyit dan manjakani doktor. Ada orang cakap bagus untuk sembuhkan luka operation. Saya pun try lah. Lepas sapu tu luka saya jadi merah merah dan bengkak. Sampai takboleh tidur sakitnya. Tak tahan dah, tu yang saya jumpa Dr ni”

Pemeriksaan dilakukan untuk kenalpasti sebab luka bengkak dan lebam. tangan saya ditepis.

“Doktor sakit sangat, jangan pegang luka tu”

“Luka awak ni da bernanah, bila picit je memancut nanah keluar. Sib baik tak kena muka saya”

“Menyesal dah saya sapu benda bukan bukan kat luka ni. Taubat dahhh”

*dalam hati... ko ingat nak masak ayam goreng kunyit ke nak sapu kunyit sana sini

Dalam nada berseloroh,

Nanti dalam wad, sapu serbuk kari plak tau, mana lah tau cepat sembuh.... serbuk kayu manis jangan lupa, dah alang-alang tu kan ?


——————————————————

                       

Dalam standard praktis obstetrik, kadar caesarean telah meningkat dalam 20tahun lepas dengan 20% baby dilahirkan secara caesarean.

Dengan pelbagai cara untuk mengurangkan kadar kelahiran secara caesarean ini, tiada bukti atau pun ura ura menunjukkan kadar caesarean ini akan menurun dalam masa yang terdekat. Maka, masalah berkaitan seperti duduk hospital lama, dan cara untuk merawat jangkitan pada luka pembedahan caesarean adalah perkara yg penting dan menjadi tugas utama doktor sakitpuan dan perbidanan selain menguruskan hal hal kesihatan wanita dan kehamilan.

Secara keseluruhan, jangkitan kuman berlaku 6 dalam 100 wanita yang menjalani pembedahan caesarean - ini adalah komplikasi yg sangat biasa berlaku dan telah dimaklumkan kepada pesakit sebelum pembedahan caesarean dilakukan.
Dalam kajian terbaru menyatakan 9.6% wanita mengalami jangkitan selepas pembedahan caesarean di UK ( untuk data Malaysia saya takda ). Majoriti dlm 88% jangkitan ini melibatkan lapisan atas kulit dan baki 12% melibatkan lapisan lebih dalam termasuklah organ dalaman.

                         

Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka pembedahan caesarean :

i. Luka menjadi merah-merah

ii. Kadang-kadang ada nanah mula keluar

iii. Luka menjadi bengkak dan lebam

Sapa yang senang dapat jangkitan kuman pada luka caesarean ?

i. Mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan risikonya tinggi sedikit untuk dapat jangkitan kuman berbanding mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara elektif

                             

ii. Obesity

iii. Ibu ada kencing manis

iv. Pernah mengalami pembedahan caesarean sebelum ini

                                     

Bila dah berlakunya jangkitan kuman pada luka caesarean ini, sampel (swab) akan diambil pada luka ini utk mengetahui kuman apa yang ada menyebabkan jangkitan itu. Penyiasatan darah juga turut dilakukan.

Kalau jangkitan kuman baru nak bermula dan tak berapa teruk, rawatan antibiotik akan dimulakan untuk 5-7 hari, biasanya pesakit boleh makan kat rumah. Selepas seminggu pesakit ini akan dijumpa semula untuk melihat sama ada jangkitan ini sudah sembuh atau tidak.

Kalau jangkitan pada luka teruk, sehingga ternampak lebam lebam dan pengumpulan darah beku pada luka, pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemberian antibiotik melalui salur darah ( intravenous ) kemudian proses cuci luka akan dilakukan dari semasa ke semasa sebelum memastikan jangkitan kuman sudah tiada sebelum luka dijahit semula.

Jangan gatal nak sapu tepung ubi kayu la serbuk kari la serbuk kunyit lah kat luka operation. Bersihkan guna air mandian biasa dan keringkan luka selepas mandi dah cukup. Tak perlu sapu apa apa.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen